Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 28, 2009

Temui ajal waktu berbuka




TUMPAT - Seorang pelajar, Wan Nor Hazwani Wan Nor, 14, maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah untuk berbuka puasa apabila motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah kereta di Kilometer 5 Jalan Kota Bharu-Pasir Mas, dekat Kampung Kutan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.26 petang itu, mangsa merupakan pelajar di Sekolah Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan menunggang motosikal Honda untuk pulang ke rumahnya selepas membantu kedua ibu bapanya berniaga juadah Ramadan di hadapan Stesen Minyak Petronas, Pasir Pekan.

Menurut bapa saudaranya, Wan Mohd Faris Wan Abdul Rahman, 32, berkata, turut pulang bersama arwah adalah kedua ibu bapanya tetapi mereka menaiki van mengekori motosikal yang ditunggangi oleh arwah.

“Sudah suratan takdir, arwah terlibat dalam kemalangan tersebut padahal untuk sampai ke simpang rumah mereka hanya 50 meter dari tempat kejadian.

“Walaupun kedua ibu bapa arwah mengekori dari belakang, tetapi mereka tidak nampak bagaimana kejadian kemalangan itu berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Khalid Munap ketika dihubungi berkata, mangsa maut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) kira-kira jam 8.15 akibat kecederaan dalaman.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggangi mangsa telah bergesel dengan kereta nisan pacuan empat roda yang dari Kota Bharu untuk pulang ke kedainya di Kampung Kutan.

“Setelah kenderaan ini memberi isyarat membelok ke kiri, motosikal yang ditunggangi mangsa bergesel dan mangsa terjatuh ke longkang bersebelahan jalan tersebut,” katanya.

Pemandu kereta terbabit, Ung Peng Huat, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan dan keretanya hanya pecah di bahagian sisi.

Mangsa dibawa oleh pemandu kereta tersebut ke HRPZ II bersama ibu bapanya yang tiba seminit selepas kemalangan tersebut.

Jenazah arwah telah dituntut oleh keluarganya dan selamat dikebumikan di Kam-pung Kutan Hilir kira-kira 7 pagi, semalam.

sinarharian

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive