Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 17, 2011

Analogi kisah Nabi Yusuf-Siti Zulaikha bukti Anwar tak bersalah


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli hari ini membawakan kisah Nabi Yusof a.s yang dituduh mencabul Siti Zulaikha dengan mengaitkannya dengan isu pembuktian dalam kes Fitnah II.
Pada sesi perbahasan Dewan Rakyat, Hatta menceritakan kembali kisah yang terkandung dalam al-Quran mengenai Nabi Yusuf yang dituduh cuba mencabul Siti Zulaikha dengan membawa bukti bahagian belakang baju Yusuf, terkoyak.
Kisah itu dianalogi untuk menjelaskan persamaan dalam kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kalau isunya m**n belakang, kenapa belah depan (seluar Saiful Bukhari Azlan) ada air mani, itu yang pelik,” katanya dipetik dari Harakah Daily sambil mengingatkan semua pihak, sebarang bukti yang dibawa ke mahkamah harus diteliti supaya tidak tersalah membuat keputusan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini, mendengar keterangan seorang pakar dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong yang mengakui menemui kesan air mani di bahagian depan seluar panjang hitam milik Saiful Bukhari Azlan, pengadu yang mendakwa diliwat.
Dalam perbahasan itu, Hatta juga menyelar tindakan pihak yang mengadakan demonstrasi menuntut Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah.
“Riuh satu negara demonstrasi sana-sini. Itu menghina mahkamah. Dulu waktu kita demonstrasi isu rakyat, pemimpin Umno dari Rembau (Khairy Jamaluddin) kata beruk-beruk di jalanan.
“Sekarang siapa beruk dan monyet ini…oh DNA, DNA,” katanya.
Perbahasan Hatta juga hangat apabila beliau menyentuh kempen KEADILAN sebagai respons kepada isu kes Fitnah II bertemakan DNA: Datuk-Najib-Altantuya.
“Kita kena teliti perkara ini, kalau nak tengok DNA Altantuya ke macamana. Kalau boleh isu menteri dituduh (rogol amah) pun kita nak mintak DNA, tapi tak adalah sampai ke situ.
“Sampai sekarang timbul makna baru DNA, tapi saya tak nak sebut,” katanya.
Azan Ismail (KEADILAN-Indera Mahkota) kemudian bangun mencelah dan bertanya, “Saya bukan bidang perubatan, saya nak tahu DNA yang disebut Ini, DNA yang baru Ini makna apa?”
Lalu dijawab Hatta: “Saya pun tak tahu, tapi ada orang kata ‘Datuk Najib Altantuya’.
Jawapan itu mengundang kemarahan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

keadilandaily




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

7 ulasan:

  1. macam manalah rakyat boleh pilih orang yang dangkal macamni masuk dewan rakyat, menyesal aku pangkah pembangkang dulu, baru sekarang aku sedar diorang ni ahli PBB (pekak, bisu dan buta). ni semua pasal bencinya aku kat kerajaan Dollah anak beranak dulu.

    BalasPadam
  2. ak skong kata hatta ramli,mcamana air mani dk kat depan sluar,atau saiful yg buat onani?

    BalasPadam
  3. Kpd tanpa nama 8.47pm ko layak duk atas pagar je...Pakatan Rakyat tak perlu spesis cam ko ni...kepala otak ko penuh taik....bodoh bangang...

    BalasPadam
  4. xkan saiful ambik air mani anwar mase anwar maen dgn bini diye adesss...DNA air mani Y ado dlm jubo saiful...lagumnow tu..

    BalasPadam
  5. sumpah xsir ...bg dna xsir gok..bkpow takot ke.... SUMPAH la anwar.... hok dok ceramah pasal seks anwar dlu mat sabu n karpal sing...krpal sing dulu royat diye ade bukti.... pahtu pk la wehhhh... bkpo nok kait najib ngan altantuya... klu njib doh snggup sumpah muqabalah..kalu betol Allah tmpa bala kok diye..ado bukti ko najib ngan altantuya...ado 4 saksi ko...kalu xdok spow hok wat fitnah..gambar dlu pon tian chua agen yahudi yng buat superimpose kito ni gak cayo ccam ore bodo...

    BalasPadam
  6. kpd 12:32AM.....mu pun ado bukti ke anwar liwat sepun.....ado 4 saksi ko....kalu xdok mu pun xsir wat fitnah......cam ore bodoooooooooo

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama20/3/11 2:30 PG

    50 tahun merdeka bro... mana letaknye orang melayu bro... Mana pembela orang melayu? Melayu lemah pasal pemimpin lemah.. lagi mau sokong ka.. dah kira gagal la tu.. Cari BA pulak la.. x payah sibuk pasal DNA.. itu teknikal sangat!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive