Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mac 28, 2011

KEADILAN Selangor persoal dwistandard siasatan Fitnah II dan video seks


SHAH ALAM: KEADILAN Selangor mempersoal mengapa amalan dwistandard berlaku dalam kes Fitnah II dan kes video aksi seks palsu.
Pertama, mereka mahu tahu mengapa hakim tidak memberi amaran keras kepada polis sewaktu menyampaikan keputusan pertama dalam bicara-dalam-perbicaraan dahulu.
“KEADILAN juga ingin menanyakan mengapa Hakim itu tidak memberikan kutukan keras atau ‘reprimand’ kepada Polis kerana melakukan perkara haram ketika menyiasat berprofil tinggi itu,” demikian kata mereka dalam kenyataan media.
Mereka turut mempersoal sikap hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sewenang-wenangnya menukar keputusan dan tidak konsisten.
“Selalunya penerbalikan keputusan hakim hanya berlaku jika terdapat rayuan kepada mahkamah lebih tinggi.
“Namun sikap tidak konsisten Hakim Mohd Zabidin ini menimbulkan tanda tanya sama ada benar dakwaan sesetengah pihak dalam bidang kehakiman sendiri, UMNO mendesaknya untuk berubah fikiran,” kata mereka lagi dalam kenyataan itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Zabidin Mohamad Diah menukar keputusan beliau yang menolak barang bukti yang diperoleh dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau ditahan pada 16 Julai 2008.
Keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat desakan terbuka memaksa Anwar menyerahkan DNA beliau kepada polis.
Kedua, KEADILAN Selangor turut mempertikaikan sikap polis yang membenarkan tayangan lucah video aksi seks di Carcosa Sri Negara walau pun sudah mengetahui perkara tersebut lebih awal.
“Polis bertindak seperti biasa, tanpa rasa malu dan segan silu menjadi agen UMNO dengan membenarkan tayangan tersebut walaupun pihak Cawangan Khas telah mengetahui lebih awal berkenaan tayangan tersebut,” jelasnya.
Mereka juga percaya sikap berat sebelah polis akan menjejaskan imej pasukan itu di mata rakyat.
Mereka memberi contoh apabila polis menghalang ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak baru-baru ini tetapi pada masa sama bersuhabat dengan trio ‘Datuk T’ dalam tayangan Video lucah itu.
“(Kita tidak mahu) rakyat melihat polis sebagai sekutu Umno dan bukan pelindung mereka seperti yang berlaku di Libya di bawah rejim Muammar Gaddafi,” katanya.
Sehingga kini, ketiga-tiga individu trio ‘Datuk T’ masih lagi bebas walupun kes mereka disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan Jenayah kerana menjual, menyewakan, mengedar, atau menayangkan bahan-bahan berunsur tidak sopan. Jika sabit kesalahan, mereka yang bersalah boleh dipenajara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.keadilandaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive