Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 31, 2011

FAQ : Soal Jawab Saman Ekor Bersama Pegawai Trafik Imaginasi

Q : Apa gunanya saman ekor?



A : Saman ekor sangat berguna untuk mengawal pemandu-pemandu Malaysia daripada memandu melebihi had laju yang ditetapkan.



Q : Apakah keburukan saman ekor?



A : Keburukan saman ekor adalah sistem saman ekor tidak dapat berfungsi ketika hujan kerana anggota polis yang perlu "menyaman ekor" itu tidak mahu basah kuyup pakaiannya.



Q : Apakah kebaikan saman ekor?



A : Kebaikan saman ekor adalah sistem ini bergantung kepada sistem "surprise" di mana anda akan secara tiba-tiba mendapat surat mengatakan anda telah pun disaman.Kami assume semua orang sukakan parti hari jadi mengejut.Konsep sama diaplikasikan dalam saman ekor.



Q : Bagaimanakah saman ekor berfungsi?



A : Saman ekor berfungsi dengan seorang anggota polis bawahan (khasnya pegawai baru) dijadikan mangsa untuk menyorok di dalam semak atau di bawah jambatan berbekalkan speed gun untuk menembak mana-mana kereta yang didapati memandu melebihi had laju.Jika didapati lebih daripada had laju,surat saman akan dihantar terus ke alamat pendaftaran tuan punya kenderaan.



Q : Bolehkah sistem ini disalah gunakan?



A : Boleh.Cari seorang lelaki yang anda tidak gemari dan merayulah pada dia untuk meminjamkan kepada anda kereta dia.Pandulah dikawasan yang sudah terkenal dengan kawasan speed trapnya (cth. Federal Highway) dan pandulah selaju mungkin.Ulangi untuk beberapa hari.



Q : Jika anggota polis perlu menyorok untuk memeriksa kadar kelajuan,apa sebenarnya motif saman ekor ini?



A : Motif saman ekor ini jelas sekali untuk menghukum anda yang lalai.Jika anda gemar memandu melebihi had laju,sudah pasti akan makin banyak saman ekor yang akan anda terima.



Q : Kenapa anggota polis perlu menyorok di dalam longkang atau di dalam semak?



A : Tindakan ini hanyalah untuk memastikan anda tidak dapat melihat kelibat anggota polis yang terbabit.Sebab lain untuk anggota polis menyorok adalah untuk memastikan anda memandu laju dan anda tidak mematuhi undang-undang untuk membolehkan pesalah trafik leka dan boleh disaman.



Q : Jika anggota polis tadi menyorok menyebabkan saya memandu laju,kenapa anggota polis itu tidak menampilkan dirinya?Bukankah ini akan membuatkan saya memandu dengan lebih perlahan?



A : Dikhuatiri,jika lebih ramai orang Malaysia memandu dengan perlahan,ini akan menyebabkan kurangnya bilangan saman ekor yang dapat dikeluarkan dan seterusnya mengurangkan hasil kutipan saman yang mampu dikutip setiap tahun daripada pesalah trafik.Ini semua berkaitan dengan ekonomi,inflasi,KDNK,GDP dan pelaburan domestik.Saya sendiri kurang fasih mengenai benda ini tapi apa yang diberitahu,bayaran saman mampu meningkatkan taraf hidup rakyat.



Q : Saya tak faham jawapan itu tadi.



A : Ringkasannya begini.Anda pandu laju,kami dapat tembak,anda kena saman,duit anda terbang,kerajaan pun gembira,ekonomi makin kukuh dan anda adalah penyumbang kekukuhan ekonomi.



Q : Bukankah lebih baik jika "Saya nampak ada polis bertugas,saya bawak perlahan,saya tak langgar undang-undang,trafik pun bergerak lancar"?



A : Harap maaf,anda tidak layak mempersoalkan modus operandi kami.Anda mesti merasakan,mencegah adalah pendidikan yang lebih baik untuk pesalah trafik.Pihak kami pula merasakan menghukum adalah pendidikan terbaik untuk pesalah trafik.



Kami bukan seperti Kementerian Kesihatan yang cukup suka mencegah nyamuk Aedes.Jika kami diberi kuasa untuk melawan masalah demam denggi,apa yang kami akan lakukan adalah biarkan sahaja rumah anda dipenuhi dengan nyamuk aedes dan apabila anda sudah terkena demam denggi,kami akan saman anda kerana menjadi penyebar demam denggi ketika anda sedang demam denggi.Itu adalah satu method hukuman yang sangat berkesan terhadap rakyat Malaysia.



Q : Bolehkah anda terangkan analogi itu dengan lebih jelas?



A : Modus operandi saman ekor tidak bertujuan untuk mencegah kesalahan trafik.Saman ekor bertujuan untuk menghukum kesalahan trafik kerana kami percaya kadar disiplin pemandu-pemandu di Malaysia membolehkan kami layak mempraktikkan taktik hukuman sedemikian supaya pesalah trafik beringat selepas membuat salah.Keywordnya di sini,selepas membuat salah.Sekali membayar saman,selamanya akan teringat denda yang terkena dan kesalahan yang dilakukan dapat dikawal oleh pemandu.



Q : Bagaimana pula dengan mereka yang masih memandu laju tetapi belum pernah di saman ekor?



A : Golongan seperti itu satu hari nanti sudah pasti akan dapat juga kami saman,asalkan pihak rakyat bekerjasama memastikan tidak ada yang memberikan signal "high beam" untuk memaklumkan kepada pemandu lain yang ada speed trap di kawasan berkenaan.Biarkan mereka lalai dan jangan beritahu mereka.Apa yang anda dapat bila anda tolong mereka terlepas dari kena saman?



Q : Bukankah itu sesuatu yang bagus dalam memastikan semua kenderaan mengikut had laju?



A : Tidak.Itu bukanlah sesuatu yang normal dan pihak kami tidak mahu menempatkan seorang anggota trafik di kawasan yang kurang berkemungkinan kesalahan trafik akan dilakukan kerana ini melibatkan pembaziran wang cukai negara dan tenaga kerja anggota polis. Jika kami mengadakan operasi speed trap,kami mahu nampak resultnya,jadi dalam hal ini,resultnya adalah dalam bentuk saman ekor.Apa saja yang kami lakukan adalah demi kepentingan negara jadi semua usaha perlu balik modal.



Q : Soalan terakhir,kita semua sudah sedia maklum,pemandu Malaysia akan berdisiplin jika nampak anggota polis di jalan raya.Kenapa perlu menyorok?



A : Itu sudah kali kedua anda bertanya soalan ini.Saya akan jawab lagi sekali,jika anggota polis trafik itu tidak menyorok,bagaimana kami dapat mengeluarkan surat saman jika semua orang memandu dengan berhati-hati?

cursingmalay

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. bangang la jawapan POLIS tu...eloknye tgh polis nyorok kt semak2 tu, biaq kene patuk ulaq..baru dia rase aniaya org..

    BalasPadam
  2. Salam,

    Fitnah teragung sudah bermula semenjak selepas zaman Saidina Abu Bakar.

    Sehingga sekarang puak Khawarif hidup, aktif dan membunuh Islam sedaya upaya mereka.

    Menggunakan perkataan yang benar dengan maksud yang bathil.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive