Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 24, 2009

Calon BN Jatuh Berdebuk, Busuk Kohong Baunya. | Nizar News

Oleh berat66

Punah harapan, musnah impian rakyat Permatang Pasir yang masih tinggal sekumit untuk terus menyokong Umno/BN angkara wibawa calon yang dikemukan. Robek harapan rakyat dan penyokong Umno/BN untuk terus menyokong calon yang pada mulanya diharapkan membawa berita gembira rupanya berkesudahan dengan malapetaka. Haruskah sokongan terus diberikan kepada calon BN?


TIDAK.

Hancur luluh harapan rakyat, hilang sudah kepercayaan terbanyak terhadap gelagat calon BN. Umpama nangka buruk bersalut guni yang jatuh mengeluarkan bau kohong bagai pekong. Itulah yang terjadi kini kepada calon Umno yang mahu dijadikan dahan berteduh buat Permatang Pasir. Dahan yang disangkakan utuh dan kukuh rupanya banyak virus dan layu sebelum berkembang.

Apa Pilihan Rakyat?

Tidak lain dan tidak bukan yang ada hanya calon Pas. Pilihan rakyat Permatang Pasir kini jelas memihak kepada Calon Pas yang setakat ini kekal bersih. Umno bersalah dan sepatutnya mereka kalah. Umno semakin parah dan itulah kenyataannya yang sedang terlihat disetiap mata dan hati penduduk Permatang Pasir.

Selayaknya Umno berada dalam suasana gundah dan menggelabah angkara kemuka calon yang bersalah bukan sekadar menyeleweng wang rakyat malah turut bersalah dalam menyeleweng kepercayaan dan taat setia isteri pertamanya kerana menyembunyikan fakta beliau sudah berbini muda.


Pengundi Hilang 100% Kepercayaan terhadap Calon BN.

Isteri-isteri dan keluarga-keluarga mereka kiri kanan ditipunya, Boleh percaya ke kalau depan dan belakang rakyat Permatang Pasir Calon Bn tak boleh hayun? Sebaiknya calon BN berundur diri sekarang dan selesaikan permasalah rumahtangganya terdahulu. Bermuhasabahlah dengan munasabah. Kalau bab kawin, mengikut lumrah pemimpin Umno, nak ikut sunnah tetapi perangai dan pentadbiran mengikut H1N1.

Kami amat bersimpati terhadap isteri pertama calon Umno yang telah disandiwarakan selama ini dan kami lebih simpati terhadap isteri kedua calon Umno yang dinafikan statusnya sebagai isteri. Bukan rakyat Permatang Pasir tak mahu sokong calon BN, tetapi faham-faham sajalah, harapan rakyat telah musnah berkecai melihat bukti yang terang tanpa bersuluh dan “Jatuh Berdebuk, Busuk Kohong Baunya”.

utaraonline

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Calon UMNO yg menafikan isteri keduanya itu, silap2 jatuh talak keatas isterinya itu diatas penafian yg telah dibuat. Untuk kepastian rujuk pada kadhi atau pakar.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive