Isnin, Januari 31, 2011
Sekular Itulah Jahiliyyah
Tuan Guru berdoa selepas menyampaikan ucapan di hadapan pelawat berbangsa India / Hindu.
Kelmarin setibanya saya di rumah selepas berada di Tenang, Johor selama tiga hari, saya dikejutkan dengan satu rombongan bas kaum India dari Hulu Selangor yang siap menunggu ketibaan saya. Mereka meminta saya untuk berucap sepatah dua kata dan saya menjemput mereka naik ke masjid jika ingin mendengar ucapan saya. Alhamdulillah, tanpa fobia dan takut, mereka naik ke masjid. Tidak tahulah pula saya jika langkah saya itu boleh menjadi isu kepada pihak-pihak tertentu. Namun bagi saya, Islam perlu diperlihatkan dengan wajahnya yang sebenar bukan hanya melalui lidah orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang Islam. Hasilnya, biarpun 50 tahun negara merdeka, orang bukan Islam masih belum memahami Islam sehinggalah perkara yang paling asas seperti soal larangan bersalaman antara bukan mahram pun masih dipertikaikan!
Islam adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliyyah. Ada yang nampaknya memarahi saya apabila saya membangkitkan soal jahiliyyah. Bahkan ada yang menafsirkan jahiliyyah hanyalah orang-orang Arab yang kafir di zaman Nabi Muhammad SAW. Sukalah saya ingatkan terhadap satu buku yang dikarang oleh Dr Muhammad Qutb yang bertajuk Jahiliyyah fil Qarnil Isyrin (Jahiliyyah di Kurun ke-20). Ini bukti saya bukannya orang pertama yang menyatakan jahiliyyah wujud di zaman ini.
Sukalah saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah jahiliyyah. Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliyyah walaupun tidak memakai nama jahiliyyah. Ia seperti menggelarkan zina dengan seks bebas, sekalipun nama berbeza dan dilembutkan nadanya, ia tetap zina. Dadah disebut morfin, heroin dan sebagainya, ia tetap dadah. Arak pula digelar minuman keras dengan pelbagai jenama, hakikatnya ia tetap arak yang diharamkan. Demikianlah sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan ism-ism yang diasaskan oleh manusia moden tetap merupakan benih jahiliyyah. Setiap masa dan saat, kita diberikan dua pilihan, Islam atau jahiliyyah. Pilih Islam ertinya selamat, menentang Islam bererti memilih jahiliyyah.
Ada yang berkata jahiliyyah hanyalah bermakna bodoh. Ini satu tanggapan yang salah. Tidakkah orang-orang Arab di zaman nabi merupakan orang-orang yang cerdik. Mereka pakar di dalam perniagaan, pakar peperangan dan pakar bahasa. Gelaran jahiliyyah bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam. Justeru Allah SWT berfirman :
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Yang bermaksud : “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.” Surah Al-Maidah ayat 50.
Saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu kuat menghentam saya, benarkah perjuangan UMNO berlandaskan Islam? Jika benar, rujuklah kembali kepada al-Quran dan al-Hadis sebagai dasar. Hairan saya, Timbalan Perdana Menteri sendiri boleh menakut-nakutkan kaum Cina di Tenang, Johor dengan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Dalam masa yang sama, PAS dituduh sebagai kuda tunggangan DAP. Jika TPM sendiri menyebut PAS tidak pernah menggugurkan agenda negara Islam, UMNO pula bagaimana? Difahami daripada kenyataan tersebut, UMNO tidak akan membawa Islam sebagai agenda perjuangannya. Hairan, jika disebut jahiliyyah mereka melenting, tetapi mereka sendiri menolak Islam. Situasi ini mengingatkan saya kepada bait-bait syair Iqbal, seorang penyair Paskitan ketika mengumpamakan senario umat Islam pada hari ini : Ke bumi tidak jatuh, ke langit tidak naik, sembah berhala pun tidak, sembah tuhan pun enggan.
Islam mengajar selepas mati ini akan nada hidup di akhirat. Sayang sekali, hidup akhirat ini tidak pernah meniti di bibir pimpinan UMNO. Sedangkan kepercayaan kepada hari akhirat merupakan tonggak kepada rukun iman dan Nabi Muhammad SAW seringkali mengingatkan dalam banyak hadisnya : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat……” Islam mengajar dunia ini milik Allah SWT, dipinjamkan kepada manusia sebagai khalifah. Sekular mengajar bahawa manusia berhak melakukan apa saja yang dikehendakinya apabila berkuasa. Islam mengajar bahawa setiap perbuatan manusia akan diadili di akhirat, jika baik natijahnya syurga dan jika tidak, natijahnya ialah neraka. Pernahkah syurga dan neraka disebut di daam ajaran sekular yang didokong oleh UMNO?
Ajaran sekular hanya memikirkan soal bagaimana untuk berkuasa. Etika dan undang-undang boleh diketepikan apabila tidak berpihak untuk mereka. Lihatlah di Tenang, dijanjikan peruntukan RM30 juta tanpa sedikitpun dijeling oleh SPRM. Barangkali bagi mereka, pengundi di Tenang boleh dibeli seperti membeli binatang ternakan. Rasulullah SAW hadir dengan membawa makanan roh bukannya makanan fizikal semata-mata seperti yang diamalkan oleh UMNO. Rasulullah SAW hadir bukan dengan menjanjikan projek seperti yang diibawa oleh UMNO kerana manusia memerlukan bukan hanya makanan fizikal tetapi juga makanan roh. UMNO masih beum cukup serik mempermainkan rakyat kerana hanya itu yang termampu dilakukan oleh mereka.
Seruan saya, baliklah kepada Islam. Islam yang adil, Islam yang membawa rahmat dan Islam yang menjanjikan kemenangan. Saya ulangi kembali pesanan saya kepada jentera pilihanraya PAS di Dun Tenang, kita bukannya memburu kemenangan di dalam pilihanraya di dunia semata-mata, tetapi kita memburu kemenangan di akhirat. Hari ini, PAS tewas di Tenang, namun PAS berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas amar makruf nahi munkar. Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa ke akhirat? Fikirkanlah.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Kg Pulau Melaka.
Bertarikh : 25 Safar 1432H / 30 Januari 2011M
sumber
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2011
(1908)
-
▼
Januari
(184)
- HADIAH KEMENANGAN BN
- Rupa - Rupanya Ali Rustam Tak Tahu Politik Tu Apa ...
- PELAJAR MESIR: JAWAPAN MUHYIDDIN DIKESALI
- Asingkan taik cicak tu...
- Pakai Honda 70 Pun Kena Speed Trap
- Sekular Itulah Jahiliyyah
- “Mungkin Ada PRK”
- Live Coverage: Keputusan PRK Dun Tenang
- Tak rasmi: BN berjaya kekal DUN Tenang
- TERGAMAK NAJIB TIPU RAKYAT
- Lawak Ahad: Janda Operate Selaput Dara (40SX)
- ERTI MEMENANGKAN BN DI TENANG
- JEPUN JUARA PIALA ASIA 2011
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 29/1/11
- GEMPAQ!!! 2 EKOQ LEMBU MASUK UMNGONG
- MP Padang Serai umum letak semua jawatan PKR
- Tiada Penari Bogel.. Tapi Dewan Tetap Penuh..
- Umngong Be eNd Gila Kuasa,Orang MC Pun Nak Kecoh
- Suami Untuk Disewa - Business Baru Di Malaysia
- Dah sah! pemimpin Umno memang bodoh
- Umno Sudah Tidak Terpikul Bebanan MCA, GERAKAN dan...
- Menyedarkan Chua Soi Lek
- Dosa yang lebih besar dari seribu kali berzina
- PRK Tenang : Kemenangan besar BN akan mengundang k...
- Guru Wanita Rogol Remaja 16 Tahun Bebas Dengan Ika...
- Logo Baru Liga Msia Macam Penyu PATA
- Soi Lek Makin Melalut
- Apabila Pak Menteri Dangkal Ilmu
- Pecah Rekod Beb!!! : 623 anak luaq nikah
- Alamak!..ramainya ahli kabinet Najib yang bodoh-bodoh
- Anwar: Hentikan label 'penderhaka'
- PRK Dun Tenang, buka wajah sebenar Umno
- Parti Kita: Zaid Ibrahim antara imej katak dan rua...
- LU KOYAK SALAH LOGO LA APEK
- KAMBING LEBIH LAYAK JADI MENTERI
- Bayi baru lahir ditemui mati ditikam
- Live Asian Cup 2011: Uzbekistan vs Australia
- Live Asian Cup 2011: Japan vs Korea Republic
- Ulamak Umno Pedagangkan Agama
- Gambar Terkini Suasana Pilihanraya Kecil DUN Tenang
- Mangsa Banjir Kecewa Kerana Tertipu
- Usul Pindaan : 34 Sokong , 20 Tolak
- Sarung Tangan Apa Ada Hal,Bukannya Kondom
- Chua Soi Lek: Tanya Din Kenapa Isterinya Pakai Tud...
- Kesian dia ni, gagal dididik rupanya.
- Bantuan di perlukan ! Kasihani adik ini
- Umno Bengong, MCA Tongong
- Pusingan 1: BN serang Cina, PAS gempur Melayu
- Wanita lumpuh selepas kena 'love bite' di leher
- Benarkah Najib Bapa Anak Haram?
- Anwar Cabar Najib Debat Isu Peribadi
- Anwar sedia balas taktik 'londeh' Najib
- Lawak Ahad: Made In Japan
- Modal Lapuk BN
- Dun: Umno putar belit tafsir undang-undang?
- Tukar Lokasi: PAS Dukacita Sikap SPR
- Video Dan Gambar Terkini Penamaan Calon Dun Tenang
- Pegawai Haram Pencegah Maksiat
- Speaker: Badrul tipu, SPR diberi notis kekosongan
- Bapa 4 Orang Anak Ditangkap Bersama Janda
- Pengundi Tenang diajak tinggalkan Umno BN
- Lari lintang-pukang diserbu khalwat
- Benarkah Harta Itu Fitnah?
- Tentera Jahat Berjaya Bunuh Seekoq Ayam
- ADUN Merlimau meninggal dunia
- Umno Selangor umpama 'bangkai bernyawa'
- Bunuh Isteri Hamil,Ambil Janin Buat Tangkal Loteri
- Lapan Ditahan Demo Di Program Thaipusam
- Hangpa nak sabotaj ka?
- Selangor Terkini Tiruan
- Sapa cakap Anwar taknak debat?
- DENDA CABUT RUMPUT GANTI SAMAN EKOQ?
- Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong
- UFO turun KL?
- Najib Ulangi Janji Santa Claus Di FELDA
- Anwar ulangi cabaran debat kepada Najib
- Sapa nak demam ni sebenaqnya beb?
- Penari seksi dan Isa Samad di jamuan 1Malaysia
- Perlu ke pembangkang fitnah Rais?
- Kirim ‘ayaq kencing’ kepada Menteri Pelajaran?
- Kerajaan UMNO-BN jatuh.. Ben Razak nak lari kemana?
- Momokan BN "Barang Naik" tepat
- Tuanku Sultan Puji Pembaharuan Yang Dibuat Menteri...
- Selepas kempen, cuba tukar suami calon
- Najib, itu speaker parlimen sudah kasi kontrol, it...
- Melayu Pun "Jeluok" Dengan UMNO....!!!
- Normala Sudirman calon PAS di Tenang
- Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Merayau Dalam Keadaa...
- Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Merayau Dalam Keadaa...
- Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Merayau Dalam Keadaa...
- Selamatkan umat Islam dari industri arak
- Kampung Telok Talipon
- Isu azan, imam masjid atau menteri yang menipu?
- Lawak Ahad: Bilik Hotel
- Debat Buku Jingga: Najib Tak Perlu Gusar, Kata Anwar
- Dr Asri: Benarkan hanya azan di pembesar suara
- Suami Untuk Disewa
- Lelaki Palestin sedang tidur ditembak 10 kali
- Pendidikan seks : Ibubapa jangan bimbang! Ada unde...
- Kesabaran Rasulullah SAW Dalam Berdakwah
-
▼
Januari
(184)
KITA PERLU JELAS BAHAWA ISLAM ADALAH AGAMA ALLAH. UMNO, PAS ATAU APA-APA PERTUBUHAN TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN AJARAN ISLAM. BEGITU JUGA DENGAN KETURUNAN DAN BANGSA. ISLAM DAH JELASKAN BAHAWA SETIAP MEREKA MEMATUHI RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN DENGAN BAIK MAKA ISLAMLAH MEREKA. YANG PERLU DISEMBAH DALAM ISLAM HANYA ALLAH. BUKAN MANUSIA. BUKAN NIK AZIZ, NAJIB ATAU SESIAPA. MANUSIA BIASA BUKAN NABI ATAU RASUL. NIK AZIZ BUKAN NABI DAN PASTINYA IA TIDAK PERLU DIPUJA. IA TIDAK MAKSUM. JANGAN SAMAKAN NIK AZIZ MACAM NABI ATAU AYAH PIN ATAU ASHAARI AL ARQAM.
BalasPadamSIAPA PULAK DALAM MALAYSIA YANG PUJA NIK AZIZ MACAM NABI.TAK PERNAH PUN AKU DENGAR ATAU BACA.KITA MENCINTAI NIK AZIZ SEBAB DIA ULAMAK YANG TAAT MENJALANKAN PERINTAH ALLAH DAN RASUL.ITU SAJA.DENGAN MENGATAKAN UMNO DENGAN PAS TIADA KENA MENGENA DENGAN ISLAM ADALAH SALAH.CUMA NAMA SAJA TIDAK ADA (ISLAM NI SYUMUL)DAN PERTUBUHAN INI ADALAH KESENAMBUNGAN KEPADA PERTUBUHAN2 YANG LAHIR KE DUNIA INI DARI BERKURUN LAMANYA UNTUK MENUBUHKAN NEGARA MENGIKUT ACUAN MASING2.ISLAM BUKAN SETAKAT RUKUN ISLAM/IMAN SAHAJA...IANYA MELIPUTI EKONOMI,SOSIAL,JENAYAH,YANG DI MAKSUDKAN OLEH NIK AZIZ DALAM TULISAN DIATAS ADALAH GOLONGGAN SEKULAR...YANG MEMISAHKAN AGAMA DENGAN PEMERINTAHAN.MANA BOLEH.SBB ALLAH DAH TURUN KAN AGAMA ISLAM NI DAH LENGKAP MENGAPA PILIH SEKULAR.
BalasPadam