Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Jun 24, 2010

55 juta untuk 11 PRK? PDRM Perlu Berjimat Cermat


(Gambar - Penggunaan polis berkuda semasa pilihanraya kecil Kuala Terengganu, adakah ia relevan?)

Sekurang-kurangnya RM55 juta wang rakyat dianggarkan telah dibelanjakan oleh pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sepanjang 11 pilihanraya kecil sejak tahun 2008.

Oleh itu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) m enyarankan agar pihak PDRM membuat kajian terhadap penggunaan wang rakyat itu yang disifatkan sebagai satu jumlah yang besar.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad, pada tahun lalu, Parlimen telah mendedahkan PDRM telah menghabiskan RM31 juta untuk 5 pilihanraya; Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau.

”Itu baru 5 pilihanraya kecil. Bagi baki 6 Pilihanraya kecil, PAS anggarkan PDRM belanjakan sekurang-kurangnya RM5 juta setiap tempat,”katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Selasa, 22 Jun.

Secara perbandingan, menurut Ustaz Idris, ia sangat jauh berbeza dengan laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mengumumkan perbelanjaan mereka bagi 11 pilihanraya kecil (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Bagan Pinang, Penanti, Permatang Pasir, Hulu Selangor, Sibu) hanyalah sebanyak RM6,451,285 sahaja.

”Jumlah yang digunakan SPRM sama banyak dengan jumlah yang digunakan oleh PDRM bagi satu kawasan pilihanraya, menunjukkan PDRM belanja 11 kali ganda lebih banyak dari SPR yang menganjurkan pilihanraya,

”Kita (PAS) berharap agar siasatan terperinci dibuat terhadap perbelanjaan yang dibuat oleh PDRM kerana ini melibatkan wang rakyat, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu tampil menyiasat perkara ini,”tegasnya

Bagi PAS, jumlah lebih RM 55 juta itu cukup untuk membina kuaters baru Polis atau membeli peralatan baru, tetapi rakyat tidak melihat apa-apa yang baru terhadap kelengkapan yang dibawa ketika mereka bertugas mengawasi perjalanan Pilihanraya.

Namun begitu, Kata Ustaz Idris, PAS tidak menafikan keperluan untuk wang rakyat itu dibelanjakan mengawal keselamatan, tetapi jumlahnya perlulah releven.

"Penyewaan banyak peralatan juga perlu dinilai keperluannya dan pembaziran harus dielakkan,"tambahnya.

BO


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive