Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Jun 23, 2010

Klip video lucah 'Ariel' dijual RM5


Gambar hiasan

2010/06/23

KUALA LUMPUR: Klip video ranjang didakwa bekas penyanyi band Peterpan, Ariel bersama aktres Indonesia Luna Maya dan Cut Tari mula berjangkit ke negara ini apabila pelajar dikesan aktif memuat turun rakaman klip lucah terbabit menerusi telefon bimbit masing-masing.

Lebih mengejutkan apabila video klip lucah berkenaan menjadi bahan bagi mengaut keuntungan segelintir individu yang menjualnya dengan harga serendah RM5.

Seorang pelajar kolej yang hanya mahu dikenali sebagai, Faizal, 22, berkata, video klip lucah itu mula berlegar di kalangan pelajar kolejnya di Petaling Jaya sejak lebih seminggu lalu.


Menurutnya, dua video klip berkenaan mengandungi perlakuan seks dua wanita dan seorang lelaki dipercayai dipindah turun melalui Internet sebelum ia tersebar melalui sistem Bluetooth telefon bimbit.


“Apa yang saya tahu terdapat dua video klip yang dimuat turun,” katanya.


Menurutnya, biarpun dua artis wanita terbabit kurang popular di Malaysia, namun pendedahan media dan majalah hiburan menyebabkan ramai tercari-cari klip video berkenaan.


“Apa yang saya tahu ada antara rakan kolej turut menjalankan perniagaan dengan menawarkan klip video terbabit dengan bayaran RM5 kepada sesiapa yang berminat untuk memuat turunnya,” katanya.


Dia ditemui wartawan Harian Metro semalam turut menunjukkan dua klip video berkenaan sebagai bukti ia wujud dan boleh dimuat turun dalam hanya beberapa minit.


“Walaupun klip video itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit, namun aksi panas cukup mendebarkan dan setaraf dengan filem porno barat. “Malah, ada antara rakan yang bertanya sama ada kami memperoleh klip video lain membabitkan artis seberang itu,” katanya.


Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Harun Salim Bachik berkata, klip video yang didakwa menyerupai artis tertentu memang menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak diketahui sama ada ia benar atau tidak.


“Saya minta hentikanlah perbuatan itu kerana ia jelas mengaibkan orang. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tetapi sekurang-kurangnya abaikan klip kerana tidak ada faedahnya,” katanya.

hmetro

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive