Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Januari 24, 2011

Kesian dia ni, gagal dididik rupanya.

Kesian dia ni sorang.
Memang dia ni kalau masuk periksa memang boleh dikategorikan sebagai gagal mendapat didikan dari guru ugama yakni UMNO gagal didik dia.
Atau mungkin pada pandangan ana sengala nak buat isu supaya orang tak bincang pasal kisah kenapa dia ditolak serta gagal menjadi calon semula dalam PRU 12 hasil dari tersebar video lakonan yang beliau sendiri akui , dirinya melakonkan watak lelaki filem porno diatas ranjang. Jadi agar masyarakat Cina yang menolak beliau tidak memperkatakan isu itu, maka dibawalah isu tak bersalam
dengan lelaki bukan mahram oleh calon PAS di Tenang. Apa yang peliknya, kenyataan sinis menghina Islam ini disokong oleh sahabat ana, (malunya ana), Menteri yang lahir dari seorang pejuang PAS di Yan ini sehingga menyatakan PAS tidak pernah meletakkan calon wanita didalam pilihanraya sebelum ini.
Kesian dia, macam juga Dr Mahathir, Melayu mudah lupa dan sejaranh negara pun depa sudah lupa, siapa Khatijah Sidek di Terengganu , bukankah beliau merupakan wakil PAS ketika itu?.
Bebalik kepada isu Soi Lek ni, ana rasa beliau perlu dididik lagi oleh rakan yang lain, tetapi bukan UMNO oarangnya yang layak mendidik mereka ini, takut nanti tidak menemui jalan yang lurus dan benar.

Nak cakap bab Islam Soi Lek oi, bukan tanya pada UMNO, tetapi marilah belajar daripada orang yang lebih mengetahui dan mengamalkan ilmu Islam. Jangan pula nanti nak tanya bab fesyen Islam, ditanya DS Rosmah pula, nanti dia bawa DS pi ke Monaco
tunjuk fesyen dedah dan hina Nabi Muhammad , dikatakan pakaian Islam. Oleh itu mulut DS Soi Lek ni kena hati-hati sikit bab Ugama Islam ni ye.

Rakyat bimbang nanti bila dah elok kes DS berlakon filem yang diakui sendiri oleh DS tu, timbul semula, susah pula nanti, nak letak muka dimana. Ketua Wanita MCA sendiri pun sanggup letak jawatan Timbalan Menteri dan Ketua Wanita yang menjanjikan habuan lumayan kerana membantah lakonan DS tersebut.

Moga kes yang melibatkan salamm dan sarong tangan ini tidak dijaja lagi oleh TPM yang ternyata telah digelembong oleh DS sorang ni.

mppendang

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive