Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mac 13, 2011

Datuk Haron Din minta adakan PRK Kota Siputeh


KANGAR 11 Mac – Pas percaya momentum sokongan rakyat belum beralih sepenuhnya kepada Barisan Nasional (BN) kecuali Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dan BN membuktikan kemampuan mempertahankan kerusi berkenaan.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, senario politik semasa khususnya kemenangan BN di beberapa PRK belum menggambarkan keadaan sebenar tahap sokongan rakyat memandangkan kawasan berkenaan merupakan kubu kuat BN.

Katanya, tetapi menerusi PRK DUN Kota Siputeh, momentum sokongan rakyat akan dapat dinilai sama ada ia kembali memihak BN atau sebaliknya.

“Saya minta SPR adakan PRK DUN Kota Siputeh dan jika ia diadakan, baru kita tahu sama ada momentum memihak kepada BN atau tidak walaupun terdengar cakap-cakap bahawa BN mendapat sokongan yang kuat pada masa sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kompleks Pas Perlis di sini, hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Pas negeri, Hashim Jasin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang.

Haron berkata demikian ditanya tentang desas-desus bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan pada tahun ini berikutan momentum semasa menunjukkan rakyat telah mula beralih sokongan kepada BN.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan telah mengeluarkan perintah penggantungan sementara keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong hingga mengundang PRK diadakan.

Ini berikutan kegagalan ADUN kawasan tersebut, Datuk Abu Hassan Sarif hadir pada Sidang DUN Negeri Kedah pada 19 April dan 9 Ogos 2009.

Ditanya mengenai PRU-13, Haron berkata, beliau tidak mahu membuat telahan bilakah PRU-13 akan diadakan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan tahun ini.

“Bola di kaki mereka (BN), tunggu masa hendak ditendang sahaja tetapi Pas sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan,” kata beliau.

Bagaimanapun, ditanya apakah beliau akan menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding di mana-mana kerusi di Perlis pada PRU-13, Haron berkata, pimpinan parti telah merangka senarai calon dan semuanya bergantung kepada keputusan yang akan diambil nanti.

Dalam perkembangan lain, Haron selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kompleks Pas Negeri Perlis berkata, beliau dan ahli-ahli Pas merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu yang telah memberi kerjasama sehingga kompleks berharga RM1.3 juta itu dapat disiapkan sepenuhnya.

“Walaupun menunggu lama, bayangkan sejak pembelian tanah pada 1996, barulah kita dapat membina dan menyiapkan kompleks yang bukan sahaja bakal digunakan bagi pentadbiran parti malah sebagai pusat khidmat rakyat di negeri ini termasuk kegunaan sosial seperti majlis perkahwinan dan sebagainya,” tambah beliau.

um

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive