Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 25, 2011

Pulau Pinang akan saman kerajaan BN




GEORGETOWN, 23 Mac: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, akan memfaikan saman terhadap kerajaan negeri BN sebelum ini kerana mengakibatkan kerugian RM30 juta dalam skandal tanah Pulau Jerejak.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan tersebut dibuat berikutan keengganan serta kegagalan Tropical Island Resort (TIR) untuk membayar premium tanah tersebut mengikut masa yang ditetapkan.

Kerajaan negeri pimpinan Dr Koh Tsu Koon sebelum ini didakwa menyerahkan tanah seluas 32 hektar di Pulau Jerejak kepada Urban Development Authority (UDA) dan TIR yang mengakibatkan kerugian kepada rakyat.

“Mesyuarat kerajaan negeri hari ini memutuskan Tropical Island Resort perlu membayar premium untuk tanah yang diluluskan.

"Mereka telah membuat bayaran premium tanah sebelum ini tetapi selepas ansuran pertama itu mereka tidak lagi membayarnya dan mengakibatkan TIR berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak RM10.6 juta," katanya.

Kerugian itu katanya merujuk kepada pelaburan agensi kerajaan negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dalam TIR sebanyak RM15.435 juta dan pinjaman RM3.6 juta serta premium tanah RM10.6 juta yang belum dijelaskan kepada kerajaan negeri.

TIR adalah syarikat usaha sama UDA Holdings dan PDC dengan pegangan ekuiti masing-masing 51 peratus dan 49 peratus.

Syarikat itu juga diperbadankan pada 18 Ogos 1992 dengan modal berbayar RM31.5 juta, termasuk pelaburan PDC sebanyak RM15.435 juta untuk membangunkan Pulau Jerejak sebagai pusat eko-pelancongan.

Menurut Guan Eng, pembangunan tersebut dicadangkan dalam empat fasa, tetapi hanya fasa pertama dilaksanakan membabitkan pembinaan 13 chalet, bangunan yang mempunyai 52 bilik, tapak rekreasi, spa dan jeti yang siap pada Ogos 2003 dan beroperasi sejak Januari 2004.

Guan Eng berkata, bagi menarik lebih ramai pengunjung, kerja menaik taraf resort itu dilakukan dan siap pada September 2007 yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM34.84 juta.

Bagaimanapun, sejak TIR beroperasi ia belum memperoleh sebarang keuntungan.

Jelas Guan Eng, projek yang dilaksanakan Umno BN sebelum ini mengalami defisit RM 30 juta dan kerajaan Pulau Pinang sekarang menuntut supaya wang terbabit dikembalikan.

Tambah Guan Eng lagi, sebagai Menteri Kabinet yang menjaga KPI, Koh Tsu Koon harus bertanggungjawab dalam mengarahkan UDA untuk memulangkan semula wang serta Pulau Jerejak kepada rakyat Pulau Pinang.

HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive