Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 19, 2011

Kebocoran radiasi cetus krisis nuklear?


Loji tenaga nuklear di Fukushima Daiichi yang terletak di pusat kawasan terjejas akibat gempa dan tsunami di Jepun mempunyai enam reaktor dan ia dikendalikan oleh syarikat Tokyo Electric Power (TEPCO).





Berikut adalah penjelasan mengenai kejadian sebenar yang berlaku pada setiap unit reaktor dan kesannya:












Apa yang mengelakkan kebocoran radiasi berlaku?


Setiap reaktor dikelilingi saluran penghalang utama yang diperbuat daripada keluli setebal empat hingga lapan inci. Ia bertujuan untuk memberi perlindungan dan mencegah berlakunya kebocoran di setiap reaktor. Jika masih berlaku kebocoran radiasi, keadaan struktur bangunan yang diperbuat daripada keluli dan konkrit akan menjadi pelindung terakhir. Bagaimanapun, rekahan yang berlaku pada bangunan loji itu mungkin akan menyebabkan radiasi terbebas ke ruang udara.












Reaktor yang manakah paling berisiko dan apa yang berlaku?


Reaktor 3, matlamat utama TEPCO adalah untuk menyelesaikan masalah di reaktor itu kerana ia membebaskan tahap radiasi paling tinggi. Reaktor tersebut juga dipercayai mempunyai kandungan plutonium yang paling tinggi dalam tenaga nuklearnya.







Pekerja di loji itu terpaksa mengepam air laut ke Reaktor 3 tersebut untuk mengelakkan ia menjadi terlalu panas kerana bangunan yang menempatkan reaktor itu telah meletup, Isnin lalu.







Agensi berita Kyodo melaporkan usaha helikopter tentera menyembur air terhadap reaktor itu juga gagal, kelmarin dan ia mungkin disebabkan kerana tahap radiasi yang terlalu tinggi.







Sebelum itu, Agensi Nuklear Jepun turut menyatakan tindakan awal mereka mengepam air laut untuk menyejukkan reaktor itu berjalan lancar,







Kenyataan yang dikeluarkan TEPCO menjelaskan bahawa takungan bahan bakar reaktor itu mungkin telah terlalu panas lalu menghasilkan haba.







Suhunya meningkat sekitar 60 darjah Celsius berbanding suhu biasa yang hanya sekitar 30 hingga 40 darjah Celsius.







Bagaimanapun, perubahan itu adalah tidak terlalu kritikal.









Apakah risiko yang bakal dihadapi?



Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menyatakan saluran penghalang utama yang mencegah kebocoran radiasi didakwa tidak terjejas.







Bagaimanapun, Ketua Menteri Kabinet, Yukio Edano mengeluarkan kenyataan, kelmarin, bahawa terdapat kemungkinan saluran itu telah musnah.







Dalam insiden itu, pihak berkuasa khuatir jika berlaku kebocoran pada peringkat pertama.









Ketua jurutera di Gabungan Syarikat Fairwinds, Arnie Gundersen, 39, berkata, takungan bahan bakar terpakai mencetuskan risiko radiasi jika ia terdedah di ruang udara.







Apabila rod terdedah kepada udara, bahan yang terdapat pada rod tersebut akan terbakar lalu membebaskan radiasi.












Apa yang terjadi kepada Reaktor 4?






Stesen televisyen menyiarkan kepulan asap atau wap yang terhasil selepas berlakunya kebakaran di loji itu, kelmarin.







Reaktor itu telah ditutup untuk kerja penyelenggaraan selepas berlakunya gempa pada Jumaat lalu.



Takungan yang menempatkan bahan bakar terpakai didakwa terbakar dan menyebabkan letupan tersebut.







Agensi keselamatan nuklear menyatakan letupan itu menghasilkan dua lubang sekitar lapan meter pada bahagian luar dinding bangunan loji tersebut.







TEPCO memberikan kenyataan bahawa selepas kejadian itu, mereka akan memenuhkan kedua lubang itu dengan air selama dua hingga tiga hari bertujuan untuk menyejukkan bahan api nuklear yang terdapat di dalamnya.







Tetapi, rancangan itu tidak dapat dilakukan kerana paras radiasi yang terlalu tinggi di kawasan itu yang mungkin mendatangkan bahaya kepada pekerja mereka.







Sebaliknya, TEPCO merancang untuk meratakan jalan menuju ke bangunan reaktor itu bagi membolehkan lori pengepam air untuk sampai ke kawasan itu dan seterusnya menyembur air untuk menyejukkan bahan api nuklear berkenaan.







Apakah risiko yang bakal dihadapi?



Pendedahan bahan radioaktif ke udara adalah situasi sangat serius kerana radiasi yang terbebas adalah lebih tinggi berbanding semasa ia berada dalam reaktor.







Gundersen berkata, mereka perlu mengekalkan paras air di dalam setiap takungan bagi mengelakkan ia daripada meruap semasa proses penyejukkan di teras reaktor itu berlaku.









Takungan tersebut mengandungi pelantar yang menyokong bahan bakar yang sangat sensitif dengan haba dan boleh bertukar menjadi cair serta menjadi sangat berbahaya.







Ini kerana, bahan bakar yang terdedah kepada udara akan membebaskan radiasi.












Apa yang berlaku kepada Reaktor 2?






Satu letupan berlaku pada loji di Reaktor No.2, Selasa lalu, dan memusnahkan takungan di reaktor itu serta turut membebaskan wap untuk melepaskan tekanan yang terhasil semasa kejadian tersebut.







TEPCO menyatakan, rod tenaga nuklear di reaktor itu telah terdedah sepenuhnya di udara.







Agensi berita Kyodo menganggarkan sebanyak 33 peratus rod tenaga nuklear di Reaktor 2 telah musnah.







Bagaimanapun, Agensi Nuklear Jepun melaporkan usaha menyem�bur air laut untuk menyejukkan reaktor itu berjalan lancar.












Apakah risiko yang bakal dihadapi?


Apabila rod tenaga tidak ditempatkan dalam alat pendingin, ia boleh menjadi panas dan mula mencair, sekali gus, meningkatkan risiko untuk berlakunya kebocoran radiasi.







Takungan sekatan yang menjadi sebahagian saluran penghalang utama dan direka khas untuk mencegah kebocoran mungkin turut terjejas akibat letupan yang berlaku di reaktor itu.












Apa yang berlaku kepada Reaktor 1?


Satu letupan berlaku di reaktor itu pada Sabtu lalu. Agensi berita Kyodo melaporkan, mereka menganggarkan 70 peratus daripada rod tenaga nuklear musnah.












Apakah risiko yang bakal dihadapi?


IAEA menyatakan, saluran sekatan utama pada reaktor tersebut masih kukuh kerana masih berada dalam alat pendingin.












Apakah yang berlaku pada Reaktor 5 dan 6?


Kedua reaktor itu kini ditutup untuk kerja penyelenggaraan semasa berlakunya gempa bumi di negara itu.







TEPCO menyatakan, air telah disembur pada reaktor tersebut kerana suhunya telah meningkat sedikit.












Apakah risiko yang bakal dihadapi?


Reaktor 5 dan 6 dikatakan tidak terlalu berisiko berbanding Reaktor 1 hingga 4.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive