Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Januari 18, 2011

Kirim ‘ayaq kencing’ kepada Menteri Pelajaran?


Wakil ibubapa Sekolah Menengah Sains Sabah, Bukit Padang yang berang dengan sikap Sekolah Terbaik di Sabah itu menangani krisis air yang semakin meruncing menyebabkan beliau memberi notis 14 hari...

kepada Jabatan Pelajaran Sabah dan Pengetua Sekolah berkenaan untuk menyelesaikan isu berkenaan; atau beliau akan mengirim ‘air kencing’ kepada Menteri Pelajaran!

Seorang ibu muda, Siti, ketika menghubungi Sabahkini.net memaklumkan bahawa beliau sudah putus asa dan kecewa dengan sikap sekolah berkenaan yang memandang isu bekalan air sehingga anaknya mengalami penyakit gatal kulit dan menghidap pelbagai penyakit dan mendesak untuk belajar di sekolah lain.

“Anak saya mengadu ada cacing dalam kolam mandi yang menjadi takungan air. Tidak tau dari mana mereka angkat air. Lebih teruk dia terpaksa kurang makan kerana sukar untuk membuang air besar akibat ketiadaan air di tandas dan terpaksa mengangkat air. Bila dia nampak cacing terus ketakutan,” ujar Siti yang kesal dengan sikap Menteri Pelajaran Malaysia yang gagal menyelesaikan isu bekalan air di sekolah berkenaan sejak berpuluh tahun lalu.

Kata Siti, menurut doktor, anaknya menghadapi masalah sembelit kerana najisnya dikitar semula oleh tubuh sehingga menyebabkan nafas anaknya berbau memandangkan anaknya terpaksa menahan najis dan terpaksa berlapar sehingga sistem perkumuhan dan penghadamannya terganggu.

“Saya tidak mempunyai pilihan lain. PIBG dan campurtangan semua pihak bagaikan mencurahkan air ke daun keladi kerana pihak sekolah tidak mengambil sebarang inisiatif dan mencadangkan agar bekalan air ke sekolah ini diswastakan segera,” ujar Siti yang mengharapkan notis 14 hari melalui Sabahkini.net adalah mencukupi untuk pihak sekolah menangani masalah yang sudah bertahun melanda sekolah ini.

Sebelum ini kata Siti, pihaknya mendengar Sekolah Menengah Sains Lahad Datu menghadapi masalah ketiadaan bekalan air selama 12 tahun, namun pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dan Jabatan Air telah menyelesaikan masalah tersebut dengan sempurna.

“Kurangkanlah masalah birokrasi dan terlalu banyak berdalih. Yang kami mahu tahu bila bekalan air dapat dipulihkan? Jika tidak kami sudah berpakat untuk menganjurkan demonstrasi dan anak-anak kami terpaksa ‘mogok’ belajar,” kata Siti seraya memberi amaran keras kepada Pengarah Jabatan Pelajar Sabah yang terlalu lembab mengambil tindakan berhubung aduan ibubapa.

Menurut siasatan Sabahkini.net, sekolah yang ditubuhkan pada 1 Januari 1984 dan mempunyai 600 murid berkenaan mengalami masalah bekalan air sejak dibina; sama dengan masalah yang dihadapi oleh Sekolah Menengah Sains Lahad Datu.

Sebagai sebuah sekolah Kelas A dan diiktiraf Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sekolah Nombor 1 di Sabah kerana bertaraf lima bintang dalam bidang ICT, kejadian ketiadaan bekalan air ini tidak sepatutnya berlaku kerana terletak bersebelahan dengan Padang Golf Kinabalu & Country.

Sekolah ini mencipta rekod kerana pada 24 Julai 2009, empat pelajar sekolah ini telah disahkan mengidap H1N1 sehingga sekolah ini dikuarantinkan selama satu minggu bermula 24 Julai sehingga 31 Julai 2009.

Dalam pada itu, Pengetua sekolah, Haji Zaini Zair ketika dihubungi mengakui pada hari pertama dan kedua sesi persekolahan 2011, sekolah mengalami masalah bekalan air disebabkan tekanan rendah di semua paip Jabatan Air Sabah yang membekalkan air ke sekolah berkenaan.

“Itu di luar bidang kuasa kita. Bukan sahaja sekolah kami, malah semua dikawasan Bukit Padang terlibat. Kita telah berusaha menambaik sistem bekalan air agar pembelajaran tidak terganggu, tetapi jika masalah tekanan rendah kita tidak dapat berbuat apa-apa,” ujar Zaini yang mengakui ada ibu bapa dan pelajar telah membuat aduan rasmi kepadanya.

Menurut Zaini lagi, masalah bekalan air di sekolah tersebut bukanlah isu baru, namun pihaknya berjaya mengatasi, termasuk pengetua sebelum ini dan pihaknya telah melakukan yang terbaik untuk mengatasi masalah gangguan bekalan air.

“Soal cacing dalam kolam adalah isu yg agak kecil kerana kolam takungan air terletak di tanah. Tidak mendatangkan mudaratpun kerana semua air yang ditakung adalah daripada bekalan Jabatan Air dan bukannya air kotor atau tidak terawat,” ujar Zaini yang meminta agar ibubapa dan pelajar bersabar kerana pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran sedang berusaha meningkat keupayaan bekalan air sejak beliau menjadi pengetua sekolah tersebut pada 2008.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Air Sabah tidak dapat dihubungi kerana bertugas di luar kawasan namun Jurucakap Jabatan Air mengesahkan pihaknya tidak mempunyai masalah tekanan air rendah di Kawasan Bukit Padang terutama sekolah berkenaan sejak pengswastaan bekalan air Kota Kinabalu dua puluh tahun lalu.

Bagaimanapun pihaknya berjanji akan menjalankan siasatan dan lawatan bersama dalam masa terdekat untuk mengesan punca masalah dan akan memaklumkan kepada Sabahkini.net berhubung isu berkenaan.- sab/kini/ASPALELA HASBULLAH HASSIM



sentiasa



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive