Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 25, 2009

Surat misteri: Inkues Teoh Beng Hock tegang Gobind desak dijadikan bahan bukti



Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Prosiding inkues kematian pembantu politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock tegang apabila peguam pihak keluarga mendiang, Gobind Singh Deo meminta surat layang yang dibangkitkan di mahkamah supaya ditandakan sebagai bahan bukti.

Permintaan Gobind tersebut dibantah oleh peguam pihak kerajaan, Tan Hock Chuan dan peguam pemerhati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.

Abdul Razak berkata tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan surat layang seumpama itu diterima sebagai eksibit dan menegaskan supaya mahkamah tidak terpengaruh dengan sesuatu perkara yang tidak diakui ketulenannya.

"Saya mohon surat tersebut ditarik balik... mahkamah tidak perlu layan surat-surat layang seumpama itu," kata Abdul Razak.

Bagaimanapun Gobind tidak berpuas hati dengan kenyataan Abdul Razak itu dan berkata: "Sebelum bercakap mesti fikir dua kali, ini bukan soal main-main... tarik balik, tarik balik, tarik balik."

Koroner Azmil Muntapha Abas seterusnya mencelah dan memaklumkan bahawa surat tersebut masih belum ditanda sebagai eksibit dan beliau akan mempertimbangkan dahulu sama ada ia relevan ataupun tidak dengan inkues ini.

Tan bagaimanapun mencadangkan supaya supaya surat tersebut hanya disimpan sebagai rekod dalam fail mahkamah.

Rabu lalu, Gobind membuat permohonan kepada mahkamah supaya siasatan lanjut dijalankan pihak polis berhubung kandungan surat layang yang diterimanya di bangunan mahkamah di sini lewat petang 17 Ogos lalu.

Surat tersebut antara lain kononnya mendakwa terdapat konspirasi di antara pegawai tinggi SPRM Selangor dan pemimpin Barisan Nasional (BN) Selangor untuk menjatuhkan kerajaan negeri sekarang dengan menjalankan pelbagai siasatan ke atas pemimpin-pemimpin negeri sehingga membawa kepada kematian Teoh.

Sebelum itu, pada prosiding yang bermula kira-kira pukul 2.30 petang tadi, Tan memaklumkan kepada mahkamah bahawa tiada bukti untuk menyokong lima tohmahan yang terkandung dalam surat layang tersebut mengenai pembabitan SPRM berhubung kematian Teoh.

Surat yang bertarikh 5 Ogos 2009 dan tidak ditandatangan tersebut menyatakan bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor memberi arahan kepada pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi siasatan supaya tidak melibatkan beliau dalam kes ini (kematian Teoh).

"Bagaimanapun pihak polis tidak dapat apa-apa keterangan yang menyokong tomahan ini.

"Polis telah merekodkan percakapan daripada saksi-saksi relevan dan mendapati tiada keterangan untuk membuktikan tohmahan ini," kata Tan.

Pihak polis juga mendapati tidak terdapat sebarang bukti bagi menyokong tohmahan kedua iaitu Timbalan Pengarah SPRM Selangor dikatakan telah menggunakan teknik-teknik soal siasat tersendiri.

Bagi tohmahan ketiga iaitu dakwaan bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah memberikan sampel DNA beliau di biliknya sendiri dan bukannya di bilik mesyuarat seperti yang dilakukan oleh pegawai-pegawai lain, Tan berkata dakwaan tersebut tidak benar.

"Mengikut pakar DNA, Dr. Seah Lay Hong yang merupakan saksi ke-9, dakwaan ini tidak benar kerana beliau hadir semasa pegawai SPRM yang terlibat berikan sampel masing-masing.

"Sungguhpun begitu, sampel baru telah diambil daripada 12 pegawai SPRM termasuk Timbalan Pengarah SPRM Selangor pada petang Rabu lepas.

"Hasil ujian mendapati kesemua sampel DNA tersebut tidak sepadan dengan DNA misteri yang dijumpai pada belakang kot dan tali pinggang si mati," kata Tan.

Tan juga menjelaskan kepada mahkamah bahawa tiada bukti bagi menyokong tohmahan keempat iaitu dikatakan Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengelap kesan cap jari pada tingkap yang dipercayai si mati terjatuh.

"Berhubung tohmahan ini, tuan koroner seharusnya menimbangkan keterangan saksi forensik polis, Cif Inspektor Mazli Jusoh bahawa terdapat sekurang-kurangnya lapan kesan cap jari tetapi ia tidak cukup sifat untuk dianalisis.

"Walhal tohmahan dalam surat ini mengatakan bahawa tiada kesan cap jari langsung telah ditemui pada tingkap itu," kata Tan.

Bagaimanapun bagi tohmahan kelima, Tan mengakui bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor sememangnya tidak mengetik kad perakam waktu keluar dari pejabatnya pada 16 Julai lalu.

"Saya akan membiarkan perkara tersebut sehingga beliau dipanggil sebagai saksi nanti untuk kita tanya mengapa beliau tidak ketik kad tersebut.

"Bagaimanapun saya mohon untuk tuan koroner mengambil kira keterangan kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan beliau keluar pada pukul 6.26 pagi, 16 Julai 2009," katanya.

Tan juga memberitahu mahkamah bahawa terdapat tomahan lain yang terkandung dalam surat berkenaan, bagaimanapun beliau tidak ingin membuat sebarang komen mengenainya kerana ia di luar bidang tugas inkues ini.

mstar


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive