Selasa, Mac 15, 2011
Mohon sampel DNA Anwar bukti DPP dieksplotasi ahli politik – Karpal
Anwar dibantu isteri dan anak sulungnya menaiki tangga ke mahkamah
KUALA LUMPUR: Permohonan pendakwa raya untuk mendapatkan sampel DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan mereka dieksploitasi ahli politik tertentu, kata Karpal Singh.
Beliau yang mengetuai pasukan peguam bela Anwar percaya pendakwa raya kes Fitnah II mahu menutup kes itu, tetapi membatalkan hasrat akibat campur tangan politik.
“DPP (Timbalan Pendakwa Raya) dieksploitasi ahli politik. Beliau (Yusof) mahu menutup kesnya selepas pegawai penyiasat memberi keterangan minggu lepas.
“Malah, beliau memberi isyarat kepada mahkamah untuk berbuat demikian minggu lalu,” katanya di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Namun, beliau terkejut kerana pendakwa raya tiba-tiba berubah fikiran dan membuat dua permohonan di mahkamah, hari ini.
Pendakwa raya hari ini memohon Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah mengkaji semula keputusan menolak bukti DNA yang diperoleh polis secara tipu muslihat ketika Anwar ditahan.
Mereka juga memohon mahkamah supaya mengarahkan Anwar memberi sampel darah bagi pemprofailan DNA dan proses penghujahan kedua-dua berlangsung hari ini.
“Sangat jelas, ada seseorang meminta beliau (Yusof) berbuat demikian,” kata Karpal lagi.
Mengulas tindakan Perkasa, Gaps dan Suara Anak-anak Mamak Malaysia yang berdemontrasi meminta Anwar menyerahkan DNA, Karpal mengingatkan mereka supaya tidak campur tangan dalam proses perbicaraan.
“Perkara ini sangat serius. Ia boleh jadi penghinaan kepada mahkamah. Hakim sudah memberi amaran agar pihak luar tidak masuk campur sehinggalah hakim membuat keputusan berdasarkan bukti-bukti yang ada.
“Saya tidak teragak-agak membawa pihak berkenaan ke mahkamah dan sumbat mereka ke penjara,” kata Karpal.
Beliau juga menganggap keputusan Anwar untuk tidak menyerahkan sampel DNA sebagai tepat bagi mengelak kemungkinan terdedah kepada eksploitasi seperti dalam kes Fitnah I.
“Pada 1998, terdapat salah guna sampel DNA yang diambil. Anwar membuat keputusan sangat tepat untuk tidak memberikan sampel darahnya,” katanya.
Pada kes Fitnah I, hakim ketika itu menolak bukti DNA yang dikemukakan pendakwa selepas pegawai polis yang menyiasat kes itu, ASP Rodwan didapati meletakkan DNA Anwar pada tilam yang dikemukakan sebagai bukti di mahkamah.
Perbicaraan itu, akhirnya berlangsung berdasarkan surat-surat tuduhan yang ditulis saksi pendakwa serta keterangan lisan semata-mata. Antaranya surat Ummi Hafilda Ali.
Karpal berkata, undang-undang yang sedia ada tidak membenarkan tertuduh untuk menyerahkan DNA dan jika mereka dipaksa berbuat demikian, tertuduh boleh mengambil tindakan saman boleh dibuat terhadap pendakwa atau polis.
“Undang-undang dalam negara ini jelas. Anda tidak boleh memaksa seseorang itu menyerahkan DNA mereka. Undang-undang menyatakan jika kita dipaksa memberikan sampel darah, kita boleh menyaman individu yang memaksa kita berbuat demikian,” katanya.
keadilandaily
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2011
(1908)
-
▼
Mac
(190)
- Laman TV Selangor digodam dengan kata-kata lucah
- Kerana Interlok Muhyidin jadi selok
- FAQ : Soal Jawab Saman Ekor Bersama Pegawai Trafik...
- Sekiranya berlaku gempa bumi, larilah ke loji nukl...
- Hishamuddin Kena Lawan Tikus Dulu..
- Video Dalam Kotor Ada Rahmatnya
- Laporan Pelaksanaan dan Pencapaian Manifesto PAS
- PENGUMUMAN UNTUK BLOGGER
- Politik Sundal: Ruang Peribadi vs Kepentingan Publik
- Gua tetap suruh mak gua undi PR walaupun dia ahli ...
- SPR letak ‘hantu’ di rumah ibu saya – Azmin
- Jangan jadi ‘kartunis pelacur’
- Pancing undi dalam acara rasmi kerajaan
- KALAU UMPORNO TAKDAK HAL
- TERBAHARU! KARTUN LUCAH PELBAGAI AKSI
- Akai Adaaa???? .
- Video Seks, kenyataan Rahim dan Eskay bercanggah?
- Tayang video lucah, Najib perlu pecat Rahim Thamby...
- Hampir 10,000 solat hajat tolak fitnah jahat
- Sarang Labah-Labah Yang Menyeramkan
- LIVE: CERAMAH ANWAR DARI STADIUM MALAWATI
- Jika itu gambar saya, buka penutupnya - Wartawan H...
- KEADILAN Selangor persoal dwistandard siasatan Fit...
- Kerajaan Bn tak belajar dari kesilapan?
- Wan Azizah : Saya Tidak Pernah Kesal Bersuamikan A...
- PENGUMUMAN PENTING UNTUK BLOGGER
- Video seks: Wartawan Harakah pula difitnah
- Bukan Anwar dalam video itu – blogger Umno
- Pengakuan mangsa saman ekor
- Utusan didesak mohon maaf atau disaman
- KOPIAH TU GANTIKAN DENGAN TAIK LEMBU LAGI BAIK ZOL
- LAWAK AHAD: VIDEO TRIO KENTUT
- Video Seks: Konspirasi atau...
- MANGKUK AYUN UTUSAN MELOYA TOLONG JAWAB SAT
- Remaja 18 tahun dicekup selepas baru selesai laku ...
- JAWAPAN KEPADA SOALAN MANGKUK AYUN UTUSAN MELOYA
- Yusri KRU tentukan ketulenan video seks?
- VIDEO SEKS HITAM PUTIH
- Bekas SB Nasihat Polis Bertegas Dengan Ahli Politik
- Eskay : Saya Lurus, Bukan Homoseks Macam Saiful
- 5,000 saksi Anwar diheret polis dari pentas cerama...
- AKU NAK JUGAK JADI DATUK MACAM ZUL YANGOAT
- Video Seks: Pendedahan Oleh Bekas Pengawal Peribad...
- OTAK MIKE TERGELIAT KE YOP?
- Lalai Solat Kerana Pengaruh Duniawi
- LU ORANG NAK TEGAKKAN BATANG ATAU TEGAKKAN KEBENARAN?
- Pulau Pinang akan saman kerajaan BN
- BAYANGKAN ITU VIDEO LUCAH PEMIMPIN BN
- 23 Mac 2010,hari pembalasan kecil kepada si pendus...
- KENYATAAN MEDIA SEORANG PENONTON
- PLIS LA..TOLONG JGN KAITKAN AKU DENGAN UMNO
- PELAKON LUCAH DAH OK,CUMA TAK MINUM JUSMATE 5
- TABIK SPRING BUAT JOHARI ABDUL BERJAYA PERDAYA `GE...
- Saifuddin Beri Bukti Pimpinan Umno Dan Polis Berse...
- Post Mortem Video Lucah 18 SX
- PATUTNYA RAKYAT MALAYSIA DOK PIKIAQ MENATANG NIE B...
- 'Video seks umpan BN beli MP Pakatan'
- INI OLANG TALAK MAU BISING LAGI KA?
- KES VIDEO LUCAH: PENDEDAHAN TERKINI
- VIDEO SEKS: CHUA VS ANWAR
- Mengapa Tema Serangan Anwar Tidak Pernah Berubah?
- Malaysia menuju era politik lucah!
- Lelaki misteri, Datuk T yang kebal?
- Siaran Langsung Video Lucah Malam Ini
- THE MAKING OF VIDEO LUCAH
- FESTIVAL FILEM LUCAH 2011
- HEBAT TAK HEBAT ANWAR
- SILA TANGKAP PENGANJUR TAYANGAN VIDEO LUCAH
- 1MALAYSIA TAK HABIS2 PASAI SEKS DAN KONGKEK
- Penduduk cekup penuntut IPT
- Muhyiddin mahu rosakkan hubungan baik Sarawak dan ...
- Pilihanraya tempang dan pincang di Sarawak
- Tak Sedaq Baju Terlampau Seksi....kah!kah!kah!
- Warga asing 'bersesak' tinggalkan Jepun
- Demo jalan raya untuk demokrasi pilihan raya
- Libya akan diserang?
- Lawak Ahad: Dari Kuala Nerang
- Menyanggah memoir Mahathir
- KEPUTUSAN PIALA FA 19/3/11
- Pengalaman ngeri Safee Sali
- DNA pun jadi modal
- 10 Dalil Kes Liwat II Adalah Rekaan Semata-Mata...!!
- Kebocoran radiasi cetus krisis nuklear?
- Maksiat Rumah Atas Pokok
- 766 peneroka Serting saman Felda RM200 juta
- Kenali 10 Jenis Fitnah
- Kemana Proton selepas AFTA 2015?
- Kedah akan ikut Kelantan atau Terengganu?
- PESTA KHALWAT
- Saifuddin Kepada Gobala: Kita jumpa di Mahkamah
- Kerajaan belanja RM5.9 juta kempen di Tenang
- Zaid terpaksa jatuhkan maruahnya ke tahap PERKASA
- Adakah polis bertindak sama terhadap demontrasi pr...
- Analogi kisah Nabi Yusuf-Siti Zulaikha bukti Anwar...
- Mufti Selangor Larang Pengedaran Kitab Injil Guna ...
- 'Sukan Terbaik Hanya di RTM' hanya gah pada nama
- Dana Awam : Putrajaya Anak Tirikan Negeri PR
- Antara Air Mani Anwar Ibrahim dan 35,000 Kitab Injil
- Mummy Siam dicekup
- BN dicabar laksana dakwat kekal dalam pilihan raya...
-
▼
Mac
(190)
Salam Tuan,
BalasPadamMemang perbuatan mempolitikkan kes mahkamah bukanlah amalan yang baik.
Biarlah mahkamah menggunakan kebijaksanaan dan hak mereka menguruskan keadilan.
Mempolitikkan kes mahkamah bukan sahaja merosakkan sistem kehakiman, malah menjatuhkan kewibawaan institusi peguam yang dianggap profesional dalam bidangnya.
Tahun 1998 Sakit Belakang,Apakah Tahun 2011 ni akan ada lagi 1 sakit yg akan menyerang DSAI.
BalasPadamSakit,sakit,sakit.