Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Januari 12, 2011

Nik Aziz: Politik Pembangunan Umno, Warisan Politik Jahiliyyah


SHAH ALAM 12 JAN : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat membidas Umno-Barisan Nasional(BN) yang terus-menerus memainkan isu pembangunan sedangkan apa yang dijanjikan di negeri itu tidak dilangsaikan sehingga kini.

Menurut beliau, politik menjanjikan pembangunan semata-mata ini ialah warisan politik jahiliyyah yang mirip kepada politik yang dibawa oleh kaum musyrikin Quraisy sewaktu menentang Nabi Muhammad SAW.

"Suka saya tegaskan, Umno-BN tidak perlu menawan Kelantan jika benar ingin membawa pembangunan.

"Kita membuka pintu 25 jam sehari untuk kerajaan pusat pimpinan Umno-BN untuk melaksanakan pembangunan di Kelantan.

"Hari ini, jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu sedang dilebarkan dan prosesnya sedang rancak berjalan. Ini projek kerajaan Pusat dan proses tender pun diuruskan oleh kerajaan Pusat.

"Sekalipun khabar angin kuat bertiup menyatakan kontraktor asalnya telah lari, Alhamdulillah jambatan tersebut tidak dibawa lari. Hari ini saksikanlah projeknya sedang berjalan lancar tanpa sedikitpun gangguan dari kerajaan negeri," ujar beliau.

Nik Aziz dalam kenyataannya turut menegaskan bahawa kerajaan negeri juga tidak menolak pembangunan yang dijanjikan kerajaan pusat pimpinan Umno-BN ke negeri itu.

"Apa yang saya lihat yang menjadi masalahnya ialah sikap tidak serius sebahagian dari pimpinan Umno-BN atau mungkin juga ada sabotaj dari pimpinan Umno-BN dari negeri Kelantan sendiri. Contohnya, projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, sudah banyak kali taklimat disampaikan, tetapi hanya tinggal setakat taklimat. Atau mungkinkah juga masih ada pemimpin Umno Kelantan yang tergamak menyekat pembangunan dari sampai ke Kelantan? Datuk Seri Mustapha Mohamed tentu faham maksud kenyataan saya ini," katanya.

Apa yang lebih menariknya lagi kata beliau, antara faktor yang akan membantu kejayaan BN nanti ialah kegagalan PAS untuk mengatasi masalah rakyat terutama isu air, banjir dan juga kemudahan asas.

"Tabiat pimpinan Umno-BN Nasional rupanya masih belum berubah. Betullah kata pepatah Melayu, 'rupa dapat diubah, tabiat dibawa mati'.

"Sejak dari dulu lagi inilah tohmahan yang sering dilemparkan kepada kerajaan Kelantan. Bukan hari ini bahkan semenjak hari pertama saya mengangkat sumpah selaku Menteri Besar dua dekad yang lalu, sudah ada yang meramalkan kerajaan Kelantan hanya akan kekal selama tiga bulan!," tegasnya lagi.

tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

4 ulasan:

  1. La....Nik Aziz ni rupanya kemaruk nak pembangunan jugak no...dia sendiri tak buat apa pun untuk pembangunan Kelate dok gyoyak apa. Kalau nak jadi ustaz tu jadi ustaz ajelah dok kalut nak perintah negeri Kelate namo dio pi mai pi mai tang tu jugak. Orang Kelate ni dok tak gheti2 lagi Air pun tak boleh solosai dok harap Kerajaan Pusat aje. Buat lah perubahan samo woi Nik Aziz, kalau dah tak gheti tu.. ajar ugama ajelah...ramai lagi orang Kelate yang kurang ajor terutama orang dari Persatuan Ajaran Samseng ni....

    BalasPadam
  2. salam,

    mohon dilinkkan blog ini dlm bloglist tuan

    http://al-brangionline.blogspot.com sebagai ganti blog albrangi yg asala yg telah diserang malware

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama13/1/11 1:52 PG

    Ok tuan sudah link

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama13/1/11 9:53 PG

    nampaknya masih ramai lagi yang buta mata hati... kesian....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive