Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Januari 25, 2011

Gambar Terkini Suasana Pilihanraya Kecil DUN Tenang

Kemeriahan sesebuah pilihanraya kecil sememangnya berbeza dengan pilihanraya umum.



Tidak terkecuali semasa proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil kerusi DUN Tenang yang diadakan pada hari Sabtu lalu.



Dengan puluhan ribu penyokong yang datang dari segenap pelusuk negara, suasananya mampu mencetuskan persepsi positif kepada pengundi dan menyanggah sama sekali kenyataan Pengerusi SPR yang juga barua Umno-APCO yang tidak mahu terlalu ramai penyokong hadir setiap kali sesi penamaan calon diadakan!



Jalan Pulang dengan rendah diri mengabadikan kenangan manis dari hari penamaan calon sehingga hari ini!



Rangkuman gambar menarik ini semestinya dapat memberikan sisi pandang berbeza terhadap apa yang cuba difitnah media pencacai Barisan Najis!



Selamat menonton!






Kuasa Wanita!! Kelihatan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang berarak dengan penuh tertib melindungi Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga Ketua Wanita DAP, Chong Eng mengiringi calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman ke pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis pagi 22 Januari





Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama penyokong Pakatan Rakyat memegang sepanduk yang ditulis dalam Bahasa Mandarin berbunyi "Anti Barang Naik (BN)" selepas proses penamaan calon DUN Tenang selesai jam 1120 pagi 22 Januari lalu





Kelihatan calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman bersama skuad kempen Pakatan Rakyat bagi kerusi DUN Tenang memulakan langkah meraih sokongan pengundi semasa sesi walk-about sebelah petang setelah proses penamaan calon selesai sebelah paginya





"Silalah ambil buah limau Mandarin ini..." Mungkin itu kata-kata mesra calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman kepada seorang pengundi DUN Tenang semasa sesi walk-about sekitar pekan Labis petang 22 Januari





Calon Pakatan Rakyat, Cikgu Normala Sudirman menyapa mesra seorang penduduk keturunan Tionghua sambil menyerahkan sekeping kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina sejurus selesai proses penamaan calon 22 Januari





Sebahagian daripada petugas kempen Pakatan Rakyat bergambar kenangan bersama Ahli Parlimen Selayang, William Leong, Tian Chua dan beberapa pemimpin lain pada hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Tenang 22 Januari lalu.





Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin bergambar bersama di luar pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis pagi 22 Januari bagi memberikan sokongan penuh kepada calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman.





Tian Chua yang penuh santai sedang menyampaikan pidato pada ceramah pertama selepas penamaan calon sebelah pagi 22 Januari. Tian menyeru pengundi Cina supaya mengundi Pakatan Rakyat dan tidak lagi mempercayai Barisan Najis yang mengabaikan kebajikan rakyat!





Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sedang bersemangat menyampaikan ceramah kepada para pengundi DUN Tenang di Tenang Station, malam 22 Januari lalu





Normala Sudirman sedang bergerak menuju ke kawasan jualan basah di dalam pasar awam Labis semasa sesi pagi walk-about pagi 22 Januari lalu







Calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman tidak putus-putus menyampaikan ucapan "Selamat Tahun Baru Cina" kepada penduduk sekitar Labis semasa walk-about sesi pagi di pasar awam pekan itu. Tahun Baru Cina akan disambut empat hari selepas hari pengundian pada 30 Januari ini







Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bermesra dengan pengunjung sebuah kedai kopi Cina yang termasyhur di Labis sambil merayu undi sesi pagi sekitar pekan Labis 22 Januari





Pasukan kempen PKR dengan megahnya bergerak meronda sekitar pekan Labis yang sememangnya menjadi tumpuan setiap kali penduduk menjalankan urusan seharian. Payah untuk melihat jentera kempen Umno-APCO bergerak sebegini tanpa "wang pelincir"!





Lihatlah betapa mesranya penduduk dan penyokong dengan pemimpin Pakatan Rakyat berkempen untuk Cikgu Normala Sudirman! Kelihatan Chua Jui Meng  dan Dr Mujahid Yusof bergerak dalam satu unit tersusun. Syabas!







Lihat betapa takutnya Umno-APCO! Sanggup memperalatkan anggota penguat kuasa Majlis Daerah Labis yang mahu menurunkan bendera dan kain rentang di pusat kempen PKR di pekan Labis!
 Foto-foto ihsan Facebook MediaRakyat




jalanpulang1978

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

6 ulasan:

  1. nape dalam tV tak pernah tunjuk gambar macam ni..

    BalasPadam
  2. huhuhu jgn diharap pd tv...itu umno punya hahah

    BalasPadam
  3. saya suka umno :) saya suka bn :) saya suka cakap.. PUKI LA LUUU! saya x suka bn bongok :( saya x suka bn tolol :( saya x suka cakap FUCK UUUUUU.
    p/s : terima kasih bn. saya sokong bn. bn bgus kpd rakyat. sy xkan tertipu dgn dakyah pembangkang. sy hadiahkan 1 simbol kepada bn tanda penghargaan saya. ini symbolnye _l_. :O

    BalasPadam
  4. KPD SY.SUKA UMNO.BETUL BETUL NGANGKUNG LA UMNO.SILA TENGOK FILEM NGANGKUNG .SEBIJIK MACAM UMNO & THE GENG ( BARISAN NGANGKUNG ).MEMANG TOLOL ORG YG UNDI BN.BN NAIK SEMUA NAIK .MANGKUK HAYUN BETUL ORG YG SOKONG BN.PTUIH.

    BalasPadam
  5. org UMNO..
    http://shamonaz.blogspot.com/2011/01/malas-kerja-kena-kerja.html

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive