Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Jun 23, 2010

Video seks ‘Peterporn’ tepati ramalan



Klip panas vokalis Peterpan, aktres disifatkan atasi skandal penyanyi dangdut, ahli politik 2006

JAKARTA: Kemunculan video lucah didakwa membabitkan pasangan kekasih artis vokalis Peterpan, Nazril Ariel Ilham dengan aktres Luna Maya dan Cut Tari didakwa pernah diramalkan pengamal ilmu mistik di Indonesia.
Malah, mereka menjangkakan ia lebih hebat dari video seks penyanyi dangdut, Maria Eva dan pasangannya, wakil rakyat, Yahya Zaini.
Saya meramalkan pada awal 2010 bahawa tahun ini bakal digemparkan dengan munculnya video yang lebih heboh daripada rakaman Maria Eva, dakwa seorang bomoh, Ki Kusumo dari Jakarta Timur.
Bukan itu saja, mengikut jangkaan Ki Kusumo, selepas kes video Ariel-Luna akan muncul lebih banyak video seumpamanya.
Kita akan dapat lebih banyak lagi (video) seperti ini, katanya.
Video aksi seks Ariel-Luna pertama kali disebarkan 4 Jun lalu memaparkan adegan seks mirip pasangan selebriti itu yang mengejutkan masyarakat Indonesia.
Belum hilang kejutan masyarakat terhadap video berkenaan, pada 8 Jun lalu, muncul pula video yang didakwa membabitkan Ariel serta Cut Tari.
Sehingga hari ini, Ariel, Luna mahu pun Cut Tari belum membuat sebarang penjelasan sama ada mengatakan ya atau tidak mengenai pelaku video terbabit adalah mereka. Sebaliknya, masing-masing mendakwa mereka adalah mangsa.
Empat tahun lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan dengan rakaman adegan seks membabitkan artis Maria Eva dan Yahya Zaini yang tersebar dalam bentuk 3G.

Kes berkenaan mendapat perhatian berikutan status Yahya yang ketika itu adalah wakil rakyat parti Golkar. Berbeza dengan kes Ariel, Maria Eva disifatkan lebih berani serta sanggup menanggung risiko kehilangan kontrak dengan mengaku dirinya yang terakam dalam video terbabit. Selepas pengakuan berani Maria berkenaan, kes itu berakhir.
Tetapi, apa yang pasti, kes video seks terbaru sudah tersebar ke seluruh dunia, malah nilai pasaran video terbabit dilaporkan semakin tinggi.
Terbaru dilaporkan tempias skandal video terbabit turut dirasakan sehingga ke Hong Kong apabila bekas penyanyi kumpulan Ratu, Pinkan Mambo mendakwa pernah ditanya mengenai perkara itu ketika berada di sana.
Sampai juga hingga ke Hong Kong. Orang sana tanya tapi saya cuma katakan, Ya ada gosip berkenaan di Indonesia, kata Pinkan Mambo yang ditemui di Studio RCTI di Jakarta.
Pada masa sama, Pinkan turut melahirkan rasa terkilan dengan kes berkenaan.
Sedih kerana ia sampai ke luar negara. Amat sedih kerana ia membabitkan pemikiran masyarakat, katanya.
Bagi Luna Maya dan Cut Tari segelintir pihak menganggapnya sebagai satu peluang besar di mana mereka mungkin bakal ditawarkan dengan bayaran lumayan yang belum pernah diterima dari negara mereka sendiri.
Bagaimanapun, perkara itu mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana pembabitan dalam industri video seks adalah dilarang di Indonesia. Agensi

Sumber : Bharian.com.my

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive