Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 30, 2009

Jemaah melimpah ke Stesen lrt Masjid jamek


ORANG ramai terpaksa menunaikan solat Jumaat di tepi kaki lima bersebelahan Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Setiap kali solat Jumaat, Masjid Jamek di sini selalunya dipenuhi dengan ribuan jemaah hingga melimpah ruah ke luar pagar masjid berkenaan.

Itu mungkin pemandangan biasa pada setiap kali Jumaat di ibu kota namun sejak Ramadan bermula, suasananya agak berbeza yang memperlihatkan sudah sewajarnya masjid yang sedia ada diubahsuai bagi menampung keperluan itu.

Umat Islam di ibu kota tidak ada pilihan lain asalkan dapat menunaikan solat Jumaat yang diwajibkan oleh Islam. Tambahan pula, mereka mengharapkan keberkatan dan janji pahala yang berlipat kali ganda sepanjang bulan Ramadan.

Semalam, ribuan jemaah yang rata-ratanya bekerja di kawasan sekitar bersesak-sesak di Masjid Jamek, masjid tertua di ibu negara, yang hanya dapat menampung seramai 3,000 jemaah pada satu-satu masa.

Kali ini, bukan sahaja kawasan di luar pagar masjid berkenaan dipenuhi jemaah malah ia juga merebak sehingga ke kawasan kaunter stesen transit aliran ringan (LRT) berdekatan.

Ini sekali gus mewujudkan keadaan yang agak sesak apabila para jemaah terpaksa pula bertembung dengan pengguna LRT yang berpusu-pusu untuk ke destinasi tertentu pada waktu tengah hari Jumaat.

Timbul persoalan, mungkinkah masjid di sekitar ibu negara termasuk Masjid Negara, Masjid India, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek Kampung Baru dan Masjid As-Syakirin KLCC tidak lagi dapat menampung pertambahan penduduk di sekitarnya.

kosmo

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Ini salah ataupun sikap kurang baik jemaah itu sendiri. Sebenar masih banyak ruang kosong dlm kawasan masjid dan masih ada ruang antara jemaah dlm saf. Ada segelintir ahli jemaah yang menunggu disekitar pintu masuk masjid jamek k.l. walaupun dtg awal. Ada yang telah membentang sejadah di kawasan kaunter stesen transit aliran ringan meskipun dlm kawasan masjid masih ada tempat kosong, ini adalah pertama semata-mata mencari tempat selesa dan redup, kedua untuk mengelakkan dari tersekat terlalu lama apabila hendak keluar dari kawasan masjid.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive