Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Januari 25, 2011

Usul Pindaan : 34 Sokong , 20 Tolak



SHAH ALAM 24 JAN : Usul pindaan perlembagaan negeri Selangor berhubung soal pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri tidak dapat diluluskan ekoran ketiadaan sokongan dua pertiga Dewan Undangan Negeri.

Usul itu mendapat sokongan daripada 34 anggota dari Pakatan Rakyat manakala 20 wakil rakyat Barisan Nasional menolak.

Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Pakatan Rakyat mempunyai 35 wakil rakyat termasuk Speaker Datuk Teng Chang Khim manakala wakil Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah telah diisytiharkan sebagai telah hilang kelayakan sebagai Adun.

Usul pindaan Perkara 52 (1) Undang-undang tubuh Kerajaan Selangor 1959 dibentangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pagi tadi.

Dalam twitter Menteri Besar Selangor dalam reaksi ini berkata "Hasil undi: 34 sokong, 20 tolak. BN menolak pengembalian kuasa kpd DYMM Sultan & Kerajaan Negeri. Usaha tadbir negeri dgn baik diteruskan."

Dalam satu kenyataan media, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penolakan usul ini juga membuktikan bahawa Umno yang sebenarnya tidak menghormati sama sekali institusi Raja-raja Melayu dan tetap menghalang Raja-raja Melayu daripada memainkan peranan yang sepatutnya dalam institusi Raja Berperlembagaan.

Sikap hipokrit pihak Umno kini jelas ternampak dalam rekod mereka yang secara konsisten menafikan kuasa Raja-raja Melayu, terutamanya pada tahun 1983, 1993 dan kini, 2011.

Sidang Dewan hari ini membuktikan pemimpin Umno sebenarnya tidak layak untuk menyentuh soal kedaulatan Raja-Raja kerana belang mereka telah terbongkar. Mereka menuduh Pakatan Rakyat tidak menghormati peranan Raja-raja tetapi sebenarnya Umno yang menghakis kuasa Raja-raja melalui pindaan-pindaan Perlembagaan yang telah dilakukan.

"Walaupun kita mungkin tidak berjaya untuk membuat pindaan, majoriti ahli Dewan telah menyokong. Ini tidak akan mematahkan semangat Pakatan Rakyat. Malah, isu ini telah menguatkan lagi tekad Pakatan Rakyat untuk membuktikan kewibawaan kami dan memperolehi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya kelak supaya pindaan ini dapat dibangkitkan semula" katanya.

tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive