Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 30, 2011

Jangan jadi ‘kartunis pelacur’


KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar, atau nama sebenarnya, Zulkiflee Anwar Ulhaque mengecam tindakan segelintir kartunis yang menggadaikan moral mereka dengan melukis karya politik lucah dan berunsur fitnah.
Beliau menyifatkan golongan terbabit sebagai ‘kartunis pelacur’ kerana sanggup menghasilkan karya yang tidak bertanggungjawab, semata-mata kerana mahu memperoleh habuan daripada pihak-pihak tertentu.
“Kartunis-kartunis yang menghasilkan kartun ini tidak mempunyai tanggungjawab moral kerana tidak berani untuk meletakkan nama sendiri atau nama pena di dalam lukisan mereka.
“Mereka melukis apa saja yang disuruh termasuk kandungan yang mempunyai fitnah dan pembohongan. Bagi saya, kartunis-kartunis seperti ini tidak ada bezanya dengan pelacur,” ujar Zunar dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas isu pengedaran kartun lucah yang disebar di kawasan Lembah Pantai, yang cuba mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naskah komik setebal 16 muka surat bertajuk Kisah Raja Lawak itu, mengandungi imej lucah watak yang menyerupai Anwar dan dihantar kepada pengundi di sekitar Lembah Pantai.
Menurut Zunar, beliau turut mendapat maklumat bahawa kartunis-kartunis terbabit dibayar sejumlah wang yang banyak bagi menghasilkan kartun mengikut arahan pihak-pihak tertentu.
“Kartunis mesti memahami sesuatu isu dari berbagai perspekstif sebelum mengambil pendirian mereka sendiri dan bukannya mengikut arahan orang lain.
“Kemunculan kartunis-kartunis pelacur ini telah menjatuhkan martabat seni budaya dan merendahkan kemampuan berfikir orang Malaysia,” tegasnya yang cukup dikenali sebagai kartunis politik di dalam dan luar negara.
Justeru itu, Zunar mengingatkan para kartunis supaya lebih bertanggungjawab terhadap karya mereka.
“Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan bagi kartunis untuk menyokong agenda mana-mana parti politik dalam kartun mereka, asalkan mereka bertanggungjawab terhadap kandungannya.
“Sesuatu karya yang bertanggungjawab mesti mempunyai tanda tangan pelukis. Nama pena sekiranya hendak digunakan mestilah mempunyai hubung-kait dengan kartunis dan bukan bertujuan mengelirukan identiti pelukis,” tegas beliau.

keadilandaily

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

3 ulasan:

  1. mmg la umno /bn pengecut.. berani sbb juasa ditgm depa.... ada polis... ada senjata... tapi buat katun..... takut nak masukkan nama takut kantoi macam kes video DSAI...
    dah kantoi pun nak cover kata tak terlibat tapi penyagak tiga ekor datuk T dilindungi undang2....
    bak kata p-ramlee dalam filem musang berjanggut" dalam ini negeri undang2 kanda yang bikin.. kanda boleh ubah2 bila masa2 kanda suka.. kalau kanda tertangkap"

    BalasPadam
  2. eleh zunar ni pun kartunis pelacur jugak...memfitnah sepanjang masa..kuali mengata belanga hitam atau dalam bahasa omputeh pot calling kettle black.haha

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama1/4/11 1:00 PTG

    munafiq yak amat si Zunar ni.
    dia tak rasa majal je keluarkan pendapat gini walhal dia sendiri pun tepuk air dalam tulang air taik kena muka.

    ker ko punya habuan ciput je kot tu pasal ko jaki sgt kat kartunis sepelacuran dgn ko tu?

    ko ayam tua zunar, mana nak masyuk lagi.
    bagi chance la pelacur jr ko buat keje.

    wakakaka

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive