Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Jun 28, 2010

'Pemukiman PKR kritik MB S'gor secara tak langsung'



Jimadie Shah Othman
Jun 27, 10

Tidak seperti dijangkakan, pemukiman PKR hari ini berakhir tanpa menyentuh soal kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang dikritik hebat majoriti wakil rakyatnya.

Sebaliknya, menurut ketua penerangannya Latheefa Koya, sesi dua hari yang bermula semalam hanya membincangkan persoalan memantapkan organisasi, jentera penerangan dan membincangkan agenda menghadapai pilihan raya umum ke-13.

"Hal negeri Selangor boleh dibincangkan dalam mesyuarat perhubungan negerinya," katanya apabila disoal sama ada soal prestasi Khalid ditimbulkan dalam pemukiman dua hari parti itu.

Rumusan hasil perbincangan dalam sesi itu akan dibawa ke mesyuarat majlis pimpinannya pusatnya yang dijadual bermula awal petang ini, kata Latheefa.

Sementara itu, ahli parlimen Ampang Zuraida Kamarudin pula mengakui walaupun kepimpinan Khalid tidak dibangkitkan, perbincangan 'mengenai' kelemahan peneranagn PKR Selangor - sebagai negeri barisan hadapannya - disentuh secara tidak langsung.

"Ya, tetapi tidak secara langung," katanya apabila ditanya sama ada kelemahan jentera penerangan parti itu, khususnya di Selangor mencerminkan kegagalan Khalid sebagai pengerusi PKR negeri.

"Tetapi bukan beliau seorang sahaja yang bertanggungjawab dalam persoalan ini tetapi kita semua patut bersama-sama dengannya untuk menyelesaikan masalah ini."

Tian: 'Saya akan ambil tindakan pada mereka'

Walaupun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Khalid "dalam perjalan" kerana mempunyai program lain pada pagi tadi, kelibat menteri besar Selangor itu tidak kelihatan sehinggalah ditamatkan kira-kira jam 1.00 tengah hari tadi.

Sementara itu, pengarah strategi parti Tian Chua sekali lagi mengulangi penafian beberapa pemimpin parti itu semalam bahawa ada usaha untuk menggulingkan Khalid oleh majoriti wakil rakyatnya.

"Bagi saya nama ahli parlimen itu dan saya akan ambil tindakan pada mereka," katanya dengan nada amaran.

Mengulas perkara yang sama, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh pula berkata, selepas disuarakan dalam kongres tahunannya di Kelantan baru-baru ini, Khalid telah memberikan perhatian yang serius.

"Beberapa perkara telah berubah seperti perubahan dalam penerangan," katanya.

Menurut Fuziah, perkara itu tergambar dalam perlantikan Badrul Amin Baharom bagi mengukuhkan program penerangan di peringkat Selangor.

Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah ketika ditemui pemberita enggan membuat sebarang ulasan berhubung pemukiman mereka sebuah hotel di Shah Alam itu.

malaysiakini


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive