Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Jun 23, 2010

Lulus lesen judi,Mansuh lesen ayam



KEMARIN DEPA KATA NAK MANSUH PMR DAN UPSR,TUP-TUP HARI NI LESEN AYAM PULAK YANG DIMANSUH.APA KENA MENGENA AYAM DENGAN UPSR? MUNGKIN CADANGAN PEMANSUHAN PMR DAN UPSR LEBIH PRAKTIKAL UNTUK DIPRAKTIKKAN DI KALANGAN AYAM.SEGALANYA MUNGKIN KERANA AYAM TIDAK MEMERLUKAN SEBARANG PEPERIKSAAN UNTUK MENGUJI MINDA.APA YANG PERLU BAGI SEEKOR AYAM IALAH BERTELUR ATAUPUN MENGHULURKAN TENGKUK SECARA BERHEMAH KETIKA DISEMBELIH.

ADA AYAM PEDULI HARI TU DAH LULUS LESEN JUDI KATA BELUM LULUS LAGI?
SAMPAI WORLD CUP DAH NAK HABIS TAK TAU APA JADI.ADA TAK ADA LESEN JUDI BOLA,BOOKIE TETAP MENJADI-JADI.SEOLAH-OLAH SYURGA ITU DI TELAPAK KAKI JUDI.

DEY MACHA!!! TAK PAYAH KECOH NAK MANSUH ITU INI LA,KALAU BERANI MANSUH TOL DULU.

BERJUANGLAH...KEPALA HOTAK SINGA LAUT BERJUANG DEMI KEADILAN SEJAGAT.



Mulai 15 Julai ini, lesen runcit bagi tiga barangan iaitu ayam, besi (bar bulat keluli lembut) dan simen akan dimansuh.

ismail sabri yaakobMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berikutan itu, ketiga-tiga barangan itu bukan lagi di bawah kawalan harga, sebaliknya harga ditentukan oleh pasaran.

Beliau berkata, antara tujuan langkah itu diambil ialah supaya tidak berlaku ketirisan ke sempadan memandangkan jurang perbezaan harga dengan negara Asean bagi simen dan keluli tidak ketara dan bekalan ayam yang semakin stabil sejak kawalan harga dikeluarkan.

Selain itu, ia untuk membolehkan kementerian memberi fokus kepada tiga barangan keperluan asas iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak yang masih dikawal bagi harga dan bekalan oleh kerajaan, katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen, di Kuala Lumpur hari ini.

sellers meat 090805 chicken seller"Pada tahun 2008, kementerian mengambil langkah proaktif dengan memansuhkan kawalan harga terhadap ayam, besi dan simen. Bagaimananpun, kawalan bekalan masih diteruskan dan selain itu, melalui perlesenan, bekalan ayam dalam negara juga semakin stabil,” katanya.

Beliau berkata jumlah lesen runcit ayam yang dikeluarkan dari Januari hingga hari ini (22 Jun) ialah 2,676 dan 3,000 untuk simen serta 2,356 untuk besi.

Ismail Sabri juga berkata, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 dijangka dibentang pada sesi Parlimen kali ini bagi menggantikan Akta Kawalan Harga 1946.

christmas malaysia shopping mall 221206 02"Kabinet dah luluskan. Saya berharap ia dapat di baca untuk bacaan kali pertama di Parlimen pada minggu hadapan,” katanya.

Beliau berkata akta ini jika diluluskan, lesen di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan akan dimansuh.

"Ini bermakna lesen di bawah skim itu tidak akan dikenakan terhadap peruncit pada musim perayaan akan datang,” tambahnya. - Bernama

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive