Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Jun 24, 2010

Remaja Perempuan 16 Tahun Bersekedudukan Ditahan Miliki Dadah

SHAH ALAM: Polis menahan seorang remaja perempuan berumur 16 tahun bersama seorang lelaki di sebuah flat di Seksyen 16 di sini dan menemui beberapa bungkusan dipercayai mengandungi syabu dan heroin Isnin lalu.

Polis merampas 48 paket plastik berisi heroin seberat 95 gram dan sebungkus syabu seberat 20 gram yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM15,000.

"Ketika ditahan remaja perempuan itu cuba melarikan diri manakala teman lelakinya yang berusia lingkungan 30-an sedang berada dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah," kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin.

Difahamkan, remaja perempuan tersebut sudah tidak bersekolah dan bersekududukan dengan lelaki berkenaan sejak empat bulan lepas.

"Lelaki berkenaan turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah dan hasil pemeriksaan air kencing mendapati kedua-dua mereka positif dadah," katanya.

Polis masih menyiasat sama ada dadah berkenaan adalah untuk kegunaan mereka sendiri atau untuk dijual.

Noor Azam berkata dalam kes berasingan pada hari yang sama, polis menahan seorang pemandu lori di sebuah kontena yang dijadikan asrama pekerja di Seksyen 26.

Suspek yang berumur 39 tahun itu didapati memiliki heroin seberat 138 gram, syabu seberat 0.5 gram dan ganja seberat 4.5 gram yang kesemuanya bernilai RM15,000, yang disimpan di dalam sebuah peti sejuk mini.

Ketiga-tiga suspek dalam dua kes tersebut ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1959.

Mereka direman sehingga 28 Jun. - BERNAMA


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive