Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Jun 27, 2010

Kickdefelda

ANAK Akan Buat 300 Laporan Polis Dan SPRM Terhadap Felda

Oleh Sidiqin Omar


SHAH ALAM 26 Jun - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) bersama warga Felda dan pimpinan Pakatan Rakyat akan membuat laporan polis di seluruh negara selain laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menuntut siasatan terperinci terhadap dakwaan penyelewengan yang berlaku di dalam pengurusan Felda.
Laporan yang akan dibuat akan menuntut supaya pengurusan Felda disiasat mengenai perkara berkaitan operasi agensi itu seperti tabung tanaman semula, jumlah aset semasa, hartanah, jumlah tunai, keuntungan pelaburan, status anak syarikat dan rancangan masa hadapan bagi peneroka Felda.
"Ini adalah kerana jawapan di parlimen oleh Timblan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mengakui mengenai kedudukan tunai Felda yang merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009. Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun adalah sangat mengejutkan," kata Pengerusi Anak, Mazlan Aliman ketika dihubungi oleh Suara Keadilan selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kota Tinggi, Johor semalam.
Setakat ini, 14 laporan polis telah dibuat dan beliau menjangkakan lebih 300 laporan akan dibuat sehingga bulan hadapan.
Pada 23 Jun lalu, beliau bersama-sama warga Felda, aktivis Anak serta pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat laporan berkenaan perkara yang sama di Balai Polis Temerloh, Pahang.
Ketika ditanya mengenai langkah Felda yang mengambil tindakan menyaman akhbar Suara Keadilan dan pimpinan Pakatan Rakyat, Mazlan berkata laporan media tersebut bukanlah fitnah seperti yang dikatakan timbalan menteri itu, tetapi merupakan pendedahan yang sebelumnya pernah dibangkitkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan dan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong.
"Selain Petronas, Felda merupakan salah sebuah entiti yang mempunyai banyak aset dan sering dijadikan sebagai 'lubuk duit' oleh pemimpin negara. Ini merupakan penyelewengan yang dilakukan tanpa berselindung lagi. Mereka bahkan menggunakan kemudahan yang terdapat di Felda untuk kepentingan politik mereka," jelas Mazlan.
Ketika ditanya mengenai cabaran debat mengenai isu Felda yang telah dihantar oleh Anak kepada pemimpin Umno Tenggara, Mazlan berkata sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang respons.
"Kita pernah jemput mereka untuk berdebat secara intelektual, tetapi nampaknya mereka tidak mahu memberikan kerjasama. Kita terbuka kepada mana-mana pihak untuk berunding, kerana yang penting adalah, perkara yang dibahas dan dibincangkan akan membawa kebaikan kepada warga Felda.
"Kini kita sedang membuat persiapan untuk menghadapi sebarang cabaran. Selama ini, perkara yang disuarakan oleh kita seolah-olah tidak didengar. Jadi sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita bergerak, memberikan penerangan, dan menuntut kembalikan hak," tegas beliau lagi.

SK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive