Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Januari 17, 2011

Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Merayau Dalam Keadaan Lemah Di Cheras


KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun ditemui merayau dalam keadaan lemah dan pakaiannya kotor di sekitar Damai Perdana, Cheras di sini Ahad malam.



Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob berkata kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Siti Aishah itu ditemui oleh orang awam ketika merayau seorang diri kira-kira pukul 9 malam.



Beliau berkata kanak-kanak itu tidak dapat memberitahu nama ayah dan ibunya serta tempat tinggalnya mungkin kerana masih dalam keadaan yang bingung dan lemah.



Katanya orang awam yang menemui Siti Aishah membawa kanak-kanak itu ke Balai Polis Damai Perdana, dan kanak-kanak itu hanya dapat beritahu yang dia bersekolah di sekitar Sungai Besi Indah.



"Kanak-kanak itu yang ditemui sehelai sepinggang memakai t-shirt putih bercorak kartun 'Ratatouille', berseluar trek hitam, selipar kelabu dan memakai cekak rambut berwarna merah jambu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Balai Polis Damai Perdana di sini.



Azman berkata polis belum menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak di kawasan berkenaan, dan Siti Aishah kini berada dalam jagaan pihak polis buat sementara.



"Kami minta ibu bapa atau keluarga kanak-kanak ini supaya tampil ke balai untuk menuntutnya, atau hubungi balai polis Damai Perdana dengan menelefon 03-9105 6222," katanya dan menambah kanak-kanak itu sudah dibawa berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan dan dia didapati demam.



-- BERNAMA



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive