DUBAI (Al Arabiya) Tuesday, October 5, 2010: Dua wanita Perancis mengeluarkan sebuah filem tentang kedua-duanya yang berjalan di tengah-tengah kota Paris sambil memakai burka dan seluar ketat-pendek yang menampakkan keseluruhan kaki, kerana membantah undang-undang baru Perancis yang melarang pamakaian pakaian Islam cara konservatif.
Kedua-dua pelajar perempuan yang berhijab tersebut menggelar diri mereka "the Niqabitches" dan mereka muncul dalam filem yang menunjukkan kedua-duanya berjalan di hadapan bangunan kerajaan dalam keadaan memakai tudung yang hanya menampakkan mata sambil mendedahkan kaki mereka.
Orang ramai yang lalu-lalang nampak keliru dan meminta untuk bergambar dengan pasangan tersebut.
Dalam artikel yang diterbitkan dalam lamanweb berita, rue89, pelajar-pelajar sains politik dan komunikasi berkenaan menulis bahawa filem jenaka tersebut adalah satu cara mengkritik undang-undang yang melarang memakai penutup muka yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam.
"Bukannya susah memakai burka. Jadi kami tanya diri sendiri: 'apa tindakan yang akan diambil pihak berkuasa apabila melihat perempuan memakai burka dan seluar pendek?'" tanya mereka, yang mana salah seorangnya adalah Muslim.
"Kami bukannya hendak menyerang atau merendahkan imej orang Islam konservatif – tapi sebenarnya hendak mempersoalkan ahli-ahli politik yang mengundi undang-undang yang kami anggap tidak berperlembagaan," tulis mereka.
Parlimen Perancis meluluskan satu undang-undang melarang pemakaian burka di tempat awam. Apabila dikuatkuasakan, mana-mana wanita yang melanggarnya akan denda sebanyak Euro 150 (RM634.30) atau terpaksa menjalani kursus kewarganegaraan. Sementara lelaki yang memaksa wanita memakainya pula akan didenda sebanyak Euro 30,000 (RM126,860.65) atau setahun penjara.
Witten by Mustapha Ajbaili/Source: www.alarabiya.net Translated by beritaislamglobal.blogspot.com – English version and Videohere
ibnuhasyim
Mesti Dua Ekoq Beruk Ni Ada Masaalah Mental Kot... Tak Lama Lagi Sampai La Fesyen Begini Kat Malaysia Ni... Tunggu Jala...
BalasPadambarat memang anti islam........apa nak herannya..........lebih dari tu pun depa dok buat.........tak pecaya kalu.........hangpa mai batu feringghi........tengok sendiri
BalasPadamGambar ni cut and paste aje.. perhatikan elok2.. ada orang suka buat kecoh
BalasPadamNi masalah budaya berpurdah... pada saya lebih kepada budaya sesuatu bangsa di tempat-tempat tertentu, mungkin lain mazhab.... lain dia punya pendapat.
BalasPadamBerdasar mazhab kita, Islam tidak meletakkan kewajipan untuk menutup muka, bukan nak menyokong undang-undang larangan berpurdah... tapi masalah hukum menutup aurat membenarkan pergelangan tangan dan muka di perlihatkan, jadi telah berlaku kelonggaran.... namun hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui.
Musuh Islam tetap akan menjadi musuh dan membenci Islam, namun kelonggaran hukum ini mampu mengurangkan konflik.
Yang peliknya di sana siap berjuang untuk berpurdah, namun di sini sebahagian berjuang untuk berbogel.
Jadilah cerdik macam pelajar di sebuah universiti, dilarang berpurdah, namun mereka menggunakan topeng penutup hidung sebagai pengganti, atas alasan mengelak dari dijangkiti virus berbahaya. Tiada siapa dapat melarang mereka atas alasan itu.