Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Jun 26, 2010

Saya akan terus berkartun hingga titisan dakwat terakhir

 

1. Kerajaan/KDN menuduh bahawa kartun-kartun saya mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam.  Ia adalah satu tuduhan yang serius dan harus ditunjangi dengan alasan perundangan yang kukuh.

2. Dengan mengharamkan keenam-enam penerbitan ini, ertinya sebanyak 312 karya-karya kartun saya dan pasukan kartunis saya yang terdapat dalamnya diharamkan.

3. Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan apakah yang dimaksudkan dengan takrif "mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam."

4. Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan karya yang mana dan pada muka surat yang mana dari 312 kartun tersebut yang dikategorikan sebagai mengancam keselamatan negara dan tidak sesuai untuk bacaan umum.  Saya bertanggungjawab dan sedia mempertahankan karya-karya saya.  Saya sedia menghadapi tindakan undang-undang.

5. Dari sudut perniagaan, larangan KDN ini sudah pasti membawa kerugian besar kepada syarikat saya.  Saya menjangka pengedar-pengedar seluruh Malaysia akan memulangkan naskah yang telah beredar di pasaran dan kerugian sekitar RM50,000 hingga RM80,000.

6. Tetapi, keuntungan material bukanlah matlamat utama saya.  Sebagai kartunis, tanggungjawab sosial adalah keutamaan saya.  Melalui karya kartun, saya akan terus membongkar kezaliman, rasuah dan salah laku kerajaan BN.  Saidina Ali berkata, "Bercakap benar kepada pemerintah yang zalim adalah patriot sebenar".

7. Kerajaan boleh mengharamkan buku saya, kerajaan boleh mengharamkan majalah saya, tetapi kerajaan tidak boleh mengharamkan minda saya.  "Saya akan terus berkartun sehingga ke titisan dakwat terakhir."

Latar belakang:

Setakat kenyataan ini ditulis, saya belum mendapat surat rasmi dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai pengharaman buku saya.

Berdasarkan laporan Malaysiakini (24 Jun 2010), KDN berkata tiga buku/majalah saya - 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun telah diharamkan.  "1Funny Malaysia" adalah koleksi karya-karya pilihan kartun saya yang tersiar dalam ruangan Cartoonkini dalam portal web Malaysiakini dari tahun 2005 hingga 2009.

"Perak Darul Kartun" adalah buku terbitan syarikat saya sendiri, Sepakat Efektif Sdn Bhd.  "Isu Dalam Kartun (IDK)" adalah majalah bulanan yang mempunyai permit penerbitan dari KDN dan setakat ini tiga edisi IDK telah diterbitkan; vol 1, vol2 dan vol 3.

Tahun lepas, sebuah lagi majalah saya "Gedung Kartun" telah dirampas dan juga telah diharamkan.  Berdasarkan kenyataan KDN ini bererti keenam-enam penerbitan saya dan juga pasukan kartunis saya telah diharamkan.

Dalam laporan Malaysiakini, Ketua setiausaha KDN, Mahmood Adam dipetik sebagai berkata buku-buku tersebut diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.  Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," kata beliau.

*Zunar (Zulkiflee Anwar Ulhaque) ialah kartunis dan Editor kartun.



merdekareview

5 ulasan:

  1. Tuan,

    Jangan bersifat HIPOKRIT jangan nak menjadi hero disini dengan mengatakah menentang Rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan BN, bagaimana dengan Isu yang banyak bertaburan mengenai kemungkaran PAS, DAP dan PKR.

    Jangan bersifat seperti orang yang baik namun kemungkaran rakan sendiri tuan tutup rapat dan jadikan ianya sebagai hiasan.

    Jika Tuan benar ingin memperjuangkan kebenaran jangan bersifat berat sebelah dedahkan semua kemungkaran dan kemunafikan PAS selama ini dan bagaimana kezaliman PAS mendera Fizikal dan Mental umat ISLAM di MALAYSIA.

    Jangan Tuan nak menipu diri sendiri dengan menyatakan diri tuan adalah pejuang kebenaran sedangkan tuan sendiri menerima imbuhan dari pihak lain sebab tu tuan tidak memikirkan kerugian yang akan tuan tanggungi tapi risau cerita tipu tuan tidak dapat dibaca oleh rakyat.

    Rakyat sekarang bukan bodoh mereka lebih suka melayari BLOG daripada membaca kartun yang tak ada satu sen pun harga nya.

    HARAP INGAT DUNIA DAN AKHIRAT JANGAN DIPERGUNAKAN DAN JANGAN MENGGUNAKAN ORANG LAIN SEMATA-MATA UNTUK KESENANGAN DIRI SENDIRI

    TAK HAIRAN SEKIRANYA PENERBITAN KARTUN TUAN DITAJA MEMANDANGKAN KISAH PAK SHEIK YANG DITAJA RM4 JUTA.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama27/6/10 1:22 PG

    dia ni dok celah kankang um../no bn,da mmg sah dia ada dapat apa2 untung um../no bn bagi,jual cencaluk pon bolehhh

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama27/6/10 1:23 PG

    ceNcaluk busukk!!!

    BalasPadam
  4. gua ingat mamat ni mabuk judi la..kahkahkah

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive