Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 29, 2010

Pendedahan Ulama' muda yang ditipu UMNO!!!!



15 Rejab 1431 H

Oleh: Ismail Hashim



SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.



Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.



“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.



“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.



Hosni merupakan seorang pelajar hafiz menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.



Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.



Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.



“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.



Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.



Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.



Harakahdaily/-



 http://rubbertapperz.blogspot.com/


warta365.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama29/6/10 9:14 PG

    Persoalan yang timbul disini ialah,

    1. "dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall"... siapa yang bawa masuk?

    2. Perkataan KAMI, kami itu bermaksud ramai. Adakah yang ramai2 tu, tak seorang pun yang kenal siapa yang bawa mereka masuk melalui bangunan sebelah Mall?

    Tak juga diberitahu kami itu berapa orang, mungkin 44 orang. Mungkin juga yang join 40 dan yang tak join 4 orang.

    3. "Naik escalator, pusing-pusing...." Takkan x ada seorang ulama pun yang berada disitu tahu mereka berada disana untuk apa? Atau mereka sekadar mengikut?

    4. Mereka ni beramai2 datang dari mana? berkumpul dimana? siapa ketua? Takan yang semua mereka ini bisu?

    Dan didalam Malaysiakini telah disiarkan penafian dari Fathul Bari Mat Jahaya yang merupakan antara 40 orang ulamak muda yang menyertai UMNO pada hari tersebut.

    Ustaz Fathul berkata Hosni dan tiga rakannya langsung tiada dalam senarai kumpulan mereka. Dan jika benar Hosni dan rakannya diperdaya, mengapa mereka masih bersenang lenang menjamu selera di majlis anjuran UMNO tersebut.

    Nampak sangat penipuan yang dibuat oleh Hosni Mubarak ini. Mungkin mereka ini sengaja dihantar oleh Pas bagi mengintip majlis UMNO. Dan mungkin mereka dijanjikan dengan tiket syurga oleh Idris Ahmad jika berlakon untuk memburuk-burukkan UMNO.

    Jika orang seperti Hosni Mubarak ini dianggap sebagai ulamak oleh PAS, memang benarlah bahawa ulamak PAS semuanya adalah ulamak kangkong, nampak cantik diluar tapi dalam kosong.Cakap berdegar-degar umpama tong kosong. Dengar bunyi saja kuat tapi isi tiada langsung!

    BalasPadam
  2. dino.yp@gmail.com29/6/10 9:39 PG

    macam cerita dongeng si mammat Hosni ni....

    BalasPadam
  3. Jawapannya ada di blog saya . . .

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive