Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 28, 2009

Amalan Pilihan Bulan Ramadhan



Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan serta bulan pengampunan dosa bagi mereka yang bertaubat dengan bersungguh-sungguh kepada Allah Tuhan yang Maha Penerima Taubat.

Kedatangan bulan Ramadhan hendaklah disambut dengan penuh kesyukuran dimana kita mestilah berlumba-lumba dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti ibadat seharian kita bukan sekadar berpuasa daripada lapar dan dahaga sahaja tetapi kita mestilah memastikan ibadat puasa itu dapat dilakukan dengan penuh keikhlasan sehingga mampu menghindarkan diri kita daripada sifat bakhil dan tamak kepada dunia.

Jika dalam melayari kehidupan seharian kita berebut-rebut dan berlumba-lumba untuk mendapatkan keuntungan habuan dunia maka pada bulan Ramadhan ini menjadi suatu yang ganjil jika tidak terdetik dalam hati kita perasaan ingin mendapatkan kelebihan yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka yang menghidupkan Ramadhan dengan amal soleh di mana Dia akan menggandakan pahalanya. Tidak terhiburkah kita dengan janjian itu dan tidak teringinkah kita untuk mendapatkan habuan besar yang dijanjikan oleh Allah itu.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan maka seruan (dari langit) berseru : Wahai orang yang ingin berbuat kebajikan teruskanlah (berbuat kebajikan), Wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah (daripada berbuat kejahatan). Bagi Allah lah membebaskan ramai orang dari neraka. Seruan itu (berlangsung) pada setiap malam.


Dalam satu wasiat pada akhir sebuah khutbahnya Rasulullah s.a.w telah menerangkan hakikat sebenar bulan Ramadhan dan kebesarannya dengan sabdanya bermaksud : ..... Perbanyakkanlah beramal di dalam bulan Ramadhan dalam 4 perkara. 2 perkara untuk kamu beroleh keredhaan Allah dan 2 perkara lagi supaya kamu tidak boleh terlepas darinya. Ada pun 2 perkara yang kamu akan perolehi keredhaan Allah ialah kesaksian kamu (syahadah) " La Ilaha illaLlah " dan kamu beristighfar kepadanya. Dan 2 perkara yang kamu tidak berlepas darinya ialah kamu memohon syurga daripada Allah dan memohon berlindung denganNya daripada neraka. Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa (ketika berbuka) maka Allah akan memberi minum kepadanya air dari kolamku(kolam Kauthar) sebagai air minum yang tidak akan dahaga lagi selepas meminumnya sehinggalah dimasukkannya ke dalam syurga.


Antara perkara yang perlu kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini sebagai mengambil pedoman daripada kedua-dua hadis Rasulullah s.a.w itu ialah :


1. Memperbanyakkan amal ibadat dalam bulan Ramadhan dan juga memperbanyakkan bertahlil dengan menyebut La Ilaha illaLlah.


2. Memperbanyakkan beristighfar kepada Allah dalam bulan ini dan juga bertaubat atas segala dosa yang dilakukan.


3. Banyakkan doa memohon agar Allah memasukkan kita ke syurgaNya dan juga doa agar dijauhkan daripada azab nerakaNya yang pedih.


4. Menjamu orang berbuka puasa sempena kedatangan bulan Ramadhan yang digandakan pahala kebajikan yang dilakukan.


5. Menghidupkan malam-malam dibulan Ramadhan dengan amalan-amalan sunat seperti sunat Terawih dan qiamullail kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Sesiapa yang menghidupkan (malam-malam) bulan Ramadhan (dengan berbuat amal soleh) sepenuh keimanan dan mengharapkan pahala maka akan diampuni baginya dosa yang telah lalu.


Menghidupkan malam-malam dibulan Ramadhan ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya :


a. Mengikut pendapat as-Syaukani : ialah dengan sembahyang atau semata-mata sembahyang yang memberi maksud menghidupkan malam dengan beramal malam (qiamullail).


b. Mengikut pendapat imam Nawawi pula : menghidupkan malam-malam Ramadhan berhasil dengan solat sunat Terawih kerana qiam Ramadhan tidak berlaku melainkan dengan solat sunat Terawih.

Semoga kita semua mampu membuang sifat malas dengan bersunguh-sunguh melawan nafsu malas itu dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti ibadat seharian kita kepada Allah. Gunakanlah peluang dan masa yang ada ini untuk beribadat sebagai bekalan bagi kehidupan di akhirat nanti. Kita tidak tahu bilakah saat ajal maut kita. Oleh itu jangan menunggu kulit kita sudah kendur, mata sudah kabur, rambut sudah gugur, tunggu masa masuk kubur barulah kita mahu beribadat bersungguh-sungguh. Itu pandangan orang jahil dan songsang bukannya pandangan mereka yang mengaku berada dalam golongan masyarakat intelek dan terpelajar.

al-bakriah


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive