Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Januari 13, 2011

Terengganu edar jarum percuma untuk penagih?


Dr. Syed Azman Syed Ahmad
Naib Presiden Majlis AIDS Malaysia Datuk Zaman Khan ketika berucap pada majlis Hari Memperingati AIDS Sedunia 2010 peringkat kebangsaan di Kuala Terengganu beberapa bulan lepas mendedahkan bahawa lebih 70 peratus daripada 87,710 penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah terdiri daripada kalangan umat Islam. Beliau berkata lebih membimbangkan laporan sesi khas perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGASS) Deklarasi Komitmen mengenai AIDS menyatakan sembilan rakyat negara ini dijangkiti penyakit tersebut setiap hari.
Lebih membimbangkan lagi adalah sebanyak 35.9 peratus kes jangkitan berlaku di kalangan golongan muda antara umur 13 hingga 29 tahun dan sehingga kini telah berlaku 13,394 kes kematian yang dilaporkan berkaitan AIDS. Kaum lelaki merupakan jumlah paling ramai dijangkiti HIV dengan 92 peratus kes manakala wanita dan gadis kurang daripada 10 peratus kes. Manakala punca utama jangkitan HIV/AIDS adalah penagihan dadah dengan menggunakan jarum dan bertukar jarum yang kotor. Namun peningkatan kes baru pula, kebanyakannya membabitkan hubungan seksual yang tidak selamat secara heteroseksual antara lelaki dan wanita, selain lelaki dan lelaki menerusi hubungan seks homoseksual yang kini meningkat kepada hampir 30 peratus.

Mengulas mengenai jangkitan di Terengganu, beliau berkata sebanyak 315 kes baru dilaporkan pada tahun lepas. Angka itu meletakkan Terengganu di tempat keempat tertinggi selepas Kelantan (596), Pahang (431) dan Selangor (378), beliau.

Pada majlis yag sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. Abd. Rahman Mokhtar menyatakan bahawa kerajaan negeri kini sedang giat memperkenalkan program pemberian dan pengedaran ‘Jarum dan Alat suntikan’ secara percuma kepada penagih dadah di seluruh negeri Terengganu. Beliau mendedahkan bahawa dalam tempoh dua minggu sahaja seramai 216 penagih dadah di sekitar bandar Kuala Terengganu telah menyertai Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan (NSEP) anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Komuniti Cakna Terengganu (KCT).

Beliau menambah lagi bahawa sambutan tersebut membuktikan tahap kesedaran pengguna dadah tentang jangkitan HIV/ Aids melalui pertukaran jarum suntikan di negeri ini semakin meningkat. Rasional pemberian jarum suntikan secara percuma kepada penagih dadah di Terengganu adalah kerana polisi ini dapat mengurangkan jumlah kes HIV/ Aids di negeri ini sekali gus mengurangkan kos rawatan setiap pesakit yang telah dijangkiti. Melalui program sedemikian, pihak kerajaan hanya perlu memperuntukkan RM500 setahun untuk memberikan alat suntikan secara percuma kepada setiap penagih dadah berbanding dengan RM600 sebulan untuk merawat setiap pesakit yang dijangkiti HIV/Aids.

Namun pelbagi persoalan yang kini timbul di kalangan masyarakat dan warga Kuala Terenganu. Apakah benar dengan pengedaran pemberian Jarum dan Alat suntikan secara percuma kepada penagih dadah di seluruh negeri Terengganu, ia akan dapat mengurangkan jumlah kes HIV/ Aids di negeri Darul Iman ini? Bagaimana pula dengan nasib penagih-penagih dadah yang di bekalkan dengan Jarum dan Alat suntikan secara percuma? Apakah mereka ini akan dibiarkan menagih sampai mati dengan begitu sahaja tanpa suatu polisi penyelesaian yang mantap serta berkesan? Ini semua antara persoalan yang mendapat pelbagai reaksi negatif di kalangan masyarakat dan warga

Ya, mungkin polisi pemberian jarum dan alat suntukan secara percuma ini berkaitan rapat dengan negeri Darul Iman yang telah mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun 2009. Malahan seperti yang di dedahkan oleh Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan bahawa kes pengedaran dan penagihan dadah di negeri Darul Iman kian serius dan memperlihatkan gejala amat membimbangkan dengan peningkatan sebanyak 14 peratus sehingga September lalu berbanding tempoh yang sama tahun 2009. Lebih menakutkan lagi, berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

Namun seperti yang didedahkan oleh Tan Sri Dr Mohamed Salleh Mohamed Yasin, Pengarah Institut Kesihatan Global Antarabangsa, sebuah agensi di bawah Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bahawa trend peningkatan kes HIV/Aids di Malaysia ketika ini bukan lagi disebabkan masalah penagihan dadah dan penggunaan jarum suntikan, sebaliknya hubungan seks yang tidak selamat lelaki dengan perempuan serta aktiviti homoseksual antara lelaki sesama lelaki. Jadi, dimanakah rasional dan kewajaran pengedaran pemberian Jarum dan Alat suntikan secara percuma kepada penagih dadah di seluruh negeri Terengganu?

Persoalan besar yag timbul kini, apakah jalan terbaik baik bagi mencegah penularan HIV/AIDS? Apakah dengan mensasarkan penagih-penagih dadah dengan pemberian jarum percuma semata-mata ataupun dikalangan remaja yang kini terdedah dengan seks bebas tanpa menggunakan ‘alat keselamatan’? Rasionalnya kalau pemberian jarum secara percuma kepada penagih dadah dianggap boleh mencegah penularan HIV/AIDS maka apa salahnya kalau kerajaan turut mengedar kondom secara percuma kepada para remaja kerana ini merupakan amalan ‘seks selamat’ (safe sex) yang juga mampu mencegah penularan HIV/AIDS di negeri Terengganu.

Ya ini semua rasional lojik akal yang tidak berpaksikan agama. Nagara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah telah lama mengamalkan polisi pemberian jarum serta kondom secara percuma! Namum sehingga kini mereka gagal menyelesaikan masalah HIV/AIDS di negara mereka sendiri. Tiada pilihan, jalan terbaik mengekang penularan HIV/Aids ialah dengan kembali kepada ajaran agama…selamatkan Gganukite.


HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive