Setelah seorang peguam yang juga merupakan ahli MCA bertaraf ahli seumur hidup bernama Ng Kian Nam berjaya menundukkan kerajaan Najib dengan hanya sepucuk surat bantahan terhadap bunyi azan di Masjid Al-Ikhlasiah Kampung Kerinci, MCA sudah mula 'naik tocang' - kini berusaha untuk 'menyelaraskan' bunyi azan di seluruh negara.
Bersembunyi di bawah alasan kawalan penggunaan pembesar suara 'di semua rumah ibadat', seorang naib presiden MCA, Gan Ping Siew menyarankan agar kerajaan melaksanakan satu bentuk kawalan agar semua 'rumah ibadat' mematuhi satu gharis panduan penggunaan alat pembesar suara.
Kita tahu, majoriti 'rumah ibadat' yang dimaksudkan ialah masjid dan surau. Bukankah sudah makin kurang ajar? Setelah Najib dengan mudah menghulur betis, kini MCA hendakkan paha... Umno, macam biasalah, menikus....
MCA CadangGaris panduan Bunyi Agama
Seorang naib presiden MCA dilaporkan telah meminta jasa baik perdana menteri dan pihak berkuasa agama termasuklah mufti-mufti supaya menggunakan isu azan yang berlaku hari ini sebagai satu peluang untuk mereka melaksanakan kawalan ke atas penggunaan pembesar suara di semua rumah ibadat dengan tujuan bagi mengelak perselisihan faham di kalangan mayarakat pelbagai kaum.
Sebelum ini MCA yang cuba mengelak terlibat secara langsung dengan kontroversi azan di masjid al-Ikhlasyiah di Kampung Kerinci, kini senator Gan Ping Siew mencadangkan satu garis panduan yang lebih jelas dan terperinci diwujudkan meliputi penggunaan pembesar suara.
Menurut Ping Siew yang juga timbalan menteri belia dan sukan, dengan adanya garis panduan tersebut yang lebih merujuk kepada penggunaan pembesar suara untuk azan, maka masalah seperti di masjid al-Ikhlasyiah dapat dielakkan di masa akan datang.
Namun begitu, cadangan beliau tidaklah mempersoalkan hak-hak seorang untuk beragama atau hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi (persekutuan) tetapi bertujuan bagi memudahkan umat Islam dan bukan Islam memahami satu sama lain.
Ping Siew (gambar) adalah pemimpin kanan MCA yang kini pertama secara terbuka berani mengenengahkan isu yang dikatakan sangat sensitif di kalangan orang Melayu selepas beberapa hari seorang peguam yang aktif di dalam MCA yang terlibat di dalam satu kontroversi azan di masjid al-Ikhlasyiah di ibu negara minggu lepas.
Ping Siew bimbang tindakan tidak terkawal ini boleh menyinggung perasaan dan hati orang lain yang tidak seagama dengan pengamalnya kerana sudah menjadi lumrah manusia yang sukakan sesuatu yang tenang dan suasana aman tanpa bunyian tertentu.
Beliau juga menggesa bunyi-bunyian agama lain seperti him, koir, bunyi loceng atau pukul gendang turut disentuh di dalam mewujudkan garis panduan tersebut bagi menghormati penganut agama lain. Beliau juga memberi contoh di kawasan kediaman majmuk di mana terdapatnya sebuah tokong Cina yang bersembahyang dengan bunyian yang tinggi tidak pernah mendapat bantahan dari orang Islam. Malah, orang Cina sendiri yang tinggal berhampiran pula yang membuat bantahan bunyi berkenaan.
Sebelum ini,Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan pihaknya telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyuruh pengurusan masjid berkenaan memperlahankan azan. Malah Jamil mendakwa perkara itu hanyalah satu helah politik pihak tertentu yang dikatakan cuba melaga-lagakan orang Islam dan bukan Islam.
Selepas solat Jumaat yang lepas, hampir 150 orang telah berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah (gambar kanan) mengadakan protes terhadap tindakan bersendirian peguam ahli MCA seumur hidup itu yang didakwa mendapat sokongan peringkat tertinggi negara dan turut mendesak pengadu itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Kini difahamkan isu ini telah selesai apabila peguam berkenaan yang tinggal di kondominium mewah di tingkat teratas telah dilaporkan telah pindah beberapa hari lalu.
Dalam satu pandangan oleh bekas Mufti Perlis semalam iaitu Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berpendapat umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan selain azan, yang dibuat melalui pembesar suara supaya tidak mengganggu orang luar dan juga mereka dalam masjid. Beliau mendakwa ini adalah arahan Nabi Muhammad sendiri sebagai memelihara Islam kekal dalam harmoni.
blog.marhaen.info
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK