Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Jun 24, 2010

Warga Sarawak Prihatin Buat Laporan SPRM Terhadap Ketua Menteri Sarawak

Oleh Frederick Luccas


SHAH ALAM 24 Jun - Sekumpulan warga Sarawak diketuai oleh James Wong Joon Min, seorang warga Sarawak yang kini bekerja Kuala Lumpur mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat laporan media berkenaan empayar kekayaan milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
James berkata baru-baru ini beberapa portal informasi dan berita telah memaparkan kekayaan Abdul Taib di Australia, Canada dan London, England dengan butir terperinci pemilikan, jumlah nilai dan kewujudan beberapa proksi bagi menjaga kepentingan beliau.
"Portal tersebut juga telah memaparkan beberapa bukti penting menyokong dakwaan mereka, dan saya sebagai seorang anak Sarawak tidak akan berdiam diri apabila kekayaan yang sepatutnya dirasai bersama oleh rakyat Sarawak dibolot oleh seorang individu,' kata beliau kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.
James yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur menegaskan beliau dan rakan-rakan tidak mewakili mana-mana parti politik mahupun mereka mahu dikaitkan dengan politik.
"Sebagai warga Sarawak yang bimbang dan mahukan keadilan, kami telah membuat keputusan untuk melaporkan perkara ini kepada SPRM," katanya lagi.
Beliau dan lima lagi rakan beliau akan membuat laporan di pejabat SPRM, Shah Alam pada pukul 10 pagi hari ini dengan mengemukakan bukti yang dipaparkan diportal berita, yang mana menurut James, cukup kukuh untuk SPRM memulakan siasatan.
"Bukti yang dipaparkan amat kukuh dan pada pengetahuan kami, bukti ini amat meyakinkan dan boleh dijadikan bukti untuk memulakan siasatan. Kami percaya kebenaran akan terserlah selepas SPRM melengkapkan siasatan," kata James lagi.
Timbunan harta kekayaan Abdul Taib yang didedahkan termasuk bangunan pejabat di Ottawa, Canada dan pemilikan rumah persendirian kedua termahal di Canada oleh anak perempuan beliau, Jamilah Taib dan suaminya Sean Murray, warga Canada.
Lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan juga pernah menyiarkan gambar istana Taib di tebing sungai lengkap dengan kemudahan jeti dan sebuah bot mewah.
"Warga Sarawak patut bertanyakan bagaimana seorang Ketua Menteri yang mendapat gaji RM20,000 sebulan mampu memiliki kesemua ini, dan Taib perlu menjawab soalan rakyat Sarawak sebagai seorang wakil rakyat," kata James.

SK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive