Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 26, 2011

Remaja 18 tahun dicekup selepas baru selesai laku hubungan seks

Kadar sewa bilik yang murah menjadikan dua hotel di Damansara Damai ini cukup popular sebagai ‘port’ maksiat.

Ia terbukti apabila dua pasangan dicekup sedang memadu asmara di hotel tersebut malam kelmarin.


Pasangan yang dicekup sedang disoalsiasat anggota Cegah Maksiat. | foto Sinar Harian
Serbuan dilakukan anggota Cegah Maksiat Masjid Al-Muhtadeen dan Penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pasangan pertama masing-masing berusia 18 tahun ketika ditahan mengakui baru selesai melakukan hubungan seks.

Menjawab pertanyaan Sinar Harian, pasangan tersebut mengakui pernah beberapa kali menyewa dan memilih untuk membuat hubungan seks di hotel bajet di situ kerana sewanya yang murah selain ’selamat’.

”Kami selalu ke hotel bajet ini kerana ianya boleh disewa mengikut jam selain harganya yang murah.

”Kalau orang Islam datang bawa pasangan dalam buku pendaftaran ditulis dengan maklumat butiran bahawa penyewanya sudah keluar,”katanya.

Satu lagi pasangan berusia 31 dan 22 tahun yang merupakan kakitangan di sebuah kafe hospital turut dicekup.

Pintu bilik pasangan itu diketuk hampir hampir 15 minit sebelum dibuka oleh seorang gadis.

Ketika ditahan lelaki tersebut memberi alasan mahu menghantarnya kekasihnya pulang tetapi singgah sebenar di hotel tersebut untuk mandi.

Hotel yang mempunyai lebih 30 buah bilik yang boleh disewa sekitar RM 30. hingga RM 50. untuk beberapa jam.

Imam Masjid Al-Muhtadeen Mohd Fadhil Mohd Nor berkata pemilik hotel tersebut bijak mengabui mata pihak berkuasa agama dengan memberi pelbagai alasan termasuk tidak mempunyai kunci pendua ketika operasi dilakukan.

”Melalui pemeriksaan MBPJ juga, hotel bajet tersebut dikompaun kerana beroperasi tanpa lesen manakala sebuah lagi hotel permohonan lesen masih lagi dalam proses. -SH



warkahdaily

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive