Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Ogos 26, 2009

Sultan perkenan Radzhi gugur, Lim Soo Nee ganti



Zulkifli Sulong

ALOR SETAR, 26 Ogos: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa Selasa, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini, Rabu.

Menurut beliau lagi, Sultan Kedah turut memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu manakala majlis angkat sumpah akan diadakan minggu depan.

Mohd Radzhi sebelum ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Berikutan tindakan itu, Azizan menghadap Sultan Kedah bagi menyerahkan surat memohon perkenan supaya Mohd Radzhi yang mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas digugurkan daripada jawatan Exco.

Tindakan itu dibuat berikutan Mohd. Radzhi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri bukan lagi mewakili komponen Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan PKR, Lateefa Koya menyifatkan tindakan Mohd Radzhi itu tidak menguntungkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Mohd Radzhi sering dihebohkan dengan dakwaan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketika menjadi Exco pula, dalam keadaan disifatkan sebagai gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga menyebabkan beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM._

harakahdaily


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive