Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Januari 27, 2011

Apabila Pak Menteri Dangkal Ilmu

Susulan sidang khas: TPM, Noh Omar dangkal, kata pegawai MB

Muhyiddin berkata Khalid harus meletak jawatan selepas gagal meminda perlembagaan negeri.


KUALA LUMPUR, 27 Jan — Kedua-dua Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Noh Omar didakwa memperlihatkan “kedangkalan ilmu” apabila meminta Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan menteri besar hanya kerana usaha meminda perlembagaan negeri gagal memperoleh undi dua pertiga Isnin lalu.


“Kenyataan yang dilakukan tanpa berpandukan kepada fakta dan undang-undang menampakkan kedangkalan ilmu seseorang.


“Malang sekali ia dikeluarkan oleh seorang yang masing-masing bergelar timbalan perdana menteri dan menteri kanan persekutuan,” kata Setiausaha Politik kepada Khalid Faekah Husin dalam satu kenyataan hari ini.


Semalam, Khalid  telah menolak keras gesaan Muhyiddin, timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, agar beliau meletakkan jawatan Menteri Besar Selangor ekoran kegagalan kerajaan negeri meminda perlembagaan negeri.


Noh juga melahirkan pendirian yang sama sebelum ini.


“Beliau (Muhyiddin) tidak baca undang-undang Parlimen,” kata Khalid menjawab kenyataan sehari sebelum itu di Brunei bahawa seseorang menteri besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam sidang Dewan Undangan Negeri patut meletak jawatan.


Beliau berkata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah menteri besar terbabit.


“Sepatutnya beliau (Menteri Besar) meletak jawatan kerana tak dapat sokongan majoriti di DUN,” katanya.


Selangor yang mengadakan sidang khas Isnin lalu gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959.


Usul pindaan rang undang-undang, yang dibentangkan oleh Khalid, bertujuan mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor iaitu Setiausaha Kerajaan Selangor, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.


Mengulas lanjut kenyataan Muhyiddin dan Noh, Faekah menyindir, pelajar undang-undang pun maklum bahawa mengikut perlembagaan hanya satu sebab yang memberi alasan untuk memaksa seorang ketua kerajaan meletakkan jawatan.


Noh juga merupakan timbalan pengerusi Umno Selangor.


“Ini disebut dalam  Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan yang mana apabila ketua kerajaan berkenaanhilang sokongan majoriti  dalam Dewan. Peruntukan yang sama diulang oleh semua undang-undang tubuh negeri di Malaysia,” katanya.


Oleh itu kata Faekah, adalah jelas di Dewan Negeri Selangor pada 24 Januari lalu, Khalid masih mempunyai sokongan majoriti Adun.


Katanya, ia bukan sekadar majoriti mudah atau majoriti biasa walaupun ia bukan majoriti dua pertiga.


“Sokongan yang miliki Tan Sri Khalid Ibrahim ialah 34 daripada 55 ahli Dewan.


“Kita tidak hairan apabila kedua-dua menteri tersebut sanggup merendahkan tahap pengetahuan kerana Umno mahu lari dari isu pokok yang sepatutnya menjadi asas perbincangan,” katanya.


Faekah menambah, rakyat jelas melihat bagaimana Umno sanggup lari daripada tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negeri dan Raja-raja Melayu.


“Malu dengan tindakan biadab mereka tersebut lantas cuba memesongkan dan mengalihkan isu sebenar dengan meminta sesuatu yang sememangnya mereka tidak mempunyai hak.


“Pada mereka semuanya adalah politik kampungan sedang kita begitu serius dalam agenda mempertahankan maruah negeri yang mendapat dokongan rakyat,” katanya.


Faekah juga berkata kerajaan negeri bersedia menyelesaikan kerenah persekutuan sejak 1993 yang gagal dikesan oleh Umno Selangor sejak  sekian lama.


Jelasnya, pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh kerajaan negeri gagal kerana Umno-BN enggan menyokong. Kami bersangka baik yang mereka komited dengan cita-cita mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-raja.


“Rupa-rupanya Umno-BN hanya menanam tebu di bibir.


“Mereka hipokrit; bertopengkan (slogan) rakyat didahulukan dan ‘Daulat Tuanku’, namun membenarkan kedaulatan negeri dirobek persekutuan,” katanya.


Bagaimanapun ujar Faekah, meskipun kerajaan negeri gagal meminda perlembagaan, namun masih melihatnya sebagai satu hikmah.


“Rakyat dapat melihat dengan jelas kepura-puraan Umno selama ini.


“Apatah lagi perilaku Ketua Pembangkang Umno pada hari tersebut tidak ubah seperti badut sarkas yang membuat lawak di sepanjang sidang Dewan. Bukan sahaja amat memalukan dengan kehadiran tetamu luar termasuk daripihak istana, lebih menjolok mata lagi ia telah merendahkan martabat institusi Dewan, institusi tertinggi negeri Selangor. Umno akan selamanya terhalang dari segi moral untuk memperkatakan soal mempertahan maruah negeri dan rakyat Selangor apatah lagi kedaulatan Raja-raja Melayu,” katanya.


Beliau juga berkata, hakikatnya meskipun Pakatan Rakyat sedih kerana gagal mengembalikan hak negeri dan Sultan, namun Umno jauh “lebih mengecewakan” apabila wakil-wakil rakyat mereka telah menunjukkan mutu pemikiran dan hujahyang sangat rendah.


“Apatah lagi bukan sahaja rakyat Selangor yang melihatnya tetapi seluruh dunia kerana sidang mesyuarat tersebut disiar secara langsung ke seluruh dunia,” katanya.



TMI


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive