Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 22, 2010

‘Perogol bersiri’ pelajar kena dakwa


CHIN dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ampang di Kuala Lumpur, semalam.
Hakim tak benar pemandu teksi diikat jamin


KUALA LUMPUR: Pemandu teksi yang dilabel perogol bersiri kerana menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa pemuas nafsunya didakwa di Mahkamah Majistret dan Sesyen Ampang dekat sini atas sembilan tuduhan berasingan mencabul dan merogol lima remaja berusia antara 15 dan 17 tahun, sejak 2008 hingga Mei lalu.

Chin Hock Nam, 54, yang mengaku tidak bersalah dituduh di dua Mahkamah Sesyen berlainan, atas tiga tuduhan merogol tiga remaja dalam kejadian berasingan di dalam sebuah bilik di rumahnya di Taman Lembah Maju di sini, pada jam 1 petang, 27 Mei lalu; jam 1 petang, 24 Mei lalu dan jam 1.30 petang pada Ogos 2009.

Bagi setiap tuduhan berkenaan, tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Azwarnida Affandi dan Hakim Roszianayati Ahmad menetapkan 16 Ogos ini bagi sebutan kes dan membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Dr A Vasu supaya tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh.

Vasu berkata, pihaknya membantah jaminan terhadap Chin kerana semua mangsanya adalah pelajar sekolah dan pendakwa bimbang jika tertuduh akan mengugut saksi seandainya dia dibebaskan.

“Nyawa tertuduh dalam bahaya kerana ada ancaman dibuat terhadapnya melalui laman sosial Facebook. Tertuduh menghadapi banyak tuduhan mencabul dan merogol, jadi mahkamah perlu menjauhkannya dari masyarakat,” katanya.

Chin pula dalam rayuannya memberitahu mahkamah dia sendiri tidak mahu dirinya dibebaskan dengan ikat jamin serta memohon supaya diberikan khidmat jurubahasa kerana dia tidak fasih serta kurang faham bahasa Melayu.
Di Mahkamah Majistret berasingan, Chin dituduh atas empat tuduhan mencabul seorang remaja lain di tempat sama, antara jam 3 dan 4 petang, Oktober hingga November 2008 serta pada jam 12 dan 1 tengah hari dalam bulan Mac, April dan Mei 2009.

Majistret Wan Karimah Wan Md Ab Ghani menetapkan 23 Julai ini bagi sebutan kes dan membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Norhusnita Mohd Radhi supaya tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Chin juga menghadapi dua tuduhan lagi, mencabul mangsa berusia 17 tahun ketika kejadian di tempat sama pada jam 3 petang, Februari 2009 dan jam 1 petang, Ogos 2009.

Majistret Aida Mastura Mohamed Aman menetapkan 12 Julai ini untuk sebutan kes.

Bagi setiap tuduhan mencabul itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan.

Mengikut laporan akhbar sebelum ini, seorang pemandu teksi berusia 54 tahun gemar memilih remaja dan pelajar sekolah sebagai mangsa cabul dan rogolnya serta merakam gambar mangsa sebelum menggunakannya untuk mengugut mereka.

Pemandu teksi itu ditahan di Jalan Imbi, Kuala Lumpur selepas polis memasang perangkap pada 2 Jun lalu.

BH



KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive