Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Jun 24, 2010

Keputusan Piala Dunia 23 Jun 10


NEMANJA Vidic dari Serbia (kiri), bersaing merebut bola dengan pemain Australia, Josh Kennedy, dalam perlawanan Kumpulan D, di Stadium Mbombela, Nelspruit, Afrika Selatan, awal pagi tadi. - foto AP

AUSTRALIA 2 - 1 SERBIA

NELSPRUIT: Australia mencatatkan keunggulan pada perlawanan terakhir Kumpulan D apabila menewaskan Serbia 2-1 di Stadium Mbombela, sebentar tadi namun gagal melangkar ke pusingan kedua.

Australia hanya di tempat ketiga Kumpulan D dengan Jerman dan Ghana selaku juara dan naib juara kumpulan melangkah ke pusingan kalah mati

Gol Australia diperoleh menerusi Tim Cahill pada minit ke-69 dan Brett Holman (m-73), manakala jaringan tunggal Serbia menerusi Zoran Tosic (m-84).

JERMAN 1 - 0 GHANA

JOHANNESBURG: Jerman menewaskan Ghana 1-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan D Piala Dunia 2010 di Stadium Soccer City, sebentar tadi.

Keputusan itu bermakna kedua-dua pasukan layak ke pusingan kedua kalah mati dengan Jerman selaku juara kumpulan diikuti Ghana di tempat kedua.

Gol Jerman dijaringkan Mesut Ozil pada minit ke-60.

Ini bermakna Jerman akan bertemu England yang layak selepas menduduki tempat kedua Kumpulan C pada pusingan kalah mati nanti.

AS 1 - 0 ALGERIA

TSHWANE: Amerika Syarikat layak ke pusingan kalah mati apabila menang tipis 1-0 ke atas Algeria pada perlawanan terakhir Kumpulan C di Stadium Loftus Versfeld, sebentar tadi.

Dengan kedudukan itu, Ammerika Syarikat layak bersama England yang menewaskan Slovania 1-0.

Gol Amerika Syarikat dijaringkan pada masa kecederaan oleh Landon Donovan (m-90+2).

SLOVENIA 0 - 1 ENGLAND

PENYERANG England, Jermain Defoe menjaringkan gol kemenangan pasukannya menewaskan Slovenia 1-0 dalam perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia 2010 FIFA, England menentang Slovenia di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Selatan.


Pada aksi pusingan kedua nanti, Amerika Syarikat akan berdepan naib juara Kumpulan D,Ghana pada awal pagi Ahad ini diikuti England bertemu Jerman juara Kumpulan D pada malam Ahad ini.

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive