Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 23, 2009

Pengundi Hantu: Khairy Tepuk Air Didulang Terpercik Ke Muka Sendiri | Nizar News



Pas menyifatkan tuduhan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengenai pengundi hantu di Permatang Pasir ibarat menepuk air didulang, terpercik ke muka sendiri kerana umum tahu amalan pengundi hantu ini sudah sebati dengan UMNO Barisan Nasional.
Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyifatkan fitnah isu merupakan siri cubaan terdesak Khairy dalam mengalih perhatian masyarakat bahawa kemenangan yang bakal diraih Pakatan Rakyat adalah kerana faktor pengundi hantu yang menyokong pakatan pembangkang.

Khairy sebelum ini menuduh adanya pengkhianat dalam Suruhanjaya Pilihanraya SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara JPN yang bertanggungjawab membawa masuk pengundi hantu semasa hari pembuangan undi 25 Ogos ini.

Apakah pengkhianat yang dimaksudkan Khairy itu bermaksud khianat pada Umno tidak diketahui, namun Mahfuz berkata kehadiran pengundi hantu telah terbukti dalam setiap kali pilihanraya, bahkan Umno sendiri menafikan kewujudan pengundi hantu sebelum ini walaupun Pakatan Rakyat mengemukakan pelbagai bukti.

Sebagai contoh, Mahfuz merujuk kepada suatu insiden pada tahun 1999, apabila Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang telah membatalkan kemenangan UMNO Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Likas apabila terbukti terdapatnya pengundi palsu.

Pilihanraya Kecil N11, Permatang Pasir menyaksikan UMNO Barisan Nasional bakal melalui jalan sukar apabila DUN ini berada dibawah jajahan Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.

Calon Pakatan dari PAS, Salleh Man yang merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bakal berdepan calon UMNO Barisan Nasional, Rohaizat Othman.

Pilihanraya kecil ini diadakan apabila penyandangnya Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 31 Julai lalu.

tva


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. khairy sebenarnya nak memberitahu rakyat malaysia selama ini BN guna pengundi HANTU. dibulan ramadan yang mulia ini ALLAH tunjukan pada kita apa yang selama ini BN lakukan dalam PRK!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive