Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, April 30, 2009

PAS UMNO: Apa punya turrrr...

PAS Permatang Pauh nie pon boleh di kira 2x5 ja dengan UMNO


oleh anak Kedah


awat jadi lagu nie... PAS nie rasa dah kuat sangat dah kaa sampai dah lupa macamana depa boleh naik sampai ketahap tertinggi macamnie... dah laa Pemuda PAS PENANTI tengah dok 'BONGKAK NAK PULAU' pastu pada malam penamaan calon PKR sekoq pon PIMPINAN PAS TAK NAMPAK... pie mana habih hangpa nie... awat dah MERAK KEMBANG EKOQ SEMUA KAA... dah pijak tak rapat bumi dah kot sampai dok rasa hangpa nie semuanya HEBAT dah sampai KAWAN SENDIRI pon hangpa dah nak tendang kaih pie ketepi...

mai nak habaq kat hangpa kerana perangai PELAQ macam nie laa KEDAH masa PRU 1999 menang sampai tak mau2 tapi mai PRU 2004 habis lincin hangpa kena ratah... sampai tinggai terkulat-kulat sekoq PARLIMEN PENDANG yg dimenangai yg lain BUNGKUIH MAK ENON...

bukan apa puncanya sebab sembang dah tak pijak bumi la puncanya... kerja tak buat tapi syok dgn slogan PAS TAWAN KEDAH..tapi last pakat jadi tak ketahuan semua... tak caya cuba hangpa tanya sapa yg ada kat rumah ust Azizan di markaz Sg Limau pada malam keputusan 2004 tuuu... habih semua kelu tak terkata...tuhan kalih on the spot... habih punggah perancangan yg telah dilakukan... pastu sampai berbulan2 kena 'kebah' sehinggakan ceramah pon dah tak mampu nak buat sebab orang tak dak....

Kini bila menang dan dapat kebenaran memerintah dengan kuasa rakyat hangpa dah buat perangai balik... sembang sampai lupa kiri kanan... tengok kawan pon dah jadi lawan... awat hangpa jadi kelaku macam nie tak kira la yg kat kawasan ataupon kat pimpinan atas sana... awat susah sangat ka hangpa bagi kata sepakat dan nak hantaq pie sorang untuk dok dalam majlis tu...tak kira la sapa pon tapi biaq la yg ada nama... PRESIDEN ka TIMB. PRESIDEN ka NAIB PRESIDEN ka atau pon AHLI JAWATAN KUASA kat bawah tuuu... pakatan apa macam nie, rakyat hangpa suruh berpakat tapi PIMPINAN buat kelaku bagi lubang suruh lawan tembak...

masa ceramah bukan main hangpa cakap yg MUSUH KITA ADALAH BN/UMNO... tapi hangpa semua buat kelaku bagi peluang LAWAN tembak... jika macam nie punya kelaku hangpa nie semua macam sial jaa.... baik joint tablig lagi baguih...

rakyat bukan main nak kalahkan BN last PIMPINAN dok kalut kutip temucut kat kaki seluaq....apa punya turrrr la hangpa nie...

last PAS nie pon boleh di kira 2x5 ja dengan UMNO gila jawatan.....

kedahlanie

PAS UMNO: Nik Aziz minta Nik Abduh padamkan kekeliruan dalam blog

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta anaknya, Nik Abduh supaya menjelaskan kekeliruan dan jangan biarkan kekeruhan bertapak lama berhubung isu dakwaan beliau terhadap pembantu ‘sesat’ bapanya yang dikatakan melaga-lagakan bapanya dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nik Abduh dalam blognya mencatatkan beliau telah dihubungi ayahandanya dari Mekah, meminta beliau supaya ‘memadamkan kekeliruan’ dan ‘jangan membiarkan kekeruhan bertapak lama’ berhubung isu itu.

“Saya pastinya tersentak. Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. Alhamdulillah, ia mengesankan walaupun perbualan hanyalah sekitar dua tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.

“Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama. Saya katakan kepadanya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu. Pastinya tulisan kedua ini lebih ringan bebanannya. Saya dapat lampu hijau daripada ayahanda.

“Selang beberapa jam, belum pun saya mula menulis, saya diberitahu bahawa sekumpulan insan sedang bergembira kerana hal Nik Abduh telah selesai.

“Ayahandanya telah mengarahnya berhenti buat cerita! Saya tersentak lagi. Wah, ada insan yang begitu teliti pekerjaannya sehingga dia tahu isi perbualan saya dengan ayahanda!” katanya yang dipetik daripada blognya.

Nik Abduh dalam blognya sebelum ini, bercerita mengenai pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Abdul Hadi.


sinarharian

Kejatuhan Umno kerana sekat kebebasan akhbar

Penulis Khas

Sebelum Perang Dunia Kedua, di bawah jajahan Inggeris, akhbar tidak juga bebas. Namun begitu, ia masih ada ruang besar untuk membicarakan banyak isu, khususnya mengenai Islam dan hal ehwal agama Islam serta juga soal kemerdekaan. Sememangnya pihak berkuasa penjajah mengambil perhatian terhadap apa yang dinyatakan oleh akhbar-akhbar, termasuk akhbar Melayu.

Secara umum, penjajah akan mengambil berat jika sesebuah akhbar itu menghasut dengan mengajak orang ramai bangkit menentang penjajah dengan menggunakan senjata. Tetapi kalau sekadar memperjuangkan nasib bangsa dan menentang ketidakadilan, bagi penjajah Inggeris itu tidak menjadi masalah. Secara umumnya,akhbar dalam zaman penjajah Inggeris adalah lebih bebas daripada masa sekarang. Untuk mengukur secara tepat, maka wajar dibuat penyelidikan sejarah.

Kongkongan British

Bagaimanapun kongkongan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Inggeris adalah juga tidak patut. Mengapakah Britain yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan akhbar di negara sendiri telah menafikan hak yang sama di tanah-tanah jajahan? Walau bagaimanapun, layanannya terhadap akhbar Melayu, Inggeris dan Cina adalah juga berbeza-beza.

Kajian sejarah akan membolehkan seseorang membuat penilaian akhbar mana di antara ketiga-tiga itu yang paling dikongkong. Tetapi akhbar bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh orang Inggeris sendiri seperti The Straits Times, The Straits Echo dan The Malay Mail turut dikongkong. Andai kata mereka mengkritik dasar-dasar pihak berkuasa penjajah, maka pasti mereka ditegur.

Hakikatnya ialah dasar mengawal kebebasan akhbar adalah sebahagian daripada fahaman imperialisme yang bercanggah dengan demokrasi dan hak asasi manusia. Di Tanah Melayu pada zaman penjajah, kongkongan di negeri-negeri Melayu adalah lebih ketat daripada di negeri-negeri Selat.

Di negeri-negeri Melayu termasuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (UFMS), sebarang komen mengenai Melayu lebih-lebih lagi kaitannya dengan Raja-raja Melayu, adat istiadat Melayu dan apatah lagi mengenai agama Islam amat dikongkong.

Walaupun di bawah penjajahan Inggeris tetapi pihak berkuasa Inggeris mengiktiraf kedaulatan Raja-Raja Melayu dan penguasaannya terhadap agama Islam. Maka jika terdapat penerbitan Melayu yang kritikal terhadap soal bangsa dan agama, maka mereka pasti dikenakan tindakan. Soal politik pastinya dipandang dengan penuh curiga.

Justeru, penerbit-penerbit berasa bebas untuk menerbitkan akhbar-akhbar di negeri-negeri Selat khususnya Singapura dan Pulau Pinang. Maka tidak hairanlah Utusan Melayu yang mula diterbitkan pada tahun 1930-an memilih Singapura sebagai tempatnya. Tetapi bukan saja aktiviti penerbitan yang lebih bebas di negeri-negeri Selat, aktiviti lain seperti penubuhan persatuan lebih bebas di Singapura. Maka tidak hairanlah persatuan Melayu pertama yang ditubuhkan ialah di Singapura iaitu Persatuan Melayu Singapura.

Kawalan tambah ketat

Semasa pemerintahan Jepun, pengawalan akhbar bertambah ketat dan teruk tetapi wartawan Melayu tetap bekerja di bawah Jepun itu. Mereka cuba berusaha mengambil ruang-ruang yang ada untuk memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara. Kisah ini jelas dipaparkan oleh Samad Ismail dalam novelnya Patah Sayap Terbang Jua.

Selepas Jepun menyerah, akhbar mengecapi lebih kebebasan, pada awalnya lebih luas lagi kerana pihak berkuasa penjajah belum masuk mengawal. Pada masa ini Pentadbiran Tentera British (BMA) belum benar-benar menunjukkan taringnya. Maka sesiapapun boleh menerbitkan akhbar sendiri.

Kisah ini dipaparkan oleh Ahmad Boestamam dalam bukunya Merintis Jalan Ke Puncak yang menceritakan bagaimana beliau menerbitkan akhbar Suara Rakyat dan Voice of the People di Taiping dengan mengkritik pihak penjajah secara bebas. Hanya kemudian BMA meminta akhbar itu memohon maaf setiap hari tetapi tidak menganggu tulisan yang tersiar.

Namun begitu, kawalan yang ada oleh pihak penjajah tidaklah seketat berbanding zaman merdeka. Itu ironinya. Akhbar lebih merdeka sebelum merdeka daripada selepas merdeka. Utusan Melayu bebas melaporkan apa saja. Selain itu terdapat juga akhbar Melayu lain yang bebas iaitu Warta Malaya.

Keadaan berubah selepas merdeka. Utusan Melayu dibeli oleh Umno dan bermulalah kawalan terhadap akhbar itu. Walaupun keberatan, Yusof Ishak, pemiliknya terpaksa tunduk kepada kehendak penguasa politik ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman. Wartawannya membantah dipimpin oleh pengarangnya Said Zahari. Tetapi mereka tidak berkuasa dan sejak itu Utusan Melayu dikawal oleh Umno.

Kongkongan terhadap Utusan Melayu berlaku selepas ia berhijrah ke Kuala Lumpur. Maknanya di Singapura, ia lebih bebas. Tetapi kemudian walaupun Yusof Ishak menjadi Presiden Singapura, akhbar Utusan Melayu diharamkan masuk ke Singapura. Ini ekoran laporannya yang dikatakan sebagai menghasut rusuhan kaum di Singapura. Maka zaman penjajah lebih memberi kebebasan daripada era Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew.

Akhbar mulanya lebih bebas

Bagaimanapun ketika pilihan raya tahun 1964, terdapat tiga akhbar Melayu yang utama iaitu Utusan Melayu, Berita Harian dan Warta Negara. Keadaan masa itu, walaupun berdepan dengan konfrontasi dari Indonesia, suasana akhbar adalah lebih bebas daripada hari ini.

Sememangnya Utusan Melayu dan Berita Harian cenderung menyokong Perikatan yang memerintah. Tetapi Warta Negara yang teredar luas di bahagian utara Semenanjung memberi liputan yang saksama kepada PAS. Selepas pilihan raya, Warta Negara dibeli oleh Utusan Melayu.

Bertambah maju negara ini, bertambah terkongkong akhbarnya. Elit politik negara pimpinan Umno tidak menghormati atau menghargai kepentingan kebebasan akhbar. Akhirnya polisi ini memakan tuan.

Setelah generasi bergenerasi, rakyat hilang keyakinan terhadap akhbar arus perdana. Pada asalnya kongkongan akhbar bertujuan untuk mengukuhkan kuasa, tetapi akhirnya apabila kekuasaan itu tidak berasaskan pada kejujuran, maka keyakinan seseorang kepada penguasa terjejas, sekali dengan akhbar kongkongannya.

Kebenaran sendiri tidak boleh dikongkong. Kalau di zaman Kersatuan Soviet dahulu, ada dua akhbar utama yang dikongkong iaitu Pravda yang bermakna kebenaran dan Izvestia bermaksud berita, maka di Malaysia ada Utusan Malaysia dan ada Berita Harian. Hakikatnya tidak ada kebenaran dalam Pravda, dan juga tidak ada berita dalam Izvestia. Orang lebih mempercayai Samizdat, lembaran gelap pada zaman Soviet.

Di Malaysia orang lebih percaya surat layang pada tahun 70-an. Ini diikuti dengan kaset pada tahun 80-an, dan kemudian laman web pada tahun 90-an dan blog pada tahun 2000-an. Kebenaran akan mencari jalan sendiri dan akhirya Parti Komunis Kesatuan Soviet tumbang dengan Kesatuan Soviet juga tamat tempohnya. Kini akhbar bebas di sana.

Begitu juga di Indonesia. Akhirnya rejim Suharto tumbang dan kini akhbar bebas di sana. Lihatlah dalam sejarah. Penjajah Inggeris yang menguasai akhbar akhirnya tumbang. Begitu juga dengan penjajah Jepun. Begitu juga dengan parti komunis Soviet. Begitu juga dengan Suharto.

Siapa mengawal akhbar akhirnya akan tumbang. Ini adalah satu ingatan kepada Parti Komunis China dan kerajaan PAP di Singapura. Terhadap Malaysia, fikirlah sendiri. Ingatan ini bukan saja ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional tetapi juga Pakatan Rakyat._

harakahdaily

NIZAR: PR TIDAK AMAL DISKRIMINASI



Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah mengamalkan diskriminasi dalam memberikan bantuan kepada golongan tertentu sebaliknya bantuan diberikan kepada semua yang layak.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sepanjang 11 bulan menerajui Perak, PR memberikan pelbagai bantuan dan sumbangan kepada rakyat seperti pemberian air percuma, sumbangan kepada anak-anak yang berjaya memasuki universiti dan sebagainya.

Menurutnya, sepanjang Barisan Nasional (BN) menerajui Perak, rakyat dibiarkan merempat dan hidup dalam kemiskinan serta memilih orang tertentu untuk diberikan bantuan.

“Mereka tidak membantu rakyat dan membiarkan rakyat hidup miskin kerana mereka menyokong Pas dan tidak menyokong parti mereka.

“Hari ini politik baru Malaysia kita tidak boleh ambil politik perkauman dan Islam menentang perkara itu,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Situasi Politik Semasa di Markaz PAS Teluk Intan, Padang Tembak.

Menurutnya, kemenangan beliau di Bukit Gantang pada Pilihan Raya Kecil lalu sebenarnya memberitahu BN bahawa rakyat Perak sebenarnya mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

Beliau berkata, rakyat di Bukit Gantang sebenarnya mewakili seluruh rakyat Malaysia yang menolak UMNO dan BN serta menyatakan bahawa mereka tidak mahu lagi politik perkauman.

Menurutnya, UMNO sanggup merampas hak rakyat dan tidak pernah mengambil tahu sama ada perbuatan mereka itu halal atau haram.

Nizar berkata, UMNO langsung tidak menghormati Speaker dan melanggar peruntukan undang-undang sesuka hati dengan menentukan sendiri kerajaan mereka tanpa mengira pandangan demokrasi rakyat.

Menurutnya, UMNO juga membuktikan bahawa pemimpin mereka terlibat dalam rasuah, malah masih memegang jawatan tertentu walaupun sudah terbukti terlibat dalam politik.

Beliau berkata, Pas mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus-lumus membantu merayu undi dan kempen sehingga berjaya memenangi kerusi Parlimen itu.

Menurutnya, semua pihak harus bersyukur di atas kemenangan ini dan selain itu perlu muhasabah diri kepada Allah dengan meminta keampunan supaya segala tindakan yang dibuat direstui.

Penyokong PR mendengar ceramah perdana yang disampaikan Nizar di Markaz Pas Teluk Intan. -sinarharian

AGENDA MEDIA SAMAKAN PAS DENGAN UMNO



PAS Tidak Sama Dengan Umno

Oleh Husam Musa
Sehingga hari ini saya rasa sebelum saya mengumumkan secara rasmi sama ada saya bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS atau tidak. Saya perlu membuat pertimbangan terhadap beberapa perkara terlebih dahulu.

Faktor pertama ialah, saya harus meneliti harapan daripada PAS kawasan-kawasan yang mencalonkan saya ke jawatan Timbalan Presiden.Sejauh mana mereka mengharap supaya saya bertanding.


Saya harus menghubungi PAS kawasan-kawasan yang telah memberikan pencalonan mereka untuk mengetahui sebab-sebab mengapa mereka merasakan saya perlu bertanding. Dan jika sebab itu valid, Insya Allah barulah saya buat keputusan secara muktamad.

Faktor kedua ialah, saya harus mempertimbangkan faktor arah tuju parti, iaitu arah tuju PAS sendiri. Adakah PAS memerlukan satu sumbangan saya untuk pengukuhan arah tujunya. Jika arah tuju PAS sudah jelas dan nyata saya tidak fikir perlu di ganggu. Tetapi sekiranya ahli-ahli parti merasakan satu pengarahan masa depan parti yang lebih terang dan tidak ada satu keraguan terhadap parti, mungkin saya akan pertimbangkan penyertaan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, insya Allah.

Ketiga, faktor yang saya harus pertimbangkan adalah, adakah dengan penyertaan saya itu saya boleh mengukuhkan pencapaian PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti, dan bagaimana cara saya boleh berperanan untuk tujuan tersebut. Jawatan Timbalan Presiden PAS ditandingi sejak tahun 2005 dan sekali lagi pada tahun 2007. PAS tidak berpecah walaupun ada yang menang dan ada yang tewas.

Saya percaya bahawa tradisi dan nilai mulia dalam PAS masih kekal dan PAS sama sekali tidak akan menjadi seperti Umno dalam soal pemilihan ini. Cuma ada pihak-pihak tertentu yang cuba menggambarkan seolah-olah ada perebutan kuasa yang sengit dalam PAS.

Suka saya nasihatkan pimpinan dan ahli-ahli PAS supaya menjaga etika sepanjang pemilihan ini supaya tidak memenuhi agenda media memperlihatkan PAS ini sama dengan Umno. PAS sebenarnya tidak sama dengan Umno, tetapi kadang-kadang cara kita bertindak boleh jadi silap dan memenuhi agenda media arus perdana yang dikuasai Umno-BN.

Kesilapan kita menyebabkan media gembira memetik maklumat dalaman yang boleh melaga-lagakan antara sesama pemimpin, sedangkan agenda media jelas, mahu menyamakan antara PAS dengan Umno.

Bagi saya jika terdapat perkara, yang ahli-ahli ataupun mana-mana pihak dalam PAS rasa menyalahi disiplin PAS, mereka perlu memaklumkan kepada parti dan saya berharap pimpinan-pimpinan tertinggi parti tidak berdiam diri mereka mesti memperlihatkan satu tahap displin yang tinggi supaya tidak ada mana-mana pihak mengambil kesempatan yang boleh merosakkan imej PAS yang telah dibina selama ini termasuk termasuk perpaduan sesama ahli.

Pada pendapat saya, Pilihan Raya Umum ke 13 adalah satu pilihan raya yang kritikal kepada semua parti-parti politik utama dalam negara kita. Ianya adalah penentuan samada PAS boleh menjadi teraju utama menggantikan Umno dalam politik negara.

Ini bermakna pertandingan yang lebih kritikal adalah di antara PAS dengan Umno. Jika PAS berjaya mendapatkan kemenangan diatas kerusi-kerusi yang sekarang ini dipunyai oleh Umno, maka PAS boleh keluar sebagai the main anchor party pada masa akan datang.

Jadi tiga faktor inilah yang harus saya pertimbangkan dan rundingkan dengan PAS kawasan-kawasan, ahli-ahli, sebelum saya memberikan kata muktamad saya untuk bertanding.

Pada tahap ini, saya merasakan masih terlalu awal untuk membuat keputusan. Walaupun terdapat beberapa nama lain yang dicalonkan ke jawatan Timbalan Presiden, saya fikir tiada masalah untuk mengadakan muqabalah rakan-rakan yang dicalonkan untuk menarik diri dan memberi laluan kepada mana-mana calon yang lebih mustahak di kedepankan.

Jika PAS boleh membuat muqabalah dengan Umno, maka saya merasakan tiada sebab untuk tidak boleh berunding dengan calon-calon jawatan tertinggi dalam PAS.

Bagaimanapun setakat pemahaman saya, PAS sendiri tidak pernah secara rasmi mempunyai pendirian terhadap perkongsian kuasa dengan parti pemerintah yang sedia ada.

Oleh kerana tidak ada apa-apa ikatan rasmi maka saya fikir, jalan yang lebih munasabah bagi PAS ialah untuk memperkuatkan parti, mendapatkan sokongan di kawasan-kawasan yang sekarang ini dikuasai oleh Umno.

Bagaimanapun, iika sekiranya arah tuju PAS dapat diperjelaskan dan tidak ada keraguan tentang hubungan hubungan sulit PAS dan Umno, saya rasa tidak ada sebab besar untuk saya bertanding mencabar pemegang-pemegang jawatan yang sedia ada.

Tetapi pada pendapat saya dari trend yang berlaku sekarang ialah wujudnya keraguan terhadap arah tuju PAS, dan masa kita singkat, saya yakin Pilihan Raya Umum ini akan dipanggil lebih cepat dan mungkin dalam tempoh 6 bulan hingga 12 bulan daripada sekarang.

Jika PAS teragak-agak untuk menentukan arah tujunya, maka PAS akan kehilangan peluang persiapan yang secukupnya.

Jelas Muktamar Tahunan PAS yang diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak sudah membuat ketetapan untuk memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat. Kemudian dalam pilihan raya-pilihan raya kecil pun ada kenyataan dan usaha bersama untuk berdiri atas platform Pakatan Rakyat, itu adalah yang telah dimuktamadkan dan kita kena harus bergerak di atas format yang telah dimuktamadkan bagi memenuhi agenda tersebut

UMNO PAS: KELULUSAN KABEL ELEKTRIK DI DASAR LAUT

30 April 2009
Parti Keadilan Rakyat merasa terperanjat kerana kelulusan yang diberi oleh kerajaan baru-baru ini untuk membina kabel kuasa elektrik menghubungi Sarawak dengan Semenanjung bagi bekalan elektrik dari Bakun. Kerajaan mendakwa harga kabel dan penyaluran elektrik ini lebih murah daripada menjana kebolehan (kapasiti) yang perlu di Semenanjung. Kami menggesa Kerajaan supaya mengeluarkan angka-angkanya untuk diperiksa.

Selanjutnya, kami meminta Kerajaan menunjukkan di manakah EIA dan rancangan pengurusan risiko yang menjadi asas bagi membuat keputusan ini. Adakah ini satu lagi kes buat dulu kemudian keluarkan EIA?

Kami ingin bertanya: adakah Kerajaan bersedia Semenanjung terdedah kepada kemungkinan malapetaka kegagalan? Misalnya, apa akan jadi kepada kabel yang dicadangkan itu seandainya berlaku malapetaka seperti yang menimpa hubungan internet akibat gempa bumi berdekatan Taiwan pada bulan Disember 2006? Dengan internet boleh dilakukan “rerouting” (pelencongan) - bahkan inipun mengganggu internet selama beberapa minggu. Tetapi ini tidak boleh dilakukan kepada elektrik, ataupun boleh dilakuan hanya dengan harga yang mahal. Buktikan kepada kami penilaian risiko yang telah dibuat.

Kita ketahui sekarang ini rakyat Sarawak, terutama sekali mereka di kawasan pedalaman, tidak mendapat bekalan elektrik yang cukup. Mengapakah mereka tidak diberi keutamaan supaya medapat bekalan elektrik yang termampu?. Menteri yang bertanggungjawab tentu menyedari tentang sentimen yang meluas bahawa Persekutuanlah yang mendapat manfaat lebih daripada sumber-sumber hasil Sarawak. Kami yakin rakyat di Persekutuan pun mahu rakyat Sarawak mendapat manfaat utama dari Bakun. Kami tidak ingin melihat keadaan berterusan manakala orang kampung terpaksa membayar sampai RM60 sebulan bagi bekalan elektrik kira-kira 4 jam sehari saja.

Akhirnya, ada beberapa kenyataan ganjil yang dilaporkan oleh media. Akhbar The Star melaporkan menteri berkenaan menyatakan Semenanjung akan diberi bekalan sebanyak 10,000 megawatt. Bagaimana ini boleh berlaku manakala Bakun hanya boleh menjana 2,400 megawatt?



DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, PKR

SUMBER:keadilanrakyat

UMNO BN AKAN DIUJI DI SELANGOR PULAK?



Presiden UMNO yang juga pengerusi perhubungan umno negeri Selangor akan diuji dengan satu lagi pilihan raya kecil. Kali ini, jika ia benar-benar menjadi kenyataan adalah pilihan raya kecil Kota Alam Shah, Selangor.

ADUN Kota Alam Shah yang sedang berada dalam tahanan ISA, YB. M Manoharan sedang berkira-kira untuk mengosongkan kerusi DUN tersebut demi memberi laluan kepada satu lagi pilihan raya kecil.

Tujuannya jelas, beliau ingin memberi peluang rakyat di kawasannya untuk mendapatkan seorang wakil rakyat yang bebas dan dapat berdamping, mendengar serta menyelesaikan masalah rakyat. Keterbatasannya kerana berada dalam tahanan menyebabkan beliau berkira-kira untuk mengosongkan kerusi tersebut.

Sekiranya ini berlaku, maka ini adalah pilihan raya kecil yang ke 7 selepas pilihan raya umum Mac 2008.


SUMBER:kerajaanrakyat

Biaqpila...apa ada hal.

lupakan umno sekejap: Asal Usul Kentut



Asal Usul Kentut


Menurut seorang ilmuwan yang mengadakan penelitian tentang kentut mengatakan, Kita jangan cuma tahu bau dan suaranya saja(ghoib).

1. Dari mana asal kentut? Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yang kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia & gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut? Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara terabsorbsi oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut & cairan usus menghasilkan karbondioksida. Bakteria juga menghasilkan metana & hidrogen. Proporsi masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus,
berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, karena gas-gas lain terabsorbsi oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak karena tubuhnya tidak sempat mengabsorbsi oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk? Bau kentut karena kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua senyawa ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut, & makin busuklah kentut anda. Telur & daging punya peran besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacangan berperan dalam memproduksi volume kentut, bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi? Karena adanya vibrasi lubang anus saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi tergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak bersuara? Salah satu sumber kentut adalah bakteri. Fermentasi bakteri & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingnya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil, hangat & jenuh dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari? Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur? Karena density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas?Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar anus lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang menjadi bertekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, yaitu sekitar anus. Dalam perjalanan ke arah anus, gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gas akan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, karena bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain? Tergantung kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak terdeteksi dalam beberapa detik, berarti mengalami pengenceran di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, mobil, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan tinggal dalam waktu lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut? Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih bisa kentut.

10. Betulkah laki-laki kentut lebih sering daripada perempuan? Tidak ada kaitannya dengan gender. Kalau benar, berarti perempuan menahan kentutnya, & saat kentut banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut? Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh kedengaran di seluruh penjuru rumah.

12. Mengapa makan kacang-kacang menyebabkan banyak kentut? Kacang-kacang mengandung zat gula yg tidak bisa dicerna tubuh. Gula tsb (raffinose, stachiose, verbascose) jika mencapai usus, bakteri di usus langsung berpesta pora & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa saja penyebab kentut? Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum soft drink, naik pesawat udara (karena tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang? Tidak. Sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak,! kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteri lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan? Bukan diabsorbsi darah, bukan hilang karena bocor. Tetapi bermigrasi ke bagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar? Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyalaanya berwarna biru karena kandungan unsur hidrogen.

17. Bisakah menyalakan korek api dengan kentut? Jangan mengada-ada! Konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulai pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk? Kerana anjing & kucing adalah karnivora (pemakan daging). Daging kaya akan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih keras bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut? Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut? Tidak berwarna. Kalau warnanya oranye seperti gas nitrogen oksida, akan ketahuan siapa yang kentut.

21. Apakah kentut itu acid, basa atau neutral? Acid, karena mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus? Planet Venus sudah banyak mengandung sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sanapun tidak ada pengaruhnya.




Sumber:muraisenja
Biaqpila...apa ada hal.

LAWAN UMNO BN - UNDILAH PR WALAUPUN BATANG PISANG



ARTIKEL NIE AKU COPY DARI BLOG KEDAIKOPITEPIMASJID...CUBA KITA RENUNG2KAN KATA2 PENULIS DIBAWAH....-Abdul Hamid Kelana (KOMEN PENGUNJUNG)


PENANTI - Calon Rakyat atau Calon Parti??

Assalamualaikum.
Apa yang aku utarakan disini hanyalah pandangan peribadi dan tidak melibatkan mana-mana pihak. Aku menghormati mana-mana pandangan dan sedia menerima teguran jika apa yang diulaskan aku salah dan sedia memohon maaf sekiranya mengguris hati mana-mana pihak.

Tentang perlantinan saudara Dr. Mansur sebagai calon N12 DUN Penanti. Kalau itulah konsensus keputusan pimpinan PR dekat Penanti, adakah diterima rakyat??

Apa yang perlu dipersoalkan ketika ini, pemimpin pilihan parti atau pemimpin pilihan rakyat??yang mana lebih utama??

Adakah pilihan pucuk pimpinan PKR mencerminkan pilihan rakyat di Penanti....alahai sedihnya seolah-olah rakyat perlu terima saja bulat-bulat apa keputusan yang dibuat pimpinan parti. Apa nie??

Berapa kali dah calon-calon yang tidak dikenali rakyat, calon bidan terjun/calon part time ditampilkan.. (yang kenal pun dikalangan parti tue sendiri...).

Mana mereka sebelum nie...adakah hanya tampilkan diri semasa menjadi calon/wakil rakyat sahaja dan hilang selepas tempoh wakil rakyat expired!!

Adakah calon ini yang terbaik dalam PKR, tiada lagikah calon yang lebih berwibawa dalam PKR atau PR?? Ingat kami mengundi bukan atas nama PKR!! tapi atas semangat keadilan dan perjuangan dalam Pakatan Rakyat dan kami mahukan calon yang benar-banar berwibawa dan tahu mengemudi aspirasi rakyat!!!

Calon yang tahu membawa rakyat untuk berfikir. Calon yang menguasai ilmu kejuruteraan rakyat. Calon yang benar-benar tahu permasalahan rakyat bukannnya calon yang buat kerja dalam ruang lingkup parti saja!!

kepada pengundi di Penanti, bukakan fikiran anda...kita tidak mahu hanya dua tiga orang membuat keputusan atas diri dan masa depan kita disini. Kita Rakyat yang sebenarnya ‘penentu’ siapa pemimpin kita...

Aku tidak mahu apa yang terjadi kepada saudara Fairuz berulang lagi. Begitu juga apa yang yang dilakukan oleh Osman Jailu dan Jamaluddin Mat Radzi diPerak berlaku lagi. Bukankah mereka semua ini adalah pilihan pucuk pimpinan parti??Adakah rakyat sendiri yang mengangkat mereka sebagai calon dan seterusnya mewakili rakyat??Serahkanlah kuasa memilih calon/wakil rakyat kepada rakyat semula. Aku mahu pucuk pimpinan khususnya PKR memberi ruang kepada rakyat di Penanti membuat keputusan seterusnya memilih calon yang selayaknya!!!Insya'Allah pilihan Rakyat mesti tidak akan mengecewakan.

Aku syorkan supaya aktivis parti dalam PR turun padan buat survey dan tanya Rakyat siapa pemimpin yang hendak diangkat mereka!!! Adakah sudah tidak cukup masa pimpinan PKR turun padang, tanya sendiri dengan rakyat siapa calon wakil rakyat pilihan mereka!!


Keputusan Rakyat perlu diutamakan sebelum penamaan calon 23 Mei ini!!! Ingat kita semua dikurniakan akal untuk berfikir dan bertindak.

sekian, wassalam.

Shikarishyna
N12


BIAQPILA: UNDILAH PR WALAUPUN BATANG PISANG JADI CALON SEBAB SELAMA 50 TAHUN YANG LALU PUN ORANG DUK UNDI BN WALAUPUN DEPA LETAK BATANG PISANG JADI CALON.SEKARANG KITA KASI MALU BN PULAK,BAGI DEPA KALAH DENGAN CALON BATANG PISANG KITA.HUHUHU...

umno pas: PENANTI,APA PROJEK GENG?



STRATEGI ATAU MUSLIHAT APAKAH PEMUDA PAS PULAU PINANG TETAP NAK BERENTAP DI PENANTI? APA PROJEK GENG? DALAM PADA UMNO BN TERKIAL-KIAL SAMADA NAK BERTANDING ATAU TIDAK,PAKATAN RAKYAT NAK BERLAWAN SESAMA-SENDIRI.

AKU RASA NI CUMA GIMIK POLITIK,TAK LEBIH DARI ITU.TAKKANLAH PAS NAK LAWAN PKR PULAK.TAK MASUK AKAL LANGSUNG.KETIKA UMNO BN YANG KIAN NAZAK,ADALAH MUSTAHIL PAS DAN PKR NAK BIAQ UMNO BN BANGKIT SEMULA DENGAN SEBARANG PERTENGKARAN ANTARA PAKATAN.

JIKA PAS MASUK JUGA NAK LAWAN DENGAN PKR MAKNANYA ITU PERLAWANAN PERSAHABATAN SAJA.ITUPUN AKU RASA AKAN TEJADI JIKA UMNO BN TAK MASUK GELANGGANG,MAKA DAPATLAH PAKATAN BERLAWAN SESAMA SENDIRI SEBAGAI LATIHAN UNTUK MENGUJI JENTERA MASING-MASING SEBELUM MENGHADAPAI PRU KE 13 NANTI.



Apa Tujuan Pemuda PAS Pulau Pinang?

Apa dah jadi dengan Pemuda PAS Pulau Pinang dan Bahagian Permatang Pauh yang mahu meletakkan juga calon mereka pada PRK DUN Penanti? Ketuanya, Mohd Hafiz Mohd Nordin berkata satu perbincangan dengan presiden parti berhubung hal itu akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Mereka juga dikatakan akan memulau PRK ini. Ketua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan memberitahu, parti tersebut mahu bertanding di kerusi tersebut kerana pengundi di bahagian itu sudah tiada keyakinan terhadap PKR.

Nampaknya mereka ini sudah jelas melanggari semangat setiakawan dalam PR. Kenyataan sebegini telah masuk siri yang ke-2 kalinya. Situasi sebegini tidak patut ditonjolkan disaat PR menghadapi serangan yang semakin sengit daripada UMNO/BN. Mengapa sekarang, bilamana PR terutama PKR bersiap sedia untuk bertempur dalam PRK ini, soal tiada keyakinan kepada PKR muncul?

Majoriti rakyat tetap tidak berganjak dan masih mempercayai PR yang diketuai Ketua Umum DSAI. Tidak timbul soal tiada keyakinan. Betapa kecewanya rakyat sekiranya situasi ini benar2 berlaku. Yang untung adalah UMNO/BN.

Datuk Mustafa Ali (Pengarah Pilihan Raya PAS pusat) pula menegaskan bahawa PAS tidak akan meletakkan calon mereka. Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah masaalah dalaman parti.

Sekiranya benar ini berpunca daripada masaalah dalaman parti, ianya perlu diselesaikan dalam parti, jangan timbulkan suasana yang akan menampakkan kekerohan dalam PR. Lainlah sekiranya ada pihak yang memang mahukan suasana sedemikian berlaku.......


anakcucunabiadam>

BIAQPILA TERIMA ANUGERAH




Anugerah Sayap Kehormat Blogger Network Malaysia

Biaqpila kini telah sebaris dengan blog popular lain apabila menerima Anugerah Sayap Kehormat Blogger Network Malaysia daripada Muraisenja.Antara penerima anugerah ini ialah Wak Raden Banjar(ABO), MSK, Mountdweller, Ummi, Pak Karamu, Prisik Rakyat, Pak Syeikh Telok Intan dan Cyberboron.

Pengendali blog Biaqpila ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penganjur anugerah ini dan tidak dilupakan juga pengunjung setia.




Biaqpila...apa ada hal.

Fenomena Nizar



‘Take five’, untuk isu Timbalan Presiden Pas perlu ulama’. Sepuluh hujah ringkas saya tampilkan untuk itu (baca sini). Saya akan sambung semula selepas ini.


Ini fasal fenomena.

Suatu waktu dulu dunia hiburan kita dilanda ‘fenomena Mawi’. Tiada yang tidak kenal Mawi. Kalau ada sesiapa yang berambut pendek, dia dipanggil ‘Mawi’, walau pun sebelum itu telah ramai orang yang berambut pendek seperti itu.

Mawi menjadi fenomena kerana SMS. Ada ramai orang lagi yang bersuara jantan, namun Mawi juga yang disebut. Aura Mawi yang disumbang oleh SMS membentuk fenomena itu.

Kini nampaknya fenomena Mawi tidak sehebat dulu. Dia sudah sebaris sahaja dengan artis lain yang tidak pernah menjadi fenomena. Dia diminati sama seperti orang lain diminati.

Itu dunia hiburan. Dunia politik juga sama.

Semasa era reformasi, Anwar menjadi fenomena. Gambarnya dan namanya terpampang dan disebut dimana-mana. Tandatangannya dibuat besar-besar dan ditampalkan di cermin belakang kenderaan, tanda sokong Anwar. Ada pemidato yang berpidato mirip pidato Anwar. Kalau tak pandang dia, tentu kita sangka Anwar yang sedang berpidato. Kini, Anwar masih menjadi fenomena.

Nik Abdul Aziz juga menjadi fenomena. Semua orang ingin berjumpa dengannya. Kalau boleh semua orang ingin anak mereka ditahnik oleh Nik Abdul Aziz. Hingga kini fenomena Nik Abdul Aziz belum pudar. Dia menjadi fenomena bukan kerana SMS tetapi kerana kezuhudannya.

Sekitar tahun 80-an, Abdul Hadi Awang menjadi fenomena. Pidatonya memukau. Takbir mengiringi pidatonya ketika itu meremangkan bulu roma. Kuliah Jumaatnya di Rusila sangat ditunggu. Ada buku yang ditulis oleh seorang wanita bertajuk, ‘Bertaubat di Masjid Rusila’.

Apa sahaja akan dikaitkan dengan Abdul Hadi untuk tujuan publisiti. Abdul Hadi juga menjadi fenomena bukan kerana SMS tetapi kerana kehebatan pidatonya dan kuliahnya.

Kini Pas dilanda fenomena apa?

Ya, Pas dilanda fenomena Mohamad Nizar. Ada orang Pas yang baru dapat anak menamakan anaknya Mohamad Nizar. Dia ingin anaknya jadi macam Nizar. Pandai cakap Cina, India dan orang Putih. Dia juga kata Nizar pandai cakap Arab dan Peranchis. Entahlah…

Ada yang mengumpamakan Nizar seperti permata yang tersimpan. Kini sinarnya sudah terserlah dan dia bakal terus menyinar tanpa pudar.

Nizar menjadi fenomena kerana mendapat rezeki ‘terpijak’(Maaf, kalau ada yang setuju dengan kalimah itu). Selepas itu dia ‘dipijak’ pula. Namun dia seorang yang bersemangat dan berkekuatan. Dengan sokongan rakan-rakannya, dia melangkah terus menentang orang yang memijaknya. Kini dia sudah mula dapat mengangkat kepalanya selepas menang PRK Bukit Gantang.

Semua itu adalah penyumbang fenomena Nizar.

Nizar juga dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden Pas oleh banyak kawasan. Dalam keadaan dia tidak pernah menduduki mana-mana kerusi Pas peringkat pusat, tiba-tiba terus dicalonkan untuk Naib Presiden, ini memang suatu fenomena.

Khabarnya ada yang bercadang untuk mencalonkannya sebagai Timbalan Presiden. Wah, ini lagi hebat. Ini sudah jadi super fenomena.

Persoalannya, sejauh manakah fenomena Nizar akan bergerak? Selama manakah pula fenomena itu mampu bertahan?

Kalau fenomena Mawi kerana SMS, fenomena Nik ABdul Aziz kerana zuhud, fenomena Abdul Hadi kerana pidato, fenomena Anwar kerana reformasi, bagaimana pula fenomena Nizar?

Mari kita tunggu dan lihat.

Dikirim Oleh Zolkharnain Abidin



bongkarsauh

Rabu, April 29, 2009

CALON PENANTI: LINE CLEAR KATA AMK

AMK Pulau Pinang sambut baik pecalonan Mansor

KUALA LUMPUR, 29 APRIL (SK) - ANGKATAN Muda KeADILan Pulau Pinang menyambut baik pemilihan Mansor Othman sebagai calon Pakatan Rakyat untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti.

Ketuanya, Yusmadi Yusoff berkata pemilihan berkenaan adalah tepat berdasarkan kredebiliti dan kualiti Dr Mansor yang telah terbukti bagi KeADILan Pulau Pinang.

“Mansor adalah tunjang bagi KeADILan negeri ini dan berkhidmat dengan begitu baik selaku pemimpin parti mau di peringkat negeri dan bahagian, AMK Pulau Pinang sambut baik keputusan parti,” kata Yusmadi yang juga ahli Parlimen Balik Pulau.

Mansor Othman, 59 tahun pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik Anwar Ibrahim ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau yang juga Ketua KeADILan Balik Pulau juga adalah seorang tokoh yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Menurut Yusmadi lagi, Angkatan Muda KeADILan menyambut baik pemilihan berkenaan dan akan terus memastikan gerak kerja pilihanraya bagi membantu kemenangan Mansor dan Pakatan Rakyat.

“Angkatan Muda KeADILan akan melakukan perancangan bagi memulakan gerak kerja seawal bulan Mei, kami juga berkemungkinan besar akan melancarkan cara kempen kami tersendiri,” kata Yusmadi lagi.

Tambahnya lagi, AMK Pulau Pinang akan melancarkan ‘revolusi’ pengundi muda dalam masa terdekat bagi memastikan pengundi muda untuk memilih Mansor.

nizar vs zambry: 7 MEI BIKIN RIBUT



Siapakah Yang Akan Tentukan Agenda Mesyuarat Sidang DUN Perak 7 Mei?

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 7 Mei 2009. Satu tarikh terdesak, yang ditetapkan oleh DS Zambry tanpa persetujuan atau pengetahuan Speaker Dun V Sivakumar.

DS Zambry AK, tidak mempunyai pilihan, selain wajib mengadakan sidang DUN dengan segera kerana tempoh waktu mengenapkan enam bulan daripada tarikh sidang Dun terakhir diadakan hanya tinggal beberapa hari lagi.

Pembubaran DUM merupakan perkara yang paling ditakuti Umno/BN.

Beberapa kes mahkamah juga masih tergantung. Namun adalah dipercayai, ia akan diselesaika sebelum persidangan DUN itu. Kes saman DS Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan perlantikan Zambry sebagai menteri besar adalah antara kes yang tersangat relevan.

Jika perlantikan Zambry ini benar atau mengikut perlembagaan negeri, mengapa pula Zambry memohon mahkamah membuat periystiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah?

Pada 7 Mei nanti, adalah dijangkakan bahawa satu “keributan” akan berlaku. Speaker Sivakumar masih berkuasa dalam DUN. Beliaulah yang akan menentukan segala perjalanan dalam DUN. Tentunya perkara asas yang menjadi persoalan ramai ialah kedudukan kerusi anggota DUN.

Persoalannya apakah susun atur kedudukan Adun ini sudah diatur semula. Kalau sudah dimaklumkan dan disusun semula kedudukannya, maka ia atas arahan siapa? Yang pasti bukan arahan speaker .

Pada persidangan DUN 7hb Mei nanti, tentu akan berlaku keributan terutama perebutan kerusi tempat duduk adun-adun. Zambry tentunya mahu menduduki kerusi pertama yang diduduki Nizar. Namun Nizar tentunya tidak akan berganjak kerana secara perlembagaannya beliau belum meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Mahu tidak mahu semuanya akan terpulang pada speaker. Inilah antara perkara yang akan menarik perhatian ramai. Selepas hal ehwal kedudukan kerusi ini selesai, siapa pula yang akan dijemput oleh speaker untuk menyampaikan watikah titah ucapan kepada Paduka Seri Sultan Perak yang akan bertitah merasmikan persidangan.

Apakah agenda persidangan ? Siapa yang akan menetapkan agendanya. Tentunya dengan kelulusan speaker ?

Yang pastinya, dengan segala apa jua dayanya, Zambry , Umno dan BN akan berusaha menghalang apa jua kuasa yang boleh diperintahkan oleh speaker.



speakforperak

UMNO LAGI: DEPA NAK PECAT SPEAKER PULAK




Cubaan Memecat Sivakumar

Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.

"Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarata tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat," katanya dalam surat yang dihantar kepada ADUN Perak.

ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dari DAP, mengesahkan telah menerima surat tersebut jam 2 petang ini. Ia dihantar melalui khidmat hantaran laju.

Sehubungan itu, Abdullah meminta ADUN-ADUN mngemukakan cadangan nama Speaker yang baru.

Borang pencalonan Speaker baru itu turut dikepilkan bersama surat tersebut.

Menurut Abdullah, borang pencalonan itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran (DUN) selewat-lewatnya esok, 30 April.

Sementara itu, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ia adalah insiden pertama dalam sejarah Malaysia untuk melucutkan seorang Speaker

Beliau yang juga ADUN Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping merasa terkejut dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang luar biasa.

Sehubungan itu, Nga mengecam BN kerana menggunakan Abdullah yang telah dipecat oleh Speaker sebelum ini, utnuk mengeluarkan surat tersebut.

Katanya, semua itu menunjukkan bahawa BN telah bertindak sewenang-sewenangnya.

Katanya, menurut peraturan tetap DUN Perak, Speaker (Sivakumar) mempunyak hak untuk menerima atau menolak sebarang usul, termasuk usul untuk memecatnya.

Nga menyamakannya dengan tindakan Speaker DUN Melaka menolak usul tidak percaya yang dibentangkan oleh wakil DAP terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam minggu lalu.

Beliau mendakwa tindakan Zambry itu menghina mahkamah, kerana prosiding kes sama ada beliau merupakan menteri besar Perak yang sah. masih belum selesai. - malaysiakini

HANIPA JAWAB KENYATAAN PEGUAM UMNO , DATO’HAFARIZAM

Saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Dato Hafarizam untuk menjawab artikel saya yang tersiar secara meluas di alam internet ini (“ Zambry perolehi perintah yang tidak laku” ) Paling kurang saya berterima kasih beliau membaca artikel saya. Terima kasih sekali lagi.

Sebagai peguam saya menghormati pendapat beliau dan bagi saya tidak salah untuk beliau mengambil keputusan menjawab artikel saya tersebut . Menyanjung roh demokrasi yang sebahagiannya adalah kebebasan bersuara , kita wajar menghormati kenyataan beliau ketika menjawab artikel saya tersebut.

Saya tidak bercadang menjawab satu persatu apa yang beliau tulis sebaliknya memadailah saya hanya menjawab isu teras yang beliau bangkitkan di dalam kenyataan beliau tersebut.

Ramai meminta saya jelaskan kenyataan beliau bahawa

"Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah, adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan"

Sebenarnya kalau para pembaca membaca tulisan saya dan memahami betul-betul apa yang saya cuba sampaikan, para pembaca akan tahu bahawa dua perintah deklarasi ( perisytiharan ) yang Zambry dan enam exconya perolehi tidak membawa apa-apa kesan .

Bagi sesiapa yang pelajari dan terdedah dengan undang-undang pentadbiran ( administrative law ) mereka akan tahu perintah deklarasi sahaja tidak cukup kuat untuk mengikat Sivakumar.

Memanglah susah nak terangkan pada mereka yang bukan ahli undang-undang ( laymen ) khususnya ahli dan penyokong Umno tentang apa dia certiorari dan apa dia mandamus kerana bukan sahaja orang awam susah untuk faham malahan tidak semua para peguam juga dapat memahaminya atau memahaminya dengan baik..

Saya tidak pasti sejauh manakah Dato ‘Hafarizam biasa dengan kes-kes semakan kehakiman ( judicial review ) dan jenis-jenis perintah ( remedies ) yang biasa dipohon di dalam kes-kes semakan kehakiman.

Bagi pihak saya dan bukan niat nak membanggakan diri, sudah hampir 16 tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan dalam tempoh tersebut antara cabang undang-undang yang saya banyak kendalikan kes adalah melibatkan kes-kes semakan kehakiman .

Saya akui tidak semua kes saya menang tetapi pendedahan kepada undang-undang tersebut agak mungkin agak lebih sikit dari Dato’ Hafarizam ( yang juga kawan baik saya )

Saya lihat di dalam jawapan beliau kepada artikel saya , Hafarizam tidak menjawab mengapakah Zambry tidak memohon perintah certiorari ( quashed the decision of Sivakumar ) dan perintah mandamus ( supaya Sivakumar benarkan beliau dan enam exconya masuk ke dalam siding DUN Perak )

Hakikatnya apabila persoalan tersebut dibangkitkan oleh Haji Sulaiman Abdullah, peguam Zambry iaitu Encik Fairuz Hussin mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa Zambry tidak dibenarkan memohon dua perintah tersebut

Berdasarkan jawapan dari Encik Fairuz tersebut, beliau sendiri mengakui bahawa Zambry terikat dengan doktrin pengasingan kuasa - bermakna Mahkamah tidak boleh perintah untuk Speaker membuat sesuatu atau melarang speaker membuat sesuatu. Dengan lain perkataan Fairuz mengakui Zambry tidak boleh mendapatkan perintah certiorari dan mandamus ke atas Sivakumar.

Tanpa perintah certiorari dan mandamus sebaliknya hanya mendapat perintah deklarasi sahaja , ianya tidak membawa apa-apa kesan kerana perintah deklarasi tidak boleh memaksa Sivakumar membuat sesuatu atau melarang Sivakumar membuat sesuatu perkara.

Bagi orang awam mereka mungkin bertanya kenapa perintah deklarasi bersifat begitu ?

Saya boleh jawab tetapi saya jika saudara tanya begitu samalah seperti saudara tanya seorang doktor kenapa ada ubat demam dalam bentuk pil dan ada dalam bentuk minuman atau pun saudara tanya seorang Ulama kenapa solat zohor empat rakaat dan kenapakah solat subuh hanya dua rakaat ?

Di dalam kenyataannya Hafarizam menyatakan bahawa isu mengapa Zambry tidak memfailkan semakan kehakiman sebaliknya hanya memfailkan Saman Pemula sahaja tidak wajar ditimbulkan kerana Mahkamah Persekutuan telah menolak bantahan peguam Nizar berkenaan isu tersebut .

Ya, benar Mahkamah telah menolak bantahan awal peguam Nizar terhadap isu tersebut, Tetapi apa yang Hafarizam tidak jelaskan adalah meskipun Mahkamah menolak bantahan tersebut ianya tidak bermakna perintah -perintah deklarasi yang Zambry pohon sama tarafnya ( dari segi kekuatan dan keberkesanannya ) dengan perintah seperti perintah certiorari dan perintah mandamus.

Hafarizam mungkin terlupa untuk menyatakan bahawa dengan penolakan bantahan tersebut , Mahkamah , pada hemat saya, pada hakikatnya ingin menyampaikan mesej kepada Zambry dengan mesej berikut :-

a. Bahawa memandangkan kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja , kami ( para hakim ) hanya benarkan untuk kamu memohon perintah tersebut melalui kaedah Saman Pemula dan tidak melalui Semakan Kehakiman di bawah Perkara 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

b. Tapi kamu juga kena faham apabila kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja dan tidak memohon perintah certiorari dan mandamus, kami boleh beri perintah yang kamu pohon tapi jangan salahkan kami kalau perintah tersebut tidak boleh membawa apa-apa kesan pemaksaan ( coercive force ) ke atas Sivakumar.

c. Kamu sendiri harus dipersalahkan kerana tidak memohon perintah certiorari dan mandamus bagi memastikan sebarang keputusan Sivakumar bukan sahaja dapat dibatalkan tetapi juga dapat dibuang/dipadam dari rekod DUN Perak. Tanpa perintah certiorari, keputusan Sivakumar tersebut akan kekal di dalam rekod di DUN Perak kerana kamu tidak pohon untuk padamkan perintah tersebut.

d. Kalau peguam kamu sendiri mengaku bahawa kamu tidak boleh pohon perintah certiorari dan mandamus bagi memadamkan keputusan Sivakumar, mengapa kamu masih juga memfailkan permohonan saman pemula ini dan meminta kami memerintahkan perintah yang tidak membawa apa-apa manfaat untuk mencabar keputusan Sivakumar.

e. Memandangkan kamu dah berada di Mahkamah ini dan memohon perintah-perintah deklarasi ( sebanyak 10 perintah ) kami bagi jugalah sebagai “saguhati” kepada kamu iaitu dua perintah deklarasi dari 10 perintah tersebut.


Sama ada mesej tersebut difahami oleh Umno atau tidak kita lihatlah pada 7 hb Mei ini .



peguampas

UMNO KETANDUSAN KEPIMPINAN



KENYATAAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH- UMNO KETANDUSAN KEPIMPINAN

Umno sudah ketandusan kepimpinan dengan melantik Dato' Seri Shafie Afdal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang baru. Mungkin pada pandangan Dato' Seri Najib inilah pemimpin paling 'AFDHAL' untuk memimpin UMNO Kedah. Nampak sangat Dato' Seri Najib mengambil orang beliau untuk terajui kepimpinan UMNO baru dibeberapa buah negeri termasuk Kedah. Walaupun banyak Menteri dari Kedah yang berkelayakkan tetapi mereka masih belum cukup kemampuan untuk menerajui UMNO Kedah mengikut penilaian Dato' Seri Najib . Namun begitu Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah tidak gentar menghadapi cabaran baru UMNO ini dan akan terus bekerja bagi mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.

Kita juga melahirkan rasa simpati kepada Dato' Seri Mahdzir Khalid yang tidak dilantik semula menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah walaupun beliau adalah bekas Menteri Besar Kedah. Ini juga merupakan diskriminasi kepada kepimpinan UMNO Kedah dan mereka disarankan supaya tinggalkan UMNO kalau tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku.


Musoddak bin Hj Ahmad
Ketua Pemuda PAS Kedah


dppnkedah

UMNO MAKIN PENING DI PENANTI

Fairus bersama Calon PKR di Penanti Dr. Mansor Othman

Apa isu nak dibawa oleh Umno@BN di Penanti? Isu rasuah bekas Timbalan Ketua Menteri 1,Mohammad Fairus Khairuddin? SPRM dah buat kenyataan, tak ada kes !

Perpecahan dalam PKR? Macam mana pulak Fairus ni boleh hadir pada majlis pengumuman calon? Semuanya semakin memeningkan Umno@BN. Patutlah Dato Seri Najib kata Umno@BN mungkin tak bertanding di Penanti, tak nak habis duit rakyat katanya.

Rupa-rupanya Umno sudah tandus isu. Isu derhaka tak relevan untuk penduduk Penanti. Penanti menanti untuk mendedahkan segala kejelikan yang ada dalam Umno@BN. Rakyat Penanti sudah tidak sabar untuk menanti 31 Mei untuk mentalkinkan Umno@BN di sana. Jika begini keadaannya Umno@BN sudah semakin pasti tidak akan bertanding di Penanti. Sama-samalah kita nanti...



angkasanuri

SUKA MAKAN BUDU? JENAMA KETEREH PALING MELELEH AIR LIUR!!!!

UMNO BN HANYA DAPAT 1BATANG AI



REALITI BUKAN MIMPI, BN TELAH TEWAS 1-4 KEPADA PAKATAN RAKYAT,SAMA SEPERTI KEPUTUSAN PIALA FA SABTU LALU 1-4.SECARA KEBETULAN KOT JUMLAH JARINGAN YANG SAMA.

BN AKAN BOLOS LAGI 1 GOL DI PENANTI PADA 31 MEI INI.ITUPUN KALAU DEPA MASUK PADANG.KALAU DEPA TAK NAK LAWAN LAGI BAGUIH SEBAB DAPAT JIMAT DUIT.BUAT APA NAK PERABIH DUIT BUAT PROJEK MEE SEGERA KALAU TAK BOLEH MENANG.BUANG KARAN SAJA.TAKDE MAKNENYE BEB......

NAMPAK GAYANYA CITA-CITA DEPA NAK MENANG 1MALAYSIA MUNGKIN TAK KESAMPAIAN JIKA KAT PENANTI PUN DEPA TERKIAL-KIAL DOK PIKIAQ NAK MASUK BERTANDING KE TAK.TAKPALAH DEPA DAH DAPAT 1BATANG AI KIRA OK LA TU.




Biaqpila...apa ada hal.

NIZAR ADA HARAPAN



Hakim tolak permohonan Zambry diisytihar MB sah

28 April 2009

Jalan pintas yang cuba diguna oleh Menteri Besar (haram) Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk diisytiharkan sebagai menteri besar yang sah, gagal apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan ‘Pele’ Pulau Pangkor itu.

Keputusan yang sudah tentu amat ‘mengejutkan’ Zambry itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Persekutuan.

Zambry dipercayai berbuat demikian disebabkan tidak percaya dengan diri sendiri, fobia dan tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf beliau sebagai MB yang sah di Perak.

Senario ini dapat dilihat jelas bahawa kemana sahaja beliau pergi, rakyat mencemuhnya dan menggelarnya sebagai “MB haram”.

Dalam kes yang difailkan oleh Zambry beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:

1) Sama ada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.

2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.

3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.

Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Selasa, April 28, 2009

ANWAR UMUMKAN NAMA CALON PENANTI -umno pkr pas




PENANTI- Ketua umum PKR semalam mengumunkan nama calon yang akan bertanding di atas tiket PKR di DUN Penanti iaitu Dr Mansor Othman yang merupakan senior dalam PKR sejak awal penubuhannya.
Beliau yang dijangka akan menang mudah di DUN Penanti bukanlah asing bagi penduduk Pulau Pinang.


wrlr

pas umno: Cubaan bina semula tugu pokok demokrasi dihalang



IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini menggagalkan usaha pembinaan semula plak peringatan 'Pokok Demokrasi' yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lepas.

Jurucakap MBI berkata, kerja pembinaan tugu berkenaan dijalankan oleh beberapa lelaki dan penguat kuasa MBI mengarahkan mereka memberhentikan kerja kerana ia dibuat tanpa kebenaran.

"Semasa sepasukan penguat kuasa sampai di kawasan itu ada dua pekerja sedang menyiapkan struktur tapak bersaiz dua meter panjang dan 0.6 meter lebar itu manakala beberapa yang lain melarikan diri," katanya.

Beliau berkata, dua lelaki berkenaan diarah memberhentikan kerja dan mengangkat semua peralatan kerana perbuatan membina sebarang bentuk struktur tanpa kebenaran MBI di kawasan seliaannya adalah tidak dibenarkan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kepayang Loke Chee Yan berkata, Pakatan Rakyat memang berhasrat mendirikan tugu di bawah pokok demokrasi itu dan sepatutnya menghantar permohonan pagi ini.

"Mungkin terdapat kesilapan mengenai tarikh untuk mendirikan tugu ini dan kontraktor telah membina tapak bagi tugu ini sebelum permohonan dihantar... kami akan menyelesaikan perkara ini petang ini," katanya.

Loke berkata, Pakatan akan memohon kebenaran membina tugu itu mengikut proses biasa.

Plak peringatan asal diroboh oleh MBI pada 15 Mac kerana struktur yang dibina oleh Pakatan Rakyat itu menyalahi undang-undang kerana pembinaannya merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam.

Serpihan plak yang diroboh itu dilelong oleh Pakatan dan sebanyak RM42,900 termasuk sumbangan dikumpul hasil lelongan lima ketul serpihan batu marmar plak berkenaan.

Lelongan itu diadakan bagi mengutip dana pembinaan semula tugu peringatan serta tabung guaman pakatan pembangkang.BERNAMA

Pulih populariti Umno: Parlimen mungkin dibubar awal



Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 27 April (Hrkh) - Kemungkinan besar satu kejutan dilakukan Dato? Seri Najib Razak membubarkan parlimen lebih awal bagi mendapatkan semula mandat rakyat yang hilang pada pilihan raya umum lalu.

Muryidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-13 diadakan pada 2010 bagi meringankan bebanan yang dihadapi kerajaan BN sekarang.

"Namun bagaimana pun, bagi saya lebih wajar dibubarkan dahulu Dewan Undangan Negeri Perak.

"Bubarkan Dun Perak kerana masalah yang berlaku sekarang dicetus Umno dengan merampas kuasa yang menyebabkan negeri tersebut menjadi kacau bilau.

"Selesakan dahulu masalah di Perak kemudian tengok dan ukurlah. Kalau nampak BN boleh menang bubarlah Parlimen,"" katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mengenai konsep 'Satu Malaysia' yang diketengahkan Perdana Menteri baru, beliau berkata, agenda ketuanan Melayu pun belum mampu Umno selesaikan sehingga sekarang.

"Perjuangan Umno sejak sekian lama berpaksi kepada ketuanan Melayu tiba-tiba hari ni hendak buat 'One Malaysia' pula.

"Dalam hal ini, sudah lama saya mengatakan bahawa orang yang pertama melawan Najib ialah orang Umno sendiri yang telah bermati-matian mahukan ketuanan Melayu," katanya.

Sedangkan PAS kata beliau mahukan kepada ketuanan Islam dan PAS For All.

Mengenai kekecohan yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini beliau berkata, ia menandakan orang tidak hormat kepada ketua kerajaan BN yang ada sekarang.

Menurutnya orang Umno sendiri tidak hormat kepada pemimpin mereka, usahkan parti lain. - mj/mks. _

harakahdaily

Beza Muktamar PAS dengan Perhimpunan Umno

Mohd Rashidi Hassan

KETERBUKAAN Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam menghadapi Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 55 yang dijadualkan berlangsung awal Jun depan di Shah Alam, amat dialu-alukan banyak pihak.

Ustaz Abdul Hadi secara terus terang membuka ruang seluas-luasnya kepada sebarang pertandingan dalam PAS. Beliau menawarkan diri untuk bertanding dan sedia dicabar.

Malah dengan rasa rendah hati beliau mengatakan, jika sekalipun beliau tewas, beliau akan tetap istiqamah dalam PAS.

Sebagai sebuah parti Islam yang menjunjung prinsip-prinsip Islam dalam perlembagaannya, sikap yang ditunjukkan Ustaz Abdul Hadi ini membuktikan bahawa, PAS parti yang mengamalkan sistem pemilihan secara demokratik, jauh lebih baik daripada Umno.

Media arus perdana cuba memalit dan memesongkan persepsi rakyat, bahawa wujudnya perpecahan yang serius, wujudnya kelompok-kelompok dan usaha jatuh menjatuh pemimpin tertentu.

Hakikatnya apa yang dipaparkan hanyalah khayalan media akibat kerosakan teruk yang berlaku dalam Umno, mahu dijangkitkan pula kepada PAS.

Dalam persoalan pemilihan pucuk pimpinan, PAS tidak akan menjadi seperti Umno dan Umno tidak mungkin akan menjadi setulus PAS.

Sesiapa yang mahu bertanding dalam PAS tidak boleh lari daripada prinsip-prinsip Islam.

Dalam PAS tidak diperlukan kuota untuk melayakkan seseorang itu bertanding mana-mana jawatan yang diminatinya. Pemimpin PAS tidak perlu turun ke kawasan-kawasan untuk melobi mendapatkan pencalonan.

Calon-calon yang bertanding juga tidak perlu pergi berkempen sama ada secara individu atau secara berkelompok untuk menemui perwakilan di seluruh negara.

Calon pemimpin dalam PAS tidak perlu membuat cabutan nombor untuk senarai nama dalam kertas undi. Mereka tidak perlu mencetak kad nama, membuat poster atau kain pemidang.

Calon tidak boleh lobi melobi, tidak boleh memburuk-burukkan calon lawan dan sama sekali tidak perlu menggunakan wang untuk berkempen.

Politik wang tidak boleh wujud dalam PAS kerana ianya bercanggah dengan Islam. Jika terdapat mana-mana pemimpin yang terkena dengan jangkitan Umno, mengamalkan politik wang, nescaya awal-awal lagi dia akan ditolak ahli-ahli PAS.

Dalam erti kata lain, ahli-ahli PAS, perwakilan PAS ke Muktamar tidak boleh disogok sama ada dengan wang, jawatan, tender atau sebagainya.

Ketulusan inilah sebenarnya yang membezakan antara PAS dengan Umno. Jurang perbezaan ini amat besar sebenarnya.

Pengamalan sistem yang berlandaskan Islam inilah sebenarnya, yang menjadi tunjang kekuatan PAS.

Jikapun berlaku pertandingan merebut jawatan tertinggi dalam PAS, jikapun pemimpin tertinggi PAS tewas dalam pertandingan, nescaya parti tidak akan pecah.

Amalan dalam PAS cukup jelas. PAS tidak menolak hasrat atau menghalang sesiapa sahaja yang layak untuk bertanding. Mereka yang bertanding bukannya hendak menonjolkan diri atau kepentingan peribadi.

Calon-calon berhak menawarkan diri dan mengemukakan hujah secara rasional, apakah manfaat yang akan diperolehi PAS, jika perwakilan memilihnya sebagai pemimpin.

Seperti amanat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada perwakilan Muktamar PAS, "pilihlah pemimpin yang berkualiti dan mereka yang menawarkan diri untuk bertanding harus tahu, mereka sebenarnya ada kualiti untuk dipilih sebagai pemimpin."

Justeru, walaupun PAS akan menghadapi pertandingan dan pemilihan dalam Muktamarnya ke 55 ini, apapun keputusan, sesiapa sahaja yang dipilih sebagai pemimpin, PAS tidak akan berpecah, PAS akan tetap utuh dan terus mendapat kepercayaan rakyat.

PAS sama sekali tidak akan menjadi seperti Umno.


syeikhulislami

YB BALING,JANGANG DOK BUWAT TAT THUU -pas umno



Catatan buat YB-YB Baling..dengaq noo..jangan tak dengaq...


Assalamualaikum,

Saya dok perati dlm blog Kedahlanie ni, hangpa selalu dok sembang cerita kat kawasan-kawasan "Pekan" ja; maksud saya area Pekan tu mcm kat Kulim, Pdg Serai, Sg Petani, Alor Setaq dan kawasan-kawasan yg sama waktu dengannya. Jarang-jarang dok baca artikel dan kisah rakyat dari kawasan "Kampung" macam kat UPU tempat saya mengundi di kampung asal saya di Baling sana nu.

Malam tadi, waktu dok search internet, termasuk ke blog PAS Baling. Okey juga blog tu memuatkan gambar dua org cikgu, dlm blog tu ditulis sebagai "Dulu Cikgu Sekarang YB" - iaitu Cikgu Jo YB Kupang dan Cikgu Ki YB Kuala Ketil, dua-dua ADUN dlm kawasan Parlimen Baling.

Saya mengambil kesempatan memuatkan komen saya di situ, yg saya cut & paste kan seperti di bawah:


Alhamdulilah, saya kelik kapong baghu-baghu ni (rumah mak di kola ketil), dema dok ghoyat benda-benda baguh ja pasa YB Hj Ki. Ada sorang tu dok ghoyat cerita sorang hinung maghi jupa cikgu ki kat pusat khidmat YB kalu tak silap, hinung tu kata dia lapa tak dat duwit nak beli makang. YB Hj Ki hulo kat dia RM10 kot suruh gi beli makang; macang-macang lagi ceghita - kighanya menggambarkan yg YB Hj Ki memang dok jadi YB sungguh...dok tulung ghakyat tak kira bangsa tak kira agama, molek la tu.

Lepas tu, saya kelik kapong asal saya di Kg Padang Dan, Kupang Baling Kedah - kapong UMNO Totok. Sedih wei, memang la kapong tu dok dalang DUNG Bayu, DUNG UMNO; tapi gena PAS tak amik thuu lasong. Cikgu Jo, ada masa gie la jengok kapong saya tu....dok harap kat cikgu Jo ja la ni; kalu pipinang PAS Baling dok buwat tat thuu saja dengang kapong-kapong di bawah jajahan takluk UMNO ni, maghi PRU13 satgi, jenuh la nak pulung; satgi mesti puak2 UMNO dan org2 kapong dok kata 5 THONG PAS dapat Baling, Kapong kita sekali pong tak beysa dema maghi jengok tengok.

Jadi Cikgu Jo, ada masa gi la melawat kapong saya tu dan juga kapong-kapong laing dalang jajahang UMNO nu. Kita pegang BALING cikgu, bukang takat DUNG Kupang dan DUNG K.Ketil saja...

Tat pa la kot DI, saja nak ghoyat saja.



Sebetulnya, pulang sekali sekala menjengah kampung halaman saya itu, tak banyak yang mampu nak saya komen mengenai prestasi kerajaan PAS Baling. Rasanya orang Baling ini mentaliti mereka (termasuk saya barangkali) sama saja seperti rakyat Kelantan. Orang Baling tak kisah sangat mengenai isu Pembangunan; apa yg mereka harapkan ialah YB yang rapat dan selalu ambik berat pasal rakyat.

Sebab itulah rasanya MP UMNO kecundang dalam PRU12 hari tu. Saya masih ingat lagi, ketika saya dan rakan-rakan melawat satu keluarga org susah di pekan Pulai, Baling Kedah sewaktu zaman UMNO dulu; apabila seorang sahabat bertanya sudahkah kisah kemiskinan mereka ini diadukan kpd YB. Kakak tu cakap, dah beberapa kali dah pi pejabat YB, memanjang tak ada - YB selalu ja ada di KL. Maka itu, jika PAS ingin kekal lama memerintah Baling, PAS kena pastikan dia punya YB mesti selalu ada di BALING tak macam YB UMNO yg dulu.

Berbalik kpd kisah 2 orang CIKGU yang sekarang dah jadi YB tu; ada satu benda saya nak ketengahkan di sini. Baru-baru ini sebuah sekolah rendah di pedalaman Baling menjemput saya pi rasmi mesorat PIBG dan seterusnya memberi sedikit ceramah motivasi kpd waris bertajuk "Tips dan Petua nak bagi anak dapat UPSR 5A".

Bukan isi ceramah itu yg saya nak cerita di sini, tapi apa yang agak mengecewakan saya ialah bila mana YDP PIBG tu habag kata kat sekolah tu cuma seorang saja dapat UPSR 5A tahun lepas - sedangkan sekolah anak saya (luar daerah Baling - kaw "Pekan") dua tahun lepas waktu anak saya ambik UPSR, ada 18 orang dpt 5A. Makna kata perbezaannya amat ketara sangat.

Maka itu, saya ingin mengambil kesempatan di sini ingin meminta jasabaik dua-dua YB yang pernah bergelar Cikgu ini untuk memikirkan sesuatu - mungkin melalui lajnah pendidikan misalnya - untuk menggembeling tenaga anak-anak Baling, termasuklah mereka yg tinggal di luar Baling seperti saya misalnya untuk sama-sama meningkatkan taraf pencapaian pendidikan anak-anak Baling seperti mana yang berlaku di Negeri Kelantan.

Saya sendiri tak reti mcm mana cara dan kaedahnya, tapi Cikgu Ki dan Cikgu Jo yang pernah menjadi Cikgu dan lebih dekat dengan rakyat setempat, mereka berdua tentunya lebih mengerti. Membantu rakyat setakat memberi beras sekampit dua hanya umpama memberi ikan untuk dimakan, tetapi membantu anak-anak bangsa melalui pencapaian di bidang pendidikan untuk jangka panjang mampu diibaratkan seperti memberi umpan dan kail untuk memancing ikan. Adalah dirasakan hanya melalui pendidikan sajalah, insyaallah anak-anak bangsa yg masih dihimpit kemiskinan di Baling sana nu mampu memboloskan diri mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

Moga kerja buat cikgu Jo dan cikgu Ki berdua akan sentiasa dipermudah dan diberkati Tuhan, mudah-mudahan.

moniermatdin@yahoo.com

kedahlanie

PELUK TANDA HORMAT...LINGKUP....LINGKUP...


Penyingkiran Aril turut terselit kontroversi apabila dia memeluk tenaga pengajar wanita - foto THE STAR oleh DARRAN TAN

Aril: Pelukan kepada pengajar wanita sebagai tanda hormat

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

KONSERT Akademi Fantasia ke-7 minggu lalu bukan sahaja mengundang tanda tanya oleh sesetengah penonton, tenaga pengajar, dan pengkritik malah turut menimbulkan kontroversi kecil apabila pelajar yang tersingkir, Aril telah memeluk beberapa orang tenaga pengajar wanita tanpa segan silu.

Apabila meminta Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 24, menjelaskan keadaan tersebut, dalam nada yang bersahaja dia menjawab pelukan itu berlaku disebabkan hubungan kekeluargaan yang dibina selama ini.


“Kami punya perasaan selama 61 hari dalam Akademi sudah seperti keluarga yang erat terutama Cikgu Fatimah dan Cikgu Siti Hajar yang saya anggap sudah seperti ibu saya sendiri manakala Cikgu Ida Nerina seperti kakak saya.

“Pelukan itu sebagai tanda hormat kerana susah saya hendak bagi tanda hormat memandangkan orang luar tak faham situasi kami di dalam,” jelas Aril.

Hangpa nak baca lagi,klik di sini.

umno pas: PERTANDINGAN CIPTA LAGU 1 BIHUN



NGO Anjur Pertandingan Mencipta Lagu '1Bihun'


Kampung Baru, 27 April 2009 - Sebuah NGO terkenal United Bihun Merchant Organization atau UBMO akan mengadakan peraduan mencipta lagu '1Bihun', wawasan baru yang sedang dipromosikan oleh Pengerusi Tertinggi UBMO, Datuk Mujib Sujak.

Exco kebajikan UBMO, Datuk Muis Piatu mengatakan pertandingan lagu '1Bihun' tersebut akan menjadi satu simbol kepada selera makan rakyat pelbagai kaum di negara ini, lapor Buletin Berita Hairan. "Bihun dimakan oleh semua orang. Cuma kita taruh daging yang berbeza-beza sahaja. Orang Cina makan bihun, Melayu makan bihun, India pun makan bihun."

"Insya Allah, peraduan itu akan mendapat sambutan. Pemilihan lagu '1Bihun' itu akan dapat kita putuskan mana yang terbaik, bihun telah lama menjadi makanan pilihan kita sebelum 'banjo harapan baharu' dan 'kebab berkebajikan' muncul. Hanya bihun sahaja makanan yang berkhasiat untuk rakyat pelbagai kaum. Makanan, dan selera lain memang tak sedap dan tidak harus dibenarkan." katanya selepas majlis makan malam dan pertandingan karaoke lagu-lagu Mek Jah anjuran Kelab Rekreasi Warga Tua Penanti malam tadi.

Muis berkata lagi, lagu ini akan dinyanyikan setiap kali sarapan pagi, "Ia bukan wajib tetapi ia akan memberi pemakan bihun satu sentimen pelbagai kaum di negara ini. Kita harap bila orang nak makan dan menyanyi, ia akan mengingatkan kita ada kaum-kaum lain."

Beliau menambah, "Ini adalah lanjutan kepada pekeliling yang mewajibkan mesyuarat rasmi di pejabat kerajaan menyediakan bihun sebagai jamuan selepas miting."

Muis seterusnya mengatakan, lagu '1Bihun' dalam Bahasa Malaysia tersebut akan disebarluaskan di semua stesen televisyen dan radio.

Pengurus stesen radio PanasFM, Siraj Tawa bagaimanapun menolak untuk memainkan lagu tersebut di radio terkenal, "Muda-mudi sekarang tak berapa makan bihun lagi. Kadang-kadang boleh lah. Kita nak merasa jugak makanan-makanan lain. Kita tak akan mainkan. Lagu dangdut pun kita tak putarkan, eeiii, tak ada maknanya lah kita nak putar lagu merepek macam tu."

Bagaimanapun pengurus stesen radio KelumpoFM, Alex Cun berjanji akan memainkan lagu '1Bihun'. "Lagu tersebut akan menaikkan semangat makan." Katanya pendek.

Penyanyi veteran M. Daud Silau tertarik dengan idea lagu rasmi '1Bihun'. "Saya bersetuju. Saya suka bihun sup utara. Saya akan nyanyikan. Ciptalah, nanti saya dendangkan sambil gelek."

Antara tema-tema lagu '1Bihun' yang telah digariskan oleh UBMO untuk pertandingan tersebut ialah tema 'Bihun Berkhasiat Pelbagai Kaum', 'Makan Bihun Penglibatan Sosial', 'Bihun Kemasyarakatan dan Perpaduan', dan 'Bihun Tercinta'.

Novelis prolifik Faisal Tehrani yang baru melancarkan sebuah novel mengenai makanan berjudul Ketupat Cinta berkata beliau tidak ada masalah dengan lagu '1Bihun', "Memanglah kalau diikutkan, saya taasub dengan ketupat. Tapi tak apalah. Inikan negara demokrasi berpelembagaan. Kalau ada orang nak bihun, silalah. Cuma saya harap stesen radio jangan memainkan lagu tersebut semasa bulan puasa nanti."

Komposer terkenal Abu Hasan Sebu mengatakan beliau akan menghantar beberapa buah lagu untuk pertandingan sensasi tersebut. "Saya telah menciptakan beberapa buah lagu bermutu yang judulnya 'Bukan Bihun Biasa', 'Percayalah Bihun' dan 'Aku Bihun Padamu'. Komposer terkenal lain pula, Abai, mengaku telah menyiapkan sebuah lagu dalam diam-diam untuk pertandingan anjuran UBMO, lagu beliau berjudul, 'Sudahkah Anda Dibihunkan?'.

Sementara itu, mufti dan pendakwah terkenal sebuah negeri di utara membantah pertandingan tersebut. "Ana berpendapat lagu dengan lirik jahiliah yang mendewa, mengagung dan memuja-muja bihun adalah bid'ah dan penuh unsur tahyul. Ini semua salah syiah. Dari radio pasang lagu '1Bihun', alangkah lebih baik dimainkan lagu Asmaul Husna."

Mufti lain, yang enggan namanya disiarkan pula kecewa dengan pertandingan tersebut. "Anak-anak yang bapa atau ibunya memeluk Islam diminta kekal dengan agama asal mereka tidak pun dibincangkan UBMO, mereka lebih suka berbihun berbihun dan berbihun. Ana dah tak tahan! Kita patutnya tidak membincangkan hal remeh temeh ini."

Beberapa orang yang ditemui di Jalan Vrickfield ketika ditanyakan apakah yang mereka fahami mengenai '1Bihun' kelihatan tercengang-cengang dan menggelengkan kepala. Seorang lelaki keturunan punjabi yang ditemuramah menegaskan, hanya '1Capati' sahaja wajar dipromosikan. "Tak acilah macam ni, bulan lepas Datuk Mujib kata capati paling sedap, sekarang dia kata bihun paling sedap. Mana ada banyak paling sedap. Yang paling sedap mesti satu."

Hanya seorang warga KL mengaku faham mutlak mengenai promosi '1Bihun', kata beliau yang enggan dikenali, "Ia adalah harapan kita, harapan rakyat, harapan masa depan bahawa bihun akan tetap teratas. Tetap unggul, terbilang, gemilang dan cemerlang kebihunannya."

tehranifaisal.blogspot.com

FOBIA PONDOK PANAS,APA BARANG... -umno pas



PANAS BEB!!! PONDOK PANAS TERPAKSA DITUTUP SEBAB TAK LAKU. JUMLAH JUALAN TURUN MENDADAK SEJAK AKHIR-AKHIR INI MEMBUATKAN PONDOK PANAS TERPAKSA DITUTUP SERTA MERTA.

NAMPAKNYA ORANG RAMAI TERPAKSA BERPANAS BERHUJAN TANPA PONDOK PANAS.SUASANA AKAN MENJADI LEBIH PANAS DENGAN PENUTUPAN PONDOK-PONDOK PANAS DISELURUH NEGARA.NAMPAKNYA PONDOK PANAS AKAN MENJADI BAHAN SEJARAH YANG AKAN DILIPAT DAN DISIMPAN DI MUZIUM,JIKA IANYA PUNCA KEPADA SEGALA KEKELAHAN SELAMA INI.DOSA APAKAH YANG TELAH DILAKUKAN OLEH PONDOK PANAS SEHINGGA TERGAMAK DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA.HAHAHAHA...

SEJAK TEKNOLOGI HIJAU DILANCARKAN SEBULAN LALU,PONDOK PANAS SUDAH TIDAK BERGUNA LAGI.KESAN PEMANASAN GLOBAL JUGA MENJADI PUNCA KEPADA PENUTUPAN PONDOK PANAS.APA PASAI? HATI PANAS KE? ATAU DEMAM PANAS?


Biaqpila...apa ada hal.

Khalid Saman SPRM, Kerajaan Malaysia



Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Persuruhjaya SPRM Ahmad Said Hamdan dan Kerajaan Malaysia.

Khalid memfailkan saman itu berikutan kenyataan fitnah Ahmad Said bersabit penyenggaraan kereta peribadi Khalid dan pengagihan lembu korban pada Hari Raja Haji yang lalu.

Saman fitnah terhadap Ahmad Said difailkan oleh peguam Khalid, Sankara Nair di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Saman itu merujuk kenyataan Ahmad Said sebagaimana yang disiarkan di akhbar New Straits Times bertarikh 21 Februari.

Akhabar itu memetik Ahmad Said sebagai berkata SPRM kononnya mempunyai bukti salah laku oleh Khalid.

Sankara berkata Ahmad Said jelas melanggar tatakerja dengan membuat tuduhan melulu terhadap Menteri Besar Selangor itu.

Ini kerana hanya Peguam Negara berhak membuat sebarang kenyataan mengenai berhubung isu-isu pendakwaan dan pertuduhan.

"Tindakan MACC secara langsung melanggar kuasa-kuasa yang diberikan kepada badan itu dibawah Akta SPRM 2009 dan juga tatakerja mereka kepada Menteri Besar dan dalam melaksanakan tugas mereka," kata Sankara.

Sankara berkata kenyataan Ahmad Said memberi gambaran bahawa klien beliau terbabit dalam amalan rasuah.

Sankara menegaskan tuduhan Ahmad Said bukan sahaja tidak berasas, tetapi berniat untuk mencemar nama baik Khalid Ibrahim dan pejabat Menteri Besar Selangor.

Sehingga ke hari ini, Peguam Negara tidak membuat sebarang pertuduhan terhadap Khalid.

"Menentukan kecukupan bukti untuk pendakwaan terletak sepenuhnya dibawah bidang kuasa Peguam Negara dan tindakan SPRM menuduh sewenang-wenangnya secara jelas melanggar bidang kuasa Peguam Negara. Tuduhan Ketua Persuruhjaya yang disiarkan di dada-dada akhbar bersamaan seperti serangan terhadap klien dan mencemar nama-baik beliau," kata Sankara.

Sankara berkata saman fitnah terhadap Ahmad Said difailkan selepas Ketua SPRM itu enggan menjelaskan tindakannya menfitnah Menteri Besar Selangor.

Khalid menuntut ganti rugi dan serta perintah injunksi ke atas Ahmad Said dan SPRM daripada mengulangi tuduhan-tuduhan itu secara bertulis dan lisan.

"Kita tidak menyatakan jumlah spesifik yang mahu dituntut dari mereka. Bagi Khalid Ibrahim, soal wang ringgit bukan kepentingan sebaliknya gantirugi ini sebagai pengajaran kepada mereka. Apa yang penting bagi beliau adalah membersihkan namanya dari tuduhan-tuduhan itu," kata Sankara.

tvantara

PENANTI: CALON PKR DIUMUM MALAM INI?



Dr. Mansor Osman bakal diturunkan, jika menang bakal Timbalan Ketua Menteri

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang biasanya 'terkebelakang' dalam mengumumkan calonnya bertanding pilihan raya kecil mengambil langkah awal menamakan bakal calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, malam ini.

Ia akan diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Calonnya disebut-sebut ialah Dr. Mansor Osman, bekas setiausaha politik Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Mansor juga merupakan Timbalan Pengerusi Berhubungan PKR Pulau Pinang.

Mansor pernah bertanding di kerusi DUN Pulau Betong pada Mac 2008 tetapi tewas dengan perbezaan 294 undi di tangan Muhamad Farid Saad dari BN-Umno.

"Kami sudah memilih calon, akan mengumumkan calon ini esok... akan diumumkan di Penanti," kata Pengarah Pilihan Raya PKR yang baru, Saifuddin Nasution ketika dihubungi mStar Online.

Pelantikan Saifuddin sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR diumumkan oleh Anwar hari ini. Sebelum ini Saifuddin merupakan Pengarah Strategik PKR.

Pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti dan jika ada pertandingan, hari mengundi adalah pada 31 Mei.

Kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Penanti wujud berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin.

Fairus, 33, daripada PKR mengumumkan peletakan jawatannya pada 16 April lalu dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan.

Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.

Ketika ditanya mengapa PKR mengumumkan calonnya terlalu awal berbanding masa-masa lalu, Saifuddin berkata, "pengumuman dibuat mengikut keperluan... adakalanya kita perlu mengumumkan lebih awal, ada waktunya kita perlu mengumumkan lewat."

"Tak timbul soal cepat atau lambat," katanya.

Dengan pengumuman esok, kata beliau, PKR akan ada masa kira-kira tiga minggu menjelang hari penamaan calon untuk membuat persiapan.

Ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini PKR merupakan parti terakhir membuat pengumuman mengenai calonnya.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Daftar Pemilih yang akan digunakan SPR pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun lepas yang dikemas kini sehingga 16 April lalu, yang mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.


mstar

Pakatan mahu pulau sidang DUN Perak 7 Mei

IPOH: Pakatan Rakyat sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk memulau sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei ini sebagai tanda protes, kata Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming.

Jelas beliau, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sedang mendengar kes bagi menentukan siapa yang merupakan Menteri Besar sah bagi Perak iaitu sama ada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan ataupun Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN).

Kes membabitkan Nizar dan Zambry yang kini merupakan Menteri Besar telah ditetapkan untuk didengar pada 5 dan 6 Mei ini.

"Pakatan akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan perkara ini (sama ada memulau sidang 7 Mei)," kata beliau pada sidang media hari ini.

Sambil menggesa kerajaan negeri pimpinan BN supaya menangguhkan sidang DUN sementara menunggu keputusan kes, Nga berkata, langkah mengadakan sidang akhbar adalah perbuatan tidak menghormati sistem kehakiman.

Nga yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri berkata, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri masih belum meneima agenda sidang minggu depan itu.

"Di bawah suasana normal, agenda perlu diedarkan kepada kami dalam tempoh dua minggu sebelum sidang," katanya sambil menambah, beliau ada dimaklumkan bahawa BN akan mengemukakan usul untuk menggugurkan Speaker V. Sivakumar.

Selain itu, Nga berkata, keputusan BN memanggil sidang DUN juga bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pada 1 Mac bahawa sidang tidak seharusnya diadakan sehingga mahkamah memutuskan status kerajaan negeri.

Najib yang juga Perdana Menteri mesti menjelaskan pendiriannya memandangkan orang bawahannya bertindak bertentangan dengan kenyataan beliau, kata Nga.

mstar

SPRM jadi 'Kelab Penyokong Umno'?

Khairul Azlam Mohamad

SETIU, 27 April (Hrkh) - PAS menyifatkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi 'Kelab Penyokong Umno' kerana melakukan diskriminasi terpilih terhadap pendakwaan kes rasuah dan politik wang.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata perubahan besar ke arah lebih baik, telus dan berkeyakinan yang diharapkan kepada SPRM tidak kesampaian.

"SPRM jadi 'Kelab Umno' hilang wibawanya. SPRM, kita (PAS) mengharapkan satu perubahan yang besar. Dia (SPRM) perlu bertindak tanpa kira bulu tanpa kira parti tanpa kira kedudukan," ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-31 PAS Kawasan Setiu, di Kampung Tanjung Batu Rakit, Kuala Terengganu, semalam.

Menurutnya, tangkapan yang pernah dilakukan terhadap ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Perak meski pun pahit dialu-alukan.

Bahkan, katanya siasatan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Muhammad Fairus wajar jika ada bukti menyeleweng.

"Jika kita (rakyat) tengok dia (SPRM) tangkap Exco kerajaan negeri Perak walau pun pahit kita (PAS) alu-alukan.

"Siasatan terhadap Tan Sri Khalid (MB Selangor) terhadap Muhammad Fairus (TKM) tetapi saya sedikit hairanlah mereka (SPRM) tidak tahu kes-kes rasuah yang berlaku dalam Umno," jelasnya.

Menurutnya, SPRM tidak mendakwa bekas MB Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan lain-lain.

Beliau mendedahkan, hampir 1000 lebih kes yang membabitkan para perwakilan dan pemimpin Umno berkaitan politik wang (rasuah) tetapi tidak ada pendakwaan oleh pihak SPRM.

"Badan Pencegah Rasuah (BPR) ini paling berwibawa di zaman Tunku Abdul Rahman dan diawal pemerintahan Tun Razak dan kita (PAS) melihat dia (BPR) bertindak tanpa kira kedudukan.

"Selepas itu sampai sekarang masih tidak boleh diperbaiki sebab pemerintah (Umno-BN) itu sendiri sebenarnya begitu rosak,"ujarnya.

Berikutan pilihan raya kecil bakal diadakan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti ekoran perletakkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) terbabit PAS akan membantunya.

Oleh kerana, katanya status kerusi Dun Penanti sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 milik Parti KeADILan Rakyat (PKR) maka, calon dari parti itu akan bertanding.

"Saya yakin majlis presiden akan bermesyuarat dan selalunya status Pilihan Raya Umum akan dikekalkan. Maka, calon PKR akan bertanding dan PAS akan membantunya," jelasnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil tersebut mudah tetapi mesti mengatasi majoriti yang sebelum ini.

Oleh itu, katanya pembangkang perlu bekerja lebih kuat untuk menang dengan majoriti yang lebih baik agar tidak nampak kemerosotan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Yahya Ali dan Yang Dipertua PAS Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda. - mks. _

harakahdaily

Isnin, April 27, 2009

Nizar vs Zambry: Adakah permohonan untuk 9 panel hakim akan diluluskan?



Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu panel sembilan hakim bagi mendengar permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk Mahkamah Persekutuan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.

Peguam Mohammad Nizar, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi hari ini, berkata bahawa beliau telah menghantar surat kepada setiausaha bagi Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi Rabu lepas dengan memohon panel hakim yang besar untuk mendengar perkara itu.

Antara alasan yang diberi untuk menyokong permohonan itu adalah perkara itu mempunyai kepentingan awam dan mereka mahu mengimbas semula isu aplikasi atau kesahihan Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Leong berkata panel lima anggota hakim sebelum ini telah membahaskan Perkara 63. Mahkamah telah menetapkan Selasa ini untuk mendengar permohonan Zambry.

Adakah permohonan untuk 9 orang panel hakim akan diluluskan? Atau perkara yang sama seperti kes Speaker Perak akan diulangi dalam kes Nizar? Seluruh dunia sedang memerhatikan pekembangan undang-undang negara baru-baru ini.


speakforperak.blogspot.com

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive