Selasa, Ogos 25, 2009
P.PASIR: APA KATA CALON BN DAN PAS | Nizar News
Mengulas mengenai peluangnya, Rohaizat berkata, perkembangan yang positif yang disaksikan beliau memberi keyakinan kepadanya untuk meraih sokongan pengundi, sekali gus merampas semula kerusi itu, yang dianggap kubu kuat Pas sejak tiga penggal lalu.
Jelas beliau, BN telah menjelaskan hasratnya membantu rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur yang dikehendaki selain keperluan lain yang diperlukan di sesuatu kawasan.
Sehubungan itu, katanya, pengundi Permatang Pasir perlu memberi peluang kepada BN untuk membuktikan janjinya kepada mereka, yang menjanjikan kemajuan yang lebih gemilang.
"Saya minta semua pengundi keluar awal untuk mengundi. Jangan berlengah takut nanti tak sempat untuk mengundi disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.
"Jangan lupa bawa kad pengenalan dan naik kenderaan yang tepat. Jangan tumpang kereta yang sembarangan, takut nanti tak sampai tempat mengundi," katanya.
Salleh ketika dihubungi mStar Online selepas berakhirnya kempen tengah malam tadi memberitahu, beliau cukup bersemangat untuk menghadapi hari pengundian.
"Begitu pekerja jentera PAS dari kawasan lain dan dari parti komponen Pakatan Rakyat yang lain," katanya.
Begitu juga penyokong dan ahli-ahli parti, kata Pesuruhjaya PAS negeri Pulau Pinang.
"Saya yakin PAS akan kekalkan kerusi ini... tiada masalah untuk kekalkan kerusi," kata beliau yang enggan mengulas mengenai peratusan sokongan kepada BN.
Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Mohd. Hamdan Abd. Rahman dari PAS pada 31 Julai lalu.
Pilihan raya kecil sejak awal tahun ini diadakan selepas lebih sebulan kekosongan wujud. Ini termasuklah pilihan raya kecil DUN Penanti dan Manek Urai.
Bagaimanapun pilihan raya kecil ini diadakan dengan segera, kurang tiga minggu selepas kematian penyandang.
Pada tahun 1995 BN mengekalkan kerusi Permatang Pasir dengan majoriti 6,198 di mana ketika itu ia turut disaingi calon PAS dan DAP. Empat tahun kemudian ia dimenangi PAS dengan memperoleh majoriti 3,194 undi.
PAS mengekalkannya pada 2004 tetapi majoriti mengecil kepada 679 undi. Pada Mac 2008, PAS mempertahankan kemenangan dengan majoriti 5,433 undi.
Sejak 1986, majoriti di DUN Permatang adalah antara 600 dan 6,000 undi.
PAS dan BN mengharapkan undi penentu golongan muda dan masyarakat Cina. Dari segi pecahan usia, 40 peratus pengundi adalah mereka yang berusia 21 hingga 40 tahun, 25.5 peratus (41 hingga 50 tahun), 17.6 peratus (51 hingga 60 tahun), 10.38 peratus (61 hingga 70 tahun) dan 15.9 peratus mereka melebihi 71 tahun.
Dari segi pecahan pengundi mengikut kaum, DUN Permatang Pasir mempunyai 72.36 peratus pengundi Melayu, Cina (25.86%), India (1.63%) dan lain-lain (0.16%).
mstar
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Ogos
(396)
- Umno Bukan Pejuang Kemerdekaan Sebenarnya | pkfz
- Lim Cabar Koh Berdebat Dan Bukan Proksinya
- BN kalah dalam kalah di Permatang Pasir | pkfz
- Agenda politik tersirat di sebalik perarakan kepal...
- Lunas Mahu Radzhi Letak Jawatan | Nizar News
- TAZKIRAH RAMADHAN YB TAIB AZAMUDDIN
- Kalau UMNO, buat apa saja boleh?
- Persoalan kuil Seksyen 19 dan tindakan Pewaris | N...
- Ramadan, Merdeka Imbau Tugas Abdullah Di Baling
- ADUN Kota Seputeh serah kepada SPR
- Ahmad Said Nak Naik Ke Bulan | pkfz wohulu
- KOTA SEPUTEH MIMPI NGERI TERBARU UMNO BN
- SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA
- KEDAI MEE SEDAP PORT KAKI PONTENG POSA
- Perhimpunan Aman Tanpa Kepala Lembu | pkfz
- ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini...
- Jadi gemuk kerana banyak hutang
- Kepala Lembu PAS? | pkfz
- Lelaki maut, isteri dan anak parah dirempuh treler
- Polis berkawal di Seksyen 23
- Debat, UMNO Negeri vs UMNO Cawangan? | Nizar news
- Kepala Lembu: Penerusan Agenda Utusan Malaysia | ...
- Kerajaan Selangor lahirkan rasa kecewa | Nizar News
- LAWAK AHAD : Debat Tambah Bini
- Harapan Rakyat Kepada Kerajaan Kedah
- Jemaah melimpah ke Stesen lrt Masjid jamek
- Pembantu ADUN nyaris dirogol
- Mufti perlu betulkan ajaran sesat di Shah Alam | pkfz
- Heret Kepala Lembu : Pakatan Rakyat Jumpa Polis
- Kepala Lembu Berdarah: Usaha Umno jatuhkan kerajaa...
- Mahasiswa desak Jamil Khir meletak jawatan | Nizar...
- Khalid: Umno dalangi demo heret kepala lembu | pkfz
- MCA Retak Menunggu Belah ?
- Bila pegawai SPRM perdagangkan laporan rasuah ...
- Pas tunggu kemenangan ke-8 | : pkfz
- LAWAK RINGAN-RINGAN UMNO
- ARAK DAN ARAK KEPALA LEMBU | pkfz
- BASUH JANGAN TAK BASUH | pkfz
- Rakyat makin jelak dengan dakyah,tipu helah Umno-B...
- PR belum terlintas pelawa Soi Lek | pkfz
- SPRM Paksa Saksi Beri Jawapan Dikehendaki - INKUES...
- Lintas Langsung Dari LUNAS | pkfz
- Temui ajal waktu berbuka
- Arak kepala lembu bantah pindah kuil
- Dilema Politik Dan Perut Rakyat | Nizar News
- SPRM: Pejabat Teoh Beng Hock Diserbu Tanpa Notis
- Kemenangan di Permatang Pasir petanda positif buat...
- Serangan terhadap PR tidak menjadi: Siew Fook | Ni...
- Amalan Pilihan Bulan Ramadhan
- Hari Bekerja Punca Undi PAS Merosot
- Isu minuman keras selesai: Dr Hasan
- KONVESYEN PIAGAM PAKATAN RAKYAT - ZAID
- Pecat Chua: Ong belum tentu tidur lena | pkfz
- KERAJAAN HILANG JUTAAN RINGGIT
- Tuduhan Muhyiddin mengarut! - Mustafa Ali | pkfz
- Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Ramadhan 1430...
- Pas Sudah Tunai Janji, Umno Bila Pula?
- KHAIRY KENCING ATAU DIKENCING? | Nizar News
- Jangan risau, kerajaan Kedah tak tumbang | pkfz
- Sidang Dun Perak: Bahas titah tuanku, gantung Zamb...
- 197 Orang Pelajar Sekolah Menengah Terengganu dita...
- Salleh Man ketuai majlis Islam P. Pinang | pkfz
- Hari bekerja punca majoriti berkurang | Nizar News
- DS ANWAR BERLEPAS KE JEDDAH
- Potong bekalan, pekerja TNB kena tetak
- Bola sepak Perak dibelenggu rasuah?
- Kes seks: MCA pecat Dr Chua
- Tiada ADUN Selangor lompat parti: Dr Hasan
- Sivakumar saman Setiausaha Kerajaan Negeri Perak |...
- PKFZ: Kemungkinan wujud konspirasi 5 pihak
- Sultan perkenan Radzhi gugur, Lim Soo Nee ganti
- Kartun Dalam Negeri (KDN)
- Yang Perlu Dipelajari Dari Permatang Pasir | Niza...
- Mahkamah putus Dr Hatta tidak bersalah, arah bayar...
- RAKYAT TAK NAK BN BUKAN TAK NAK PERUBAHAN | Nizar ...
- Perkembangan Inkues Teoh Beng Hock
- Keegoan BN tertimbus di Permatang Pasir - Mahfuz ...
- PERMATANG PASIR PILIH ANAK SALLEH (SOLEH) DARI ANA...
- BN kekal tewas di Semenanjung | Nizar News
- Mengapa Najib, Rosmah takut sangat dengan Zunar?
- DATUK SHAH RUKH TAK POSA PENUH RUPANYA
- Lebih Lima Ribu Rakyat Rai Kemenangan Salleh | Niz...
- Mayat lelaki bercoli dalam kolam
- Kalau Bagi 'Emas ' Pun Orang Tak Mau Nak Bagi Apa ...
- Pemuda Umno pertama langgar peraturan SPR
- KEPUTUSAN RASMI PRK PERMATANG PASIR - PAS MENANG
- UMNO BN DIJANGKA KALAH BESAQ | Nizar News
- KEPUTUSAN TERKINI PRK PERMATANG PASIR - 7.40 PTG
- KEPUTUSAN TERKINI PRK PERMATANG PASIR - 6.00 PTG
- FRU PUN TAKUT DENGAN H1N1 JUGAK EK? | Nizar News
- BN sangka Pakatan Rakyat jahat seperti mereka | Ni...
- LAPORAN TERKINI PRK PERMATANG PASIR
- Anwar Yakin Calon Pakatan Menang | Nizar News
- Sekat kuasa SPRM: Pekeliling kerajaan Selangor dic...
- P.PASIR: APA KATA CALON BN DAN PAS | Nizar News
- Seruan dan Rayuan pimpinan Pakatan Rakyat | Nizar ...
- 64 Peratus Setuju PAS Akan Menang | Nizar News
- Surat misteri: Inkues Teoh Beng Hock tegang Gobind...
- TAK JADI SEBAT DI BULAN PUASA
- Biar majoriti tak kurang 5 ribu | Nizar News
-
▼
Ogos
(396)