Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Januari 16, 2011

Kampung Telok Talipon



Oleh MOHD HELMI IRWADI MOHD NOR

KEUNIKAN namanya pasti menimbulkan seribu satu persoalan kepada pengunjung luar yang melalui sebuah kampung berdekatan Alor Star.

Mengapa sebuah kampung kecil kira-kira 15 kilometer dari ibu negeri Kedah itu boleh diberi nama Kampung Telok Talipon, seolah-olah menggambarkan kewujudan banyak telefon satu ketika dulu.
Apa pula keistimewaan kampung itu hingga perlu ada banyak telefon atau ejaan lamanya talipon, sedangkan kemudahan berkenaan sepatutnya ada di bandar besar.

Bagi merungkai persoalan itu, penulis berkesempatan menemubual Omar Ali, 72, ‘orang lama’ kampung berkenaan.

Menurut Omar, sejarah kampung itu bermula sebelum 1941 apabila tentera Britain yang menguasai Tanah Melayu ketika itu memasang wayar telefon di sepanjang jalan dengan menggunakan tiang kayu sebagai petunjuk untuk menuju ke kawasan sekitarnya.

Katanya, ini berikutan kampung berkenaan dipenuhi hutan dan semak-samun dan sebagai langkah keselamatan menghadapi ancaman musuh, tentera Britain terpaksa memasang kemudahan itu sepanjang lebih 10 kilometer bermula dari Kuala Kedah sehingga ke Alor Janggus.

Bagaimanapun, mereka tidak mampu melawan kerakusan tentera Jepun menakluk Tanah Melayu yang terkenal dengan kekayaan rempah ratusnya hinggakan kampung sekecil itu turut menjadi tawanan tentera Nippon antara 1941 hingga 1943.

Dengan kemudahan wayar yang dipasang, tentera Jepun menjadikan petunjuk wayar terbabit sebagai jalan untuk ke Alor Janggus dan Ayer Hitam bagi menguasai kawasan sekitar utara tanah air dengan menjadikan Balai Polis Kuala Kedah sebagai tempat permulaan mereka ke destinasi.

Bagaimanapun, tentera Jepun hanya mampu bertapak dua tahun di negara ini sebelum meninggalkan kampung terbabit dengan menyerah kalah kepada tentera British pada 1943, dan kemudian terbentuklah nama ‘Kampung Telok Talipon’ disebabkan wayar telefon yang dipasang sebagai petunjuk jalan.

Menurut Omar, sejarah awal kampung itu diceritakan penduduk asal ketika dia dan isterinya berhijrah ke situ pada 1950-an.

Katanya, di kampung itu juga ada tapak peninggalan sejarah iaitu Kota Tok Kendara yang diambil sempena nama Raja Kedah terdahulu.

Kota yang turut mempunyai sebuah kolam mandi itu dikatakan menjadi tempat istirahat raja dan bersuka ria.

Difahamkan, kawasan kota terbabit juga dijadikan tapak pengebumian askar Jepun dan Britain yang terkorban ketika pertempuran untuk menguasai Tanah Melayu dulu.

Omar yang lebih 50 tahun mendiami Kampung Telok Talipon mendakwa pernah menjumpai peluru, besi dan meriam tinggalan penjajah sewaktu datang ke kampung berkenaan.

Katanya, antara tinggalan penjajah yang dijumpai adalah Meriam Katak Puru dan Meriam Badak Berendam yang kini diletakkan di Muzium Kota Kuala Kedah sebagai artifak untuk diingati.

Kini, sudah 68 tahun kampung itu terbentuk dengan penduduknya hidup aman serta menjadikan tanaman padi sebagai sumber pendapatan, selain keindahan sawah padi yang mengasyikkan untuk dinikmati pengunjung.

Selain itu, kampung yang berdekatan kawasan pantai Marina Kuala Kedah dan bersebelahan pasar di Tandop Kubang Rotan itu juga adalah ‘syurga’ bagi mereka yang ingin mendapatkan ikan dan sumber laut murah.


Kampung Telok Talipon, Alor Setar, Kedah


Kampung Telok Talipon terletak 15 kilometer dari Alor Setar dan berada di sempadan kawasan Kubang Rotan dan Kuala Kedah

Mempunyai lebih 500 penduduk daripada 115 keluarga

Kebanyakan penduduknya adalah petani dan nelayan


HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive