Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Jun 27, 2010

Keluarga pelajar MTD mati didera buat laporan polis


BALING - Susulan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohd Sobri, 16, pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi, akibat didera sekumpulan senior, keluarga mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Baling, semalam, untuk mendapatkan keadilan terhadap kematian arwah.

Ibu mangsa, Fauziah Abd Wahab, 45, berkata, beliau sangat sedih dengan kehilangan arwah, anak sulung yang menjadi harapan mereka sekeluarga dan bakal menjadi contoh buat dua adiknya yang masih bersekolah.

Menurutnya, arwah bercita-cita menjadi seorang tentera berpangkat kapten satu hari nanti dan selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia diterima masuk ke MTD.

“Terasa hancur berkecai harapan keluarga apatah lagi sejak kecil dia bercita-cita menjadi seorang pegawai tentera namun hasrat itu tidak kesampaian," katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga kini menetap di Sungai Siput dan berhasrat terus menetap di Baling, kampung suaminya kerana terlalu banyak kenangan bersama arwah di Sungai Siput yang membuatnya selalu merinduinya.

“Dua minggu lalu arwah pulang dan ada kesan lebam di beberapa bahagian badan serta tangannya terseliuh namun tidak mengadu apa-apa, malah lebih ceria daripada biasa maka kami tidak menaruh syak wasangka dan menyangka dia gembira di sana.

“Wajah arwah semasa meninggal juga lebam di bahagian mata dan saya sedih arwah terpaksa melalui semua ini dan dugaan ini akan saya hadapi dengan tabah,” katanya ketika ditemui di IPD Baling.

Beliau dan suami, Fadzil Ismail, 41,serta saudara ke IPD Baling petang semalam membuat laporan polis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Azmi Che Husain, hadir sama.

Mohammad Naim yang mati dipercayai akibat didera pelajar senir sudah dikebumikan malam kelmarin di Perkuburan Islam Kampung Baru, mukim Siong, Baling.

SH



3 ulasan:

  1. Pihak ATM kena bertindak tegas dengan mengambil tindakan dengan di bawa ke Mahkamah Tentera atau Mahkamah Juvana terhadap senior yang bertindak kejam dengan membuli pelajar junior. Tindakan ini penting agar ianya tidak akan berlaku lagi di masa yang akan datang dan tidak terus berlaku apabila mereka memegang jawatan tinggi di dalam ATM. Saya adalah bekas pegawai ATM. Saya pernah melihat bagaimana pegawai senior ATM mendera pegawai muda ATM apabila melapor diri memasuki Mess Pegawai ATM.

    BalasPadam
  2. Kalau beginilah sikap segelintir bakal pemimpin ATM maka akan lahirlah pemimpin ala-ala Zionies Malaysia. Diharap hukumlah mereka yang terlibat atau hapuskan terus mereka ini dari bumi allah ini.

    BalasPadam
  3. saya merupakan kakak kepada salah seorang senior mtd yang tiada kaitan dengan kes buli ini. keadaan sebenarnye tiada kaitan dengan senior yang membuli. kami kaum keluarga dan pelajar mtd tahu siapa yang memberi tekanan kepada arwah sehingga arwah begitu tertekan sehingga meningal dunia. semoga arwah digolongkan dalam golongan yang beriman. amin....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive