Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Ogos 29, 2009

SPRM Paksa Saksi Beri Jawapan Dikehendaki - INKUES TEOH BENG HOCK

Penolong Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu mahkamah hari ini,adalah perkara biasa untuk memaksa saksi menjawab soalan sehingga memberi jawapan yang dikehendaki.

Walau bagaimanapun, Mohd Ashraf Mohd Yunus menafikan bahawa Teoh Beng Hock dipaksa menjawab dengan mengunakan kekerasan.

Ashraf merupakan salah seorang daripada pegawai SPRM yang berada ketika soal siasat dilakukan ke atas setiausaha politik exco Selangor antara jam 10.40 pagi hingga 12.40 malam, 16 Julai lalu.

Beliau turut memberitahu mahkamah bahawa menerima arahan untuk menyoal siasat pada jam 9.40 malam namun perlu menunggu rakan sejawatnya terlebih dahulu.

Ashraf berkata ia juga perkara biasa untuk menyoal siasat saksi hingga larut malam, jika mendapat kerjasama dan persetujuan dari saksi.

Beliau turut memberitahu bahawa beliau hanya melakukan tugas memeriksa dokumen-dokumen dan bukan untuk menyoal siasat Teoh, ini kerana pegawai penyiasat SPRM, Arman Alies yang bertanggungjawab menyoal saksi.

Ashraf menyertai SPRM pada 2005, berkata bahawa beliau tidak fasih dalam teknik-teknik soal siasat walaupun telah menjalani enam bulan latihan asas di Pusat Latihan Polis di Ayer Hitam.

Beliau turut tidak mengetahui makna ‘oppression’ dan ‘psychologically breaking down a witness’ tetapi beliau memberitahu bahawa mendengar perkataan itu berdasarkan siri TV popular “CSI” dan menafikan bahawa beliau melakukannya keatas mendiang Teoh.

Prosiding inkues hari ke 16 ini turut dimaklumkan bahawa mendiang masih berada di ruang tamu siasatan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sehingga jam 4.45 pagi hari, 16 Julai lalu.

Mohd. Ashraf memberitahu mahkamah bahawa beliau nampak Teoh baring di sofa kira-kira pukul 4.45 pagi hari sebelum kematiannya.

Menurut Mohd. Ashraf, sebelum itu, mendiang juga ada meminta air daripadanya semasa beliau hendak keluar pejabat.

Beliau menambah, ketika itu Teoh kelihatan hanya baring di sofa, bukannya tidur.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Yong yang juga Exco Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, ditemui mati di Tingkat Lima, Plaza Masalam di sini pada 16 Julai lepas, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan dakwaan salah guna wang peruntukan

tvselangor


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive