Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Jun 19, 2010

Umno-BN akan dilayangkan kad merah



Kehilangan tiga darjah kebesaran negeri Johor yang ditarik balik oleh Sultan Johor bukannya satu pengorbanan besar dalam perjuangan menuntut perubahaan demi memastikan Malaysia yang adil untuk semua, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng.

azlan“Ramai daripada rakan seperjuangan saya telah membuktikan keteguhan menuntut perubahaan sehingga terpaksa merengkok dalam penjara.

“Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali,” kata Chua pada sidang media di ibu pejabat PKR di Damansara hari ini.

Justeru, katanya dia sebenarnya amat bertuah.

“Saya yakin Umno pastinya kesal dengan tindakan mereka untuk menggangu saya. Sebaik sahaja pengumuman penarikkan tersebut, sokongan rakyat terhadap saya datang mencurah-curah terhadap saya dan Keadilan.”

Muflis idea

Sokongan itu menurut Chua membuktikan bahawa rakyat juga menolak politik kebencian yang selama ini menjadi sebahagian daripada kerajaan Umno.

chua jui meng and datukship medals“Mereka (rakyat) juga menzahirkan hasrat untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang terbukti muflis idea untuk memacu negara ini ke hadapan,” katanya.

Sehubungan itu, kata Chua, beliau akan memulang ketiga-tiga pingat yang dikurniakan oleh Almarhum Sultan Iskandar.

Ketiga-tiga pingat tersebut adalah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ), Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) dan Pingat Sultan Ismail (PIS).

Katanya, surat rasmi mengesahkan bahawa darjah kebesarannya (DPMJ dan SPMJ) itu ditarik balik diterimanya pada 15 Jun lalu dan tiada alasan berhubung penarikan berkenaan diberikan.

Kata Chua, beliau juga akan menghantar kembali pingat ketiga - PIS - ke Istana selepas memaklumkan kepada Setiausaha Jemaah Majlis Di Raja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli yang menghubunginya pada 10 Jun lalu.

"Saya dengan berlapang dada akan menghantar balik (pingat itu) kepada istana. Ketiga-tiga pingat itu saya akan pulangkan kepada Istana Johor," katanya.

Chua bechua jui meng pc 190610 03rkata tindakan berkenaan haanya memperkukuhkan iltizamnya untuk bersama Pakatan Rakyat dan berjuang untuk memastikan negara terus maju dan diselamatkan daripada gejala rasuah yang berleluasa sekarang ini.

“Sepertimana dalam permainan bolasepak, rakyat tahu siapa di antara pemain yang bermain secara jujur atau tidak. Manakala pada tahun 2008, rakyat melayangkan kad kuning, saya pasti pada tahun 2012, rakyat akan melayangkan kad merah kepada Umno-BN,” katanya.

"Terima dengan hati yang terbuka"

Ditanya perasaan beliau susulan penarikan pingat tersebut Chua berkata beliau menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

"Saya tidak marah dan saya akan serahkan (kepada Istana). Perjuangan rakyat lebih besar daripada martabat yang saya dapat.

"Saya akan serah pingat itu tapi saya tidak akan menyerah (kalah) untuk membuat reformasi," katanya sambil menambah tidak perlu tergesa-gesa untuk menyerahkan pingat tersebut.

Turut hachua jui meng pc on stripping of his daturship by sultan of johordir dalam sidang media tersebut, Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan barisan kepimpinan Wanita PKR yang turut memberi sokongan kepada Chua berhubung isu terbabit.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan pada awal bulan ini dihubungi setiausaha Istana Johor supaya memulangkah semua darjah kebesaran negeri itu.

Beliau juga adalah bekas ahli parlimen Bakri selama empat penggal merupakan naib presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu pada 2008 apabila gagal merebut jawatan presiden. Beliau mengganggotai PKR pada 2009.

Chua bagaimanapun masih mengekalkan gelaran Datuk memandangkan beliau menerima dua lagi darjah kebesaran daripada Pahang dan Selangor, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003 yang membawa gelaran tersebut.

malaysiakini


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive