Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 23, 2009

FATWA DORAEMoN | Nizar News




Salam 2 all.

Alhamdulillah selesai kita menyempurnakan hari pertama 'ibadah puasa. Moga-moga ALLAH menerima 'ibadah kita insyallah.

Saya agak terkilan melihat Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof. Abdul Syukor begitu cepat mengeluarkan fatwa menyesatkan Tok Guru Nik Aziz yang menegaskan bahawa Islam ala UMNo tidak akan membawa pengikutnya mendapat syurga.

UMNo/ Be End tak sudah-sudah dengan fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz. Seluruh media dan kempen memberi gambaran seolah-olah Tok Guru telah sesat, siap dengan suruh bertaubat lagi. Tak cukup dengan media, Jawatankuasa Fatwa sepantas kilat rela diperkudakan.

Punyalah banyak isu dan persoalan yang perlu dirungkai oleh para agamawan hadharion ini, tau-tau bile trumpet UMNo berbunyi, maka berkokoklah para hadharion sekelian.

Yang fatwa mereka keluarkan 22 tahun lepas memfatwakan bertafakkur depan Tugu Negara sebagai syirik sampai hari ni UMNo/Be End tak ikut, takde pulak mereka nak berkokok sakan. Inilah nasib bila golongan agamawan menjadikan 'ilmu mereka sebagai sumber cari makan.

Yang paling menghairankan bagaimana Prof. Abdul Syukor boleh mengeluarkan fatwa kilat tersebut. Bila masenya Majlis Fatwa bersidang? Dan sangatlah memalukan bagi sebuah Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tanpa memanggil dahulu Tok Guru Nik Aziz memberi penjelasan, bermuzakarah atau membela diri!

Adalah hukum keadilan paling asasi bahawa tidak ada insan yang boleh dihukum sebelum diberi peluang mempeertahankan atau membela dirinya. Tau-tau keluar fatwa Tok Guru dah diisytihar sesat, menyeleweng dan disuruh bertaubat.

Apa Prof. Abdul Syukor ingat ni fatwa doraemon ke..main keluar terus dari poket. Dan apa yang jelas fatwa itu terang-terang dibuat kerana mengikut telunjuk UMNo/ Be End!

Saya nak tanya Prof. Abdul Syukor, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Hadorion ini, apakah mengubah ayat ALLAH saperti yang dibuat UMNo/Be End tidak sesat?
ALLAH perintahkan sebat/ rejam penzina, UMNo/ Be End tukar kepada denda;
ALLAH perintahkan qisas dalam kes bunuh, UMNo/ Be End pakai undang-undang Lord Reid;
ALLAH kata curi potong tangan, UMNo/ Be End tukar kepada penjara;
ALLAH perintahkan jangan sembah berhala, UMNo/ Be End terus menerus menyembah Tugu Negara walaupun difatwakan syirik oleh Majlis fatwa;
ALLAH perintahkan wanita Islam menutup aurat, namun UMNo/Be End biarkan pramugari muslim di syarikat Air Asia dan MAS dipaksa memakai mendedah aurat dan pakaian yang mengaibkan;
ALLAH kata Al Quran undang-undang tertinggi, UMNo/ Be End letakkan Perlembagaan Persekutuan mengatasi Al Quran (Artikel 4 Perlembagaan).

Apakah itu semua ok bagi Prof Abdul Syukor? Apakah itu tidak sesat? Tidakkah Prof Abdul Syukor merasakan UMNo/ Be End perlu bertaubat nasuha dan ubah segera segala perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar yang dilakukan UMNo/ Be End.

Apakah melakukan segala perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar itu membolehkan UMNo/ Be End layak mendapat syurga ALLAH?

Sepatutnya Prof. Syukor dan kekawannya dalam Jawatankuasa Fatwa menasihatkan UMNo/ Be End supaya kembali mentaati perintah ALLAH sepenuhnya.

Saya tidak nafikan ahli-ahli UMNo/ Be End beragama Islam. Saya sedar ada dikalangan mereka juga solat, puasa, zakat, haji, umrah dan lain-lain. Saya tak nafikan mereka menganjurkan musabaqah, mereka berarak semasa maulid dan hijrah, mereka sambut isro' mi'raj dan mereka bertarawih penuh 20 roka'at.

Namun mereka menyokong dan mendokong sebuah pertubuhan yang jelas dan terang-terang tidak mematuhi perintah ALLAH, malah melakukan sebaliknya hingga ke tahap menukar ayat Al Quran dan berbuat syirik!

Sebab itu kepada rakan dan kawan dalam UMNo/Be End, bertaubatlah dan kembalilah kepangkal jalan. Kembalilah tunduk kepada ALLAH, patuhilah Al Quran dan sunnah Rasul.

Dibulan Ramadhan Al Mubarak ini, marilah kita cerminkan diri kita. Terimalah teguran Tok Guru itu sebagai suatu nasihat untuk kita melakukan islah dan perubahan pada diri dan kumpulan kita.

Amatlah malang apabila Tok Guru memberikan teguran dan nasihat, bukan sahaja kita tak mau dengar, kita sesatkan dia pula. Kita pula yang menyuruh Tok Guru bertaubat. Kita kata Tok Guru menyeleweng, kita kata Tok Guru pemecahbelah umat.

Saya teringat kepada Nabi saw apabila Baginda menegur dan menasihatkan golongan musyrikin Makkah, menyatakan 'amalan mereka akan membawa mereka ke neraka; mereka bukan sahaja menuduh Nabi telah sesat, Nabi pemecah belah masyarakat.

Maka bersatulah golongan kuffar Makkah menjadi United Musyrikin National Organization, menentang risalah yang dibawa oleh Rasulullah.

Manusia jarang nak belajar dari sejarah, sedangkan sejarah itulah cermin buat diri mereka.

Moga Ramadhan ini membawa satu sinar baru keimanan dan ketaqwaan yang hakiki kepada bangsa Melayu yang bernasib baik diperlembagaankan sebagai Muslim. Janganlah dipersia-siakan anugerah dan ni'mat Islam & Iman yang ALLAH berikan.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Ramadhan 1430
22 Ogos 2009

zul4kulim




E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. anakpahang23/8/09 1:04 PG

    Salam.

    Mudah-mudahan di bulan yang mulia ini dibukakan pintu hati untuk merenung sejauh manakah landasan yang dilalui ini benar dan lurus di sisi Allah.

    Jika selama ini UMNOBN yang diagung-agungkan, maka kembalilah ke jalan yang lurus dan selamat.

    Bukakan mata seluas-luasnya....mengapakah kita hinakan orang yang memberi kita jalan yang benar dan lurus.

    Bukankah kita telah melakukan kesilapan selama ini kerana cenderung kepada UMNOBN hatta mempercayainya 101% tanpa melihat bagaimana jadinya aqidah kita dengan menyokong perkara-perkara mungkar yang diamalkan oleh UMNOBN.

    Jauhilah diri dari UMNOBN.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama23/8/09 1:39 PG

    “…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Surah Al Ma’idah : 44

    BalasPadam
  3. Hubaya, hubaya. Jangan sampai terkena virus UMNO. Bila sudah kena, mata jadi rabun; hati jadi buta. Tak kenal lagi batu sempadan antara yang haq dengan yang batil; antara yang halal dengan yang haram; antara dosa dengan pahala.

    Apakah Prof Abdul Syukor langsung tak nampak kejahatan dan kezaliman UMNO selama ini? Sayang, sebijak-bijak Pak Professor ini rupa-rupanya beliau masih tak terjumpa Surah Hud ayat 11:

    "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, dan kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan."

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive