Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 31, 2011

Kerana Interlok Muhyidin jadi selok


Nampaknya isu Interlok berpanjangan. Kini ia membangkitkan kemarahan NGO cina pula yang bergabung dengan India. Dalam sidang media di pejabat Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur tengah hari tadi, Cheng selaku Presidennya mendakwa beliau dan beberapa wakil NGO yang hadir sama mewakili 45 lagi pertubuhan Cina dan India di seluruh negara.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KLSCAH Tang Ah Chai, Presiden Yayasan Tamil K Uthayasoorian, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam dan Presiden Persatuan Pelajar India Malaysia Kishur Goonasaran yang juga anggota Pasukan Bertindak Interlok Nasional (NIAT).

Cheng juga mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang didakwa sebagai "pembasuhan minda" dan mempromosi perkauman dan perpecahan. Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera untuk sekolah menengah, bukan dipinda atau ditapis mana-mana bahagian.

Sebelum ini Muhyidin telah menubuhkan jawatankuasa panel bebas untuk mengkaji Interlok. Didapati terlalu banyak kesalahan bahasa dan fakta di dalam Interlok edisi murid sahaja lebih daripada 80. Episod kontroversi berkaitan Interlok edisi murid menyaksikan sejumlah 106 pindaan melibatkan kesalahan bahasa dan fakta dilakukan. Kesalahan bahasa dan fakta sahaja berjumlah 84.

Bagaimana Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) boleh terlepas pandang begitu banyak kesalahan?
Ia menimbulkan persoalan, sejauh mana penglibatan DBP di dalam memastikan taraf Bahasa Malaysia di kalangan anak muda. Persoalan ini ditujukan kepada DBP kerana ia merupakan penerbit Interlok edisi murid yang menjadi buah mulut orang ramai sejak penghujung tahun lalu.

Adakah DBP sudah kelesuan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan di negara ini? Selain itu DBP juga boleh dipersalahkan di atas kegagalan sebilangan rakyat yang tidak dapat berbahasa Malaysia. Manakan tidak, hanya dua negara di dunia mempunyai agensi khas untuk memartabatkan bahasa masing-masing. Selain daripada Malaysia, Perancis juga mempunyai agensi bahasa Perancis yang menyebarkan bahasa Perancis ke seluruh dunia. Namun jika dibandingkan dengan DBP, agensi bahasa negara kita sememangnya lesu.

Isu ini nampaknya menyebabkan Muhyidin menjadi ‘selok’ (sesak nafas) belum lagi selok kera. Nescaya terngangalah jawabnya. Setakat mana Muhyidin boleh bertahan sebagai hero melayu. Nak pinda novel tu… nampaknya dah menjadi hancur lebur. Sudah tak menjadi novel lagi. Dah jadi bubur. Kalau perkataan “paria” digugurkan dan 106 pindaan lagi dibuat. Apa lagi yang tinggal dengan novel sastera itu. Cara paling mudah bagi pemerintah UMNO-BN yang kian lemah adalah dengan menarik balik Interlok darpada menjadi teks sekolah kementrian. Selepas Hisyamudin terpaksa beralah dengan isu ‘Bible Melayu’nya dan kini sebelum pilihanraya Sarawak ni nampaknya Interlok dengan isu perkauman ini akan mengikuti episode bible melayu juga.

Nampaknya usaha UMNO untuk menanam semangat assobiyah dan agenda perkauman kebangsaan kepada setiap generasi muda menjadi serba tak kena. Kalau cengkaman semangat nasionalisme ini gagal diterapkan dibimbangi generasi akan datang tidak akan bersama dengan UMNO lagi. Kita dapat saksikan perjuangan kebangsaan UMNO dan makin pendek nyawanya. Nak harapkan siapa lagi. Nak harapkan PERKASA Nampak, kapal mereka dah berkocak. Ketua Wira dan wanitanya dah letak jawatan. Masuk IJN pulak pak brahim ali kalau macam ni… Mana Ketua Pemuda UMNO… senyap je!!!

ustsaifulbahri


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive