Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Januari 24, 2011

Bantuan di perlukan ! Kasihani adik ini






Assalamualaikum kawan-kawan.







Artikel ni daripada email yang Momoy terima kurang 20 minit tadi.
Korang khasnya bloggers, mintak tolong siar dan sebarkan berita ini di blog korang. ALLAH saja yg membalas jasa kalian... 


Sekadar berkongsi penderitaan adik Muhamad Hairuman Bin Miskan yang terkena renjatan elektrik. Semoga Allah menyenangkan segala urusan adik yang malang ni dan di harap korang sudi la hulurkan bantuan untuk membantu adik ni. Berikut adalah SMS yang telah di hantar oleh kakak mangsa kepada aku tentang apa yang terjadi pada adiknya. Aku try tanya apa yang terjadi, nak kan kepastian sama ada betul atau tidak kisah yang menimpa adik dia ni. Wallahualam. gambar dan list of conversation aku dgn akak tu ada kat bawah ni. 








Aku : “Salam. Ni no tepon puan Maryuni ke?”


Puan Maryuni: “Salam. Boleh tanya, sape ye kat sana?”


Aku: “Saya... saya ada terbaca kisah adik akak yg melecur teruk tu. Boleh saya tahu bila benda tu berlaku dan berapa jumlah yang diperlukan untuk surgey. Saya nak tolong sebarkan untuk bantuan.”


Puan Maryuni: “Adik kena renjatan sub station TNB bervoltan tinggi pd 26.11.10, kiranya dah sebulan lebih. Surgey nursing care banyak diperlukan dalam keadaan kritikal sekarang ni. Lebih kurang 14 ribu sebulan. Kalau dah stabil nanti mungkin kuranglah sikit. Sekarang kritikal lagi. Doctor mendesak nak potong kedua-dua tangannya sampai bawah lengan. Akak tarik masa ikhtiar dulu, adik akak muda lagi baru nak masuk 22 tahun, takkan nak kudung tangan.”


Aku: “Yela kak. Kita ikhtiar apa yang patut. Semoga Allah dapat meringankan beban akak. Boleh bagi no akaun bank akak? Saya nak post pasal kisah adik akak di blog dan Facebook saya. “


Puan Maryuni: “Terima kasih aats keperihatinan saudara. Semoga Allah memberikan rahmat pada kita semua. No akaun akak Maybank. Maryuni bt Miskon 1620 3063 2448.”


Aku: “InsyaAllah. kak. Confirm ke no akaun yang akak bagi ni coz ada insan yang mahu menderma mengatakan yg no akaun akak tak dapat nak transfer. Cuba akak check semula.”


Puan Maryuni: “Betul. Tu no akaun akak. MBB 1620 3063 2448. Mungkin masalah teknikal kat maybank2u kot.”


Aku: "Okay la kalau camtu. Kak boleh saya tahu, macam mana adik akak kena renjatan kat sub station TNB? bukan ke tu kawasan larangan?”


Puan Maryuni: “Nanti saudara tulislah minta yang baca tulisan saudara agar dapat doakan adik saya. Manalah tau berkat doa orang ramai, ada keajaiban agar dua-dua tgn adik saya tak jadi dipotong. Dan cepat sembuh seluruh badannya seperti sediakala.”


Aku: "InsyaAllah kak. Tapi boleh akak bagitahu cerita yang sebenar? Sebab melalui apa yang saya baca kat internet, adik akak kena renjatan dari high powered cable yang tiba-tiba jatuh menghempap adik akak. Tapi akak cakap adik akak kena renjatan kat sub station TNB.”


Puan Maryuni: “Kabel TNB tu merentangi kawasan kebun sawit dan kawasan kampung. Kabel tu dah berpuluh tahun tapi TNB tak balut pun dengan penebat. Adik akak tolong kawannya bersihkan kebun sawit pakcik kawannya. Kabel tu melendut kat celah-celah pokok pisang dan sawit. Pagi tu cuaca basah, sebab malam sebelum kejadian tu hujan. Tiba-tiba adik saya kena renjatan. Baju hangus terbakar.”


Aku: “Oo... Yeke? InsyaAllah saya cuba bantu mana yang terdaya. Bantuan yang akak perlukan berjumlah 14 ribu je ke? Atau lebih dari tu?”


Puan Maryuni: “14 ribu untuk sebulan untuk nursing care. Untuk dressing dia setiap hari bermula dari suppliment sampailah pampers dia, berlarutan sampai dia melepasi keadaan kritikal, mungkin setahun dia terlantar.”


Aku: "Oh. ok. Boleh mintak no telefon doktor merawat dia tak?”


Puan Maryuni: “3000 kW kabel tu. Kes org lain yang kena, meninggal. Tapi Alhamdulillah adik akak selamat sebab dia tak kait wayar tu sebaliknya galah stainless steel tu tercecah pelepah sawit yang duduk atas wayar. Tak kena direct.”


Aku: “Oo.... ok. Nanti saya cuba bantu mana yang terdaya ok. Akak bersabar laa dengan dugaan yang Allah berikan ni.”


Puan Maryuni: “Nanti akak tanyakan. Yang merawat ramai. Hospital kerajaan, mana nak bagi no peribadi.”


Aku: “Semoga Allah meringankan beban yang akak tanggung dan ada pihak yang sudi meringankan penderitaan akak. InsyaAllah.”


Puan Maryuni: “InsyaAllah. Segala ehsan dan sokongan akan memberi kehidupan dan harapan baru kepada Hairuman sekeluarga. Sekiranya dapat saudara beri alamat email untuk kami kirimkan maklumat.”


Aku: "Akak boleh kirimkan segala maklumat ke email saya. Dan kalau boleh, bagi gambar adik akak yang latest.”


Puan Maryuni: “Okay. Dah ada masa lapang akak hantarkan. Thank you”


Aku: “OK. Sama-sama. Kita saudara se Islam. Saya bantu mana yang terdaya.”


Puan Maryuni: “Alhamdulillah.”




Lastest SMS yang aku hantar kat akak tu tadi pukul 12.40.


Aku: “Kak boleh saya tahu, kenapa akak tak report je kt TNB dan buat report polis? Kes serius ni.”


Puan Maryuni: “Report polis dah buat pada 26.11.10, hari kejadian. Polis pun ada tengok lokasi kejadian. TNB pun begitu. Tapi tak ada respon lagi.”




Itu saja la yang aku borak dengan akak tu. Akak kepada mangsa renjatan kabel elektrik TNB. Meh tengok lagi gambar-gambar adik Hairuman ni.
















Korang boleh menderma seikhlas hati ke:

No acc Maybank Puan Maryuni bt Miskon

1620 3063 2448

No acc CIMB Puan Maryuni bt Miskon

1257 0000 2035 29 



No telepon Puan Maryuni, 018- 3807867




Alamat Puan Maryuni,


No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.




Semoga Allah membantu meringankan penderitaan adik Hairuman. Tolong sebar dan derma laa seikhlas hati. Kalau RM14,000 sebulan diperlukan untuk merawat adik Hairuman ni, anggaran dalam RM170,000 diperlukan dalam setahun untuk memastikan adik Hairuman pulih seperti sedia kala


Itu tidak termasuk perbelanjaan untuk kegunaan harian. Dan itu cuma anggaran treatment cost adik Hairuman, kemungkinan memerlukan lebih dari jumlah tu.




ORIGINAL MESSAGE DARI SITE YANG POST PASAL ADIK HAIRUMAN NI 
(PERHATIAN:  Momoy ada edit sedikit artikel ni sebab short form banyak sangat)




TOLONGLAH BANTU ADIK INI…





Diambil dari forum. 


“Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.




Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit.




Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. 




Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan…




Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun RM1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman .Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.




On 1/17/2011 10:44 AM, azizun afdzal wrote:


salam bro. leh bantu budak ni tak?








Kawan-kawan Momoy ada buatkan banner untuk salurkan bantuan. Korang boleh copy dan paste di sidebar blog korang yer.








<a href="http://s597.photobucket.com/albums/tt51/MOMOY_Invisible/?action=view&amp;current=banneradik-3.png" target="_blank"><img src="http://i597.photobucket.com/albums/tt51/MOMOY_Invisible/banneradik-3.png" border="0" alt="Photobucket"></a>









Sumber: princess-momoy

KISAH INI TURUT DISIARKAN DI KOSMO HARI INI.

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

5 ulasan:

  1. Tanpa Nama26/1/11 1:13 PG

    usahakan supaya TNB b/jawab atas kelalaian. Untung TNB beratus juta

    BalasPadam
  2. Maryuni Binti Miskon16/10/11 7:58 PTG

    Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin....

    Untuk sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke :
    MARYUNI BT MISKON
    MAYBANK A/C : 162030632448
    CIMB A/C : 12570000203529
    atau
    MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON
    CIMB A/C : 12570005386520

    BalasPadam
  3. Salam Kak Maryuni,

    Blog ini akan cuba membantu utk menghebahkan tentang kutipan derma ini. Satu entri berkaitan akan disiarkan esok.

    Terima kasih...

    BalasPadam
  4. minyak gamat boleh menyembuhkan lecur2 .. insyaallah cepat kering sume lecur2 2 ..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive