Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Jun 30, 2010

Tolong jangan masuk campur


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta meminta pihak yang tiada kaitan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak mencampuri urusan pentadbiran parti itu.

Menurut Abdul Khalid, pertukaran pentadbiran PKR Selangor yang diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kelmarin adalah satu pembaharuan yang dilakukan bagi memantapkan lagi parti berkenaan.

“Pihak terbabit tidak payah campur mengenai perkara ini. Fasal letak jawatan, terima jawatan tidak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat.

“Ini satu reformasi untuk mengelakkan ‘konflik berkepentingan’ (conflict of interest) berlaku dalam parti mahupun Kerajaan Negeri. Satu jaga parti satu lagi jaga Kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, semalam.

Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan oleh beberapa pihak yang meminta beliau berundur sebagai Menteri Besar selepas melepaskan jawatan Pengerusi PKR Selangor.

Desakan terbaru itu meletakkan suasana polit:ik di Selangor yang dikuasai oleh pakatan pembangkang semakin bercelaru dan bakal memburukkan pentadbiran kerajaan negeri, biarpun baru dua tahun memerintah.

Ramai dalam kalangan pemimpin PKR sendiri berpendapat sukar untuk Abdul Khalid menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar memandangkan kuasa politik dipegang oleh Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Terbaru, Timbalan Ketua PKR Bahagian Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar yang mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar berkata, kebanyakan perwakilan bahagian sebenarnya tidak bersetuju dengan keputusan mengekalkan Abdul Khalid dalam jawatan tersebut.:

Ini kerana, kata beliau, mereka bimbang Selangor akan semakin kucar-kacir apabila pendapat dalam pentadbiran dan politik negeri tidak seiring memandangkan jawatan Menteri Besar dan Pengerusi Majlis Pimpinan negeri disandang oleh individu berbeza

Mengulas mengenainya, Abdul Khalid berkata, ‘pembaharuan’ itu adalah salah satu cara untuk memantapkan PR serta PKR di negeri ini.

“Yang termasuk dalam agenda PR dan PKR ialah memantapkan pertubuhan supaya kita dapat bawa pembaharuan dalam pentadbiran negara dan akhirnya menjadi contoh bagaimana negara Malaysia akan diuruskan dengan baik untuk masa depan,” katanya.

Katanya, beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor.

SH


1 ulasan:

  1. yang puak2 umno dok kalut sgt buat apa?biar la sapa pun yg jd MB..bukannya PR nak bagi kat org umno jd MB balik..ingat nak bagi kat khir toyo?blah la weh..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive