Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Januari 18, 2011

Momokan BN "Barang Naik" tepat

Tidak lama dahulu, Menteri Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob mengalakkan orang ramai menanam kangkung dan sayur-sayuran untuk membendung kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran.

Galakan itu mendapat ejekan dari orang ramai, walaupun surat khabar arus perdana tidak memberikan fokus khas mengenainya, kerana inilah satu kenyataan yang paling dangkal terpancut dari mulut seorang yang bergelar menteri.



Galakan bercucuk tanam sebenarnya tidak dibuat ketika harga sayur-sayuran naik mendadak. Ia sewajarnya dibuat setiap masa kerana bercucuk tanam itu baik untuk penjimatan dan kesihatan.

Malangnya, di Malaysia isu kenaikan harga ini disambut secara main-main oleh pihak yang berkuasa. Jika harga ayam naik, mereka akan menggalakkan rakyat menternak ayam. Jika harga telur naik, pihak yang berkuasa akan menyeru rakyat supaya kurangkan makan telur. Usaha dari pihak berkuasa untuk membendung kenaikan harga, langsung tidak nampak.

Apabila pembangkang samakan makna BN yang bermakna Barisan Nasional dengan barang naik (BN), mereka marah-marah. Hakikatnya, mereka berada di sana untuk menjaga kepentingan taikun-taikun besar, mereka yang mempunyai AP (permit impot) barang-barang keperluan untuk menaikkan harga barang-barang tanpa ada kuasa menyekatnya.

Jadi, apabila rakyat tidak mengundi BN, kerana takut dengan undi itu harga barang-barang akan terus naik, ia adalah satu tindakan munasabah dan wajar. Kepentingan anak-anak untuk bersekolah, dengan kos kehidupan yang meningkat setiap masa menyebabkan rakyat tidak perlu lagi menunggu manifesto BN dalam pilihan raya.

Harga beras sudah naik mendadak. Harga gula, selepas beberapa kali bekalannya berkurangan, juga naik. Biasanya bila harga gula naik, segala-galanya naik termasuk kuih-muih, teh tarik dan segala makanan yang dikaitkan dengan penggunaan gula.

Terkini, Ismail Sabri mengatakan kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa dengan kenaikan harga barang-barang termasuk bawang merah. Kononnya bawang merah ini datangnya dari India. Disebabkan India dilanda banjir, maka harga bawang merah secara otomatik naik.

Sebenarnya, bawang merah juga ada yang didatangkan dari Indonesia, Thailand dan China. Namun, bila bawang merah dari India jadi mahal, maka serta-merta bekalan bawang merah dari negara-negara lain, turut berkurangan.

Apakah, sebagai menteri yang bertanggungjawab dan sebagai kerajaan yang mengamalkan slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, kenapa tidak ada unjuran kepada keperluan kepenggunaan barang-barang keperluan seperti ini?

Apa tugas mereka di kementerian, membiarkan sahaja apa yang nak naik, apa yang nak berkurangan dan apa yang hendak disorokkan? Misalannya kekurangan harga minyak masak sekarang, bukankah ini sungguh menjelikkan? Apakah kementerian boleh melihat kesusahan rakyat yang memerlukan minyak masak paket itu?

Memang pak menteri tidak memerlukannya kerana pak menteri mempunyai cukup duit untuk membeli minyak kacang dan minyak sayur-sayuran yang lebih mahal, tetapi bagi rakyat marhein, kekurangan bekalan di pasaran ini sebenarnya menyusahkan kehidupan.

Bayangkan betapa sukarnya mereka yang menjalankan perniagaan membuat kuih-muih, mereka yang berniaga makanan bermasak dan mereka yang menjual goreng pisang. Kesukaran ini kerana mereka bernaung di bawah kerajaan yang tidak prihatin dengan kesusahan rakyat bawahan.

Usah dibincangkan soal harga ikan yang terlalu mahal di pasaran sekarang. Nasib baiklah, tanpa ikan, anak-anak boleh makan ayam. Tetapi harga ayam juga bukan murah walaupun bekalannya bukan diimpot.

Ketika menteri mengalakkan rakyat menanam sayur, dia sebenarnya mahu melepaskan rasa tanggungjawabnya untuk membela rakyat yang terperangkap dengan kenaikan harga sayur-sayuran itu.

Nasib baik, apabila harga ikan naik, pak menteri mencadangkan semua rakyat yang ingin makan ikan, pergi ke laut menjaring ikan atau ke sungai, untuk memancing sendiri.
Pelik sunggu situasi sekarang ini. Semua pihak kelihatan tidak mampu berbuat apa-apa. Serba-serba serbi mahal tetapi kualiti tidak langsung boleh dibanggakan.

Ambil contoh kenaikan harga alat ganti kereta. Bila ada kemalangan jalan raya yang melibat kenderaan berat dan kereta, maka timbullah cerita kenderaan tersebut, termasuk bas menggunakan alat ganti tiruan.

Kenapa mereka menggunakan alat ganti tiruan? Tentulah kerana alat ganti tiruan itu lebih murah dari alat ganti asli. Tetapi, yang dikatakan murah itu, bukanlah murah dalam erti kata sebenarnya, tetapi harganya lebih rendah dari harga alat ganti asli. Akibatnya, banyak nyawa melayang.

Di Malaysia, cukup banyak barangan tiruan. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, barang palsu. Disebabkan menterinya tidak bertanggungjawab, maka negara ini menjadi tempat lambakan barang-barang tiruan atau palsu.

Sebut sahaja jenama jam tangan, baju dan seluar selain alat ganti kereta, semuanya ada yang tiruan. Malahan, dipercayai apa yang dijual di uptown di merata tempat di Kuala Lumpur, termasuk di Jalan Petaling, tidak ada satu pun barangan asli. Tetapi, apakah ada KPDNKK peduli semua ini.
Atau, mereka tidak tahu semua ini?

Hari ini, heboh cerita kononnya pusat-pusat perubatan swasta mengenakan cas yang tinggi kepada pesakit. Tetapi, apa yang kerajaan dan Kementerian Kesihatan boleh lakukan?

Kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang menyokong kenaikan harga barang-barang. Jika mereka tidak menyokong kenaikan harga barang-barang keperluan ini, tentulah mereka akan menghalangnya kerana kuasa ada di tangan mereka.

Akhirnya, mereka berjumpa rakyat dengan cerita-cerita basi; "kalau nak bandingkan dengan harga di negara jiran, harga di negara kita lagi murah". Inilah ayat mereka setiap kali mereka turun ke bawah.

Padahal, mereka sepatutnya mengatakan bahawa "kami memang tidak pernah mahu menghalang kenaikan harga barang kerana di sinilah berlakunya banyak rasuah" yang menguntungkan mereka sendiri.

Ketika penoreh getah menerima khabar gembira dengan kenaikan harga getah di pasaran, tetapi dalam masa yang sama, mereka terpaksa membayar harga tinggi untuk membeli beras, minyak masak, gula dan barang-barang keperluan lain termasuk kasut sekolah anak, baju sekolah dan beg yang tidak pernah turun seperti mencurah-curahnya hujan turun ke bumi! 

DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Kenape dia orang nak marah...

    Memang itulah gelaran yang patut mereka terima...

    Barisan Nasional (BN) Barang Naik ...ada serupa jugak...

    He he

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive